/*ikan keli kelantan info menarik,catfish,cara jadi jutawan keli,kg gelong gajah pasir mas: serai*/ b:include data='blog' name='all-head-content'/>
Laman web rasmi kg gelong gajah dan tempoyak pasir mas kelantan
ASSALAMUALAIKUM,SELAMAT BELAJAR JADI PERTERNAK IKAN KELI

Thursday, September 10, 2009

serai





ARTIKAL : 1

SERAI MAKAN
Nama Botani : Cymbopogen citratus (DC.) Stapf.
Nama lain : Sereh makan (Indonesia), Takrai (Thailand) Lemongrass (Inggeris)
Famili : Graminae

Pengenalan
Tanaman serai makan (Cymbopogen citratus) dilaporkan berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan Tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batangnya dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom. Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60−100 cm dan lebar 1.0−1.5 cm. Ia berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia.

Khasiat dan Kegunaan
Di Malaysia, serai makan terutama batangnya digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti masakan rendang, tomyam, kerabu, masak lemak cili padi dan asam pedas. Aroma dan rasanya yang unik dapat menambahkan keenakan masakan dan meningkatkan selera. Di sesetengah negara, serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak pati. Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau limau atau `lemon’. Minyak ini terdiri daripada beberapa sebatian dan kandungan utamanya ialah sitral iaitu sejenis aldehide. Peratusan sitral dalam minyak pati serai makan adalah antara 65% hingga 85%. Sebatian-sebatian lain yang menpunyai lebih rendah peratusannya termasuklah linalol, geraniol, citronellal, citronellol, farnesol, farnesal, limonene dan nerol.Minyak pati serai makan diguna sebagai pewangi sabun, bahan pencuci, syampu dan produk lain.. Walau bagaimanapun sebahagian besar daripadanya digunakan untuk mendapatkan sitral (secara isolasi fizikal) dan ionones (secara tindak balas kimia terhadap sitral).

SERAI WANGI
Nama Botani : Cymbopogon nardus (L.) rendle
Nama lain : Sereh wangi (Indonesia), Citronella (Inggeris)
Famili : Graminae

Pengenalan
Tanaman Serai Wangi (Cymbopogon nardus) dipercayai berasal sama ada dari Selatan India atau Sri Lanka. Serai Wangi juga tumbuh liar di kebanyakan negara di Asia Tropika, Amerika dan Afrika. Di Malaysia, serai wangi biasanya ditanam di halaman rumah sebagai tanaman dapur dan kebelakangan ini terdapat beberapa pengusaha yang berminat untuk menanam serai wangi bagi menghasilkan minyak patinya. Serai wangi ialah sejenis tanaman rumput yang tinggi dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Ia boleh tumbuh sehingga 1.0–1.5 m. Daunnya bersifat tirus, panjang sehingga 70 – 80 cm dan 2 – 5 cm lebar. Ia berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai makan. Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi 8 bulan.

Khasiat dan Kegunaan
Dari segi ubatan tradisional serai wangi digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusannya sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan. Ia juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut. Bagaimanapun di kebanyakan negara serai wangi ditanam khas untuk pengeluaran minyak patinya. Serai wangi menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `citronella oil’ di pasaran antarabangsa. Minyak sitronela mengandungi dua bahan kimia penting iaitu sitronelal dan geraniol. Sitronelal dan geraniol amnya digunakan untuk bahan dasar pembuatan ester-ester seperti hidroksi sitronelal, genaniol asetat dan mentol sintetik yang mempunyai sifat lebih stabil dan banyak digunakan dalam industri wangi-wangian. Hidroksi sitronelal penting untuk sabun dan minyak wangi yang berharga tinggi, manakala mentol untuk bahan dasar ubat batuk, ubat gigi dan pencuci mulut. 2 bahan penting dalam industri... Caryophyllene & citronellol
Projek Tanaman Serai

Ok....info diatas tu cuma asas tanaman yang perlu diketahui. Semua sumber tersebut boleh didapati dari website MARDI atau pun Jabatan pertanian. Berbalik kepada projek...Untuk membuat projek tanaman serai ni (sama ada serai wangi atau serai makan) sebenarnya x susah. Maksud nya mudah....anda x perlukan tanah yang besar maupun modal yang besar untuk melakukannya. Tanah seluas 1 ekar dengan modal RM3-4 ribu pun dah cukup bg semusim penanaman. (modal aku dulu dalam RM1500 je untuk seekar semusim).
Perkara asas sebelum memulakan projek..!!
  1. Kesesuaian Tanah - Sepengetahuan aku, serai ni mudah ditanam dimana2 jenis tanah kecuali kawasan berair/berpaya. Kalau nak buat projek dikawasan tanah lembah atau lembab (berpaya)..pastikan saliran/longkang/parit2 mencukupi. Keadaan atau jenis tanah berkait rapat dengan penggunaan baja dan penjagaan kelak. Misalnya di tanah berpasir, tanah berpasir ni kebiasaannya kekurangan unsur organik didalam tanah. Kadar pegangan air dalam tanah juga mungkin kurang baik...jadi penggunaan baja organik mungkin terpaksa dilebihkan. Kalau tanah yg asalnya berpaya, tanah tersebut mungkin pH nya agak rendah (berasid) jadi penggunaan kapur akan menjadi lebih tinggi di kawasan ini. (bagi meninggikan pH) , keadaan tanah yg berasid akan menjejaskan kesuburan tanah dan tanaman kerana kebiasaannya, baja akan hilang atau terlarut begitu sahaja hasil tindakbalas asid dlm tanah.. (asid sulfat).
  2. Pasaran - Pastikan dulu pasaran. Target pasaran. Untuk apa? Untuk serai makan atau serai wangi. Kalau serai makan, mana nak dipasarkan? Untuk kilang memproses (dijadikan serbuk sebagai contoh ADABI), secara basah...seperti dipasar2 aataupun dikedai2 secara terus. Sebenarnya nak memasarkan serai ni taklah susah sangat...cuma nak rajin bertanya...jangan malu. Pergi sahaja kekedai2 tom yam tu...tanya terus pada pengusaha kedai.... Dipasar pun boleh..cuma peniaga di pasar ni mau 'supply' tak putus je. Jadi untuk projek tu kenalah rancang dengan teliti. Kalau dah dapat kontrak dengan pengilang, pemasaran ni taklah susah sangat. Ataupun buat pertanian kontrak. (contract farming). Rata2 usahawan, (tak semua, segelintir sahaja), bila dah dekat nak harvest baru terkial2 nak cari pasaran...bila tak dapat, macam2 alasan diberi mengenai projek..tak untunglah, info tak betul lah, sampai FAMA pun disalahkan. Kalau dah 'last minute' FAMA pun pening nak tolong carikan market. Bagitau awal2, contohnya 2-3 bulan sebelum harvest.. jadi mudahlah mereka nak rancangkan target pengeluaran serta ruang pasaran untuk kita.
  3. Keluasan tanah - Kalau nak tanam serai ni, seperti mana yang saya sebutkan di atas, kita tak perlukan kawasan yang besar sebenarnya, memadai 1 ekar pun dah cukup...cuma bila habis musim menuai, kena lah tunggu balik, dalam 6-8 bulan untuk tuaian musi kedua, sementara musim kedua berhasil, alamat menung la menunggu. Kebiasaan untuk penghasilan berterusan sepanjang tahun sekurang-kurangnya memerlukan keluasan seluas 5-10 ekar (komersil) sistem menanam pun ikut urutan (rotation), bukan segaligus tanam. Tanam secara berperingkat/berkala. selang1 -2 bulan, tanam diplot baru misalnya(jika 1 plot keluasannya 1 ekar) jadi kelak... setiap 1-2 bulan, anda akan menuai....taklah menunggu selang 6-8 bulan untuk mendapat hasil. Kalau baru nak cuba2, boleh juga buat 1/2 ekar dulu... tak ada salahnya.
  4. Ada tanah, tapi dah bertanam/diusahakan dengan buah-buahan (dusun misalnya), atau ladang getah/kelapa sawit. Boleh juga ditanam . Serai juga boleh ditanam secara intergrasi (boleh pakai ke istilah ni?) dengan tanaman lain. Misalnya berdasarkan pengalaman aku sendiri, sementara musim mangga keluar, aku boleh dapat hasil daripada tanaman sampingan (serai)... antara barisan pokok mangga atau tanaman lain kita boleh tanam dengan serai...jadi kuranglah sedikit pergantungan kita terhadap satu jenis tanaman sahaja. Bukannya apa, langit tak selalunya cerah kan? Kalau mangga tak menjadi, serai ada. Cuma yang penting, serai tersebut tidak berada dibawah naungan, (tidak mendapat cahaya), kalau nak dibuat di ladang getah atau pun estet, pastikan tidak dibawah naungan. (<60%).
  5. Kos - Kos untuk menanam/ projek serai ni tak lah besar.... untuk 1 ekar (pekerja kita sendiri) kosnya dalam RM1-2 ribu sahaja...itupun semusim! Betul...percayalah.... Hasilnya.. InsyaAllah kalau RM1/kilo pun boleh dapat dalam paling minimum RM10,000 semusim/ekar !!! (kalau 1 ekar dpt ditanam 5 ribu rumpun...yang mana serumpun hasilnya 2 kilo serumpun dengan harga RM1/kilo.) Aku pernah dapat serumpun 9 kilo!! Harga ketika itu, RM1.40/kilo....tp siap proses (sebatang2 diikat sekilo-sekilo).
  6. Masa - Kebanyakan daripada kita ni sudah bekerja tetap. Nak berenti sayang, lagipun tak mahu menanggung risiko. Kerja pun susah dapat sekarang. Jadi projek pertanian ni cuma part-time sahaja. Tidak mengapa...boleh... serai tidak memerlukan penjagaan serapi menanam sayur. memadai kite menjeguk1-2 minggu sekali pada hujung minggu. Kalau sesak sangat masa tu sebulan sekali. kalau nak tanam terus tinggal sampai musim menuai pun boleh...tapi sendiri mau ingatlah! Nanti semak lagi tinggi dari serai..selak semak baru jumpa serai. (kalau ular tu tak payah cerita la)....Ingat! kalau kerjanya part-time, hasilnya pun 'part-time' la!

Info lagi mengenai projek....Nak mula projek!!

Serai makan

Ikut pengetahuan saya, serai makan ni ada 2 jenis yang ketara.

1. Serai paha ayam
2. Serai kampung

Kalau nak buat projek serai secara komersil, eloklah kita ambil serai paha ayam ni. Kebaikannya ialah cuma pada saiznya sahaja. Ia lebih besar sedikit dari serai kampung. (+/- dua jari) tapi aromanya kurang kuat sikit dari serai kampung. Tempoh matang serai ni adalah antara 6-10 bulan (bergantung pada pembajaan). Bagusnya serai ni, kalau kita terlewat harvest pun tak apa, dia takkan mati, Cuma mungkin rumpunnya akan mengecil sedikit. Biasanya dalam satu ekar, kita dapat menanam lebih kurang 10000-15000 rumpun serai jika hanya tanaman serai diusahakan. Untuk integrasi kita boleh dapat antara 5000 – 8000 rumpun serai seekar. Serumpun serai pula boleh menghasilkan lebih purata 3 kg serai yang siap proses. (kalau tanah subur, baja cukup kadang2 boleh capai 9kg serumpun) Harganya bergantung pada permintaan dan kawasan. Jangan risau. Market utk serai ni luas. Sekarang ni kan kedai tom yam banyak? Tapi pastikan dulu market, ok?

Jarak tanaman yang disyorkan ialah 3ft x 3ft. Antara baris 3 kaki dan antara rumpun 3 kaki. (kalau nak kemas buatlah 3 x 4 kaki) Kalau kita tanam diladang getah, pastikan ada jarak 3-4 kaki dari anak pokok getah. Bukan apa biar nampak kemas. Lagipun ini utk memudahkan kerja2 pengurusan rumpai kelak.

Sebelum mula menanam, pastikan dulu plot2 yg ada untuk ditanam serai, kalau boleh tiap 1@ 2 ekar dimasukkan sebagai 1 plot. Ini untuk memudahkan pengurusan nanti. Saya rasa yang sesuai kita buat begini. 2 ekar 1 plot. Jadi dalam projek nanti ada 5 plot tanaman. Kenapa kita buat 5 plot? Tak jadi masalah sebenarnya berapa plot pun yang kita buat, Cuma untuk memudahkan kerja kita kelak. Lagipun, kita tidak akan menanam kesemua plot tu cara serentak. Kita tak buat begitu supaya esok masa harvest tak pening kepala nak harvest semua dan tak perlu tunggu sampai 10 bulan balik untuk hasil berikutnya. Jadi untuk mendapatkan hasil tiap2 bulan, maka kita perlu buat plot2 tersebut dan menanam pada masa yang berlainan bagi tiap plot, misalnya selang 2 bulan. Jadi dalam setahun kita boleh harvest 5-6 kali setahun tiap 2 bulan. (utk harvest 1-2 ekar ini kadang2 makan masa 2 bulan gak, itu bergantung pada tenaga kerja yang ada.)

Penyediaan kawasan.
Kalau betul-betul semak, ada pokok-pokok renek, tolaklah dahulu dengan JCB (backhoe) kosnya dalam RM300 sehari, dah bersih barulah dibajak & rotor. Kalau tanah berair, pastikan anda membuat parit perimeter (parit besar sekeliling kawasan) dan parit2kecil ditengah kawaan tanaman. Ini untuk mengelakkan air bertakung. Dah siap semua nya itu, termasuk memagar..terpulang pada anda, ikutkan serai ni takde musuh, ternakan pun tak makan, cuma takut kena pijak sahaja. (lebih baik dipagar) . Step kedua barulah dibajak dan rotor . Kalau guna traktor Jabatan Pertanian, sewanya lebih kurang RM120-RM180 seekar (bagi bajak & rotor). Jikalau sistem integrasi, jangan bayar nilai diatas untuk seekar (pasal x bajak penuh...antara pokok sahaja). Nak bajak dan rotor cuma antara pokok getah kan? Jadi kita bayar nilai diatas separuh sahaja untuk seekar atau pun nilai diatas untuk 2 ekar. Ini penting kerana ramai yang tak tahu pasal ni. Kalau sewa traktor luar mungkin mahal sikit. Dalam RM 300 adalah kot (bagi bajak & rotor..2 kerja sekaligus/ekar)..Tak perlu buat batas. Kalau nak yang lebih bagus, selepas dibajak, taburlah baja tahi ayam dan kapur pertanian dahulu, baharu dirotor. Kalau x buat pun boleh...(kalau modal tak besar)

Buat lining.
Seperti jarak yang disyorkan diatas, pastikan kira jarak 3-4 kaki dari anak getah dahulu (kalau integrasi). Tandakan tiap poin 3 kaki dengan buluh atau anak kayu. Buat perkara yang sama di barisan hujung.(dibuat awal sebelum hari menanam)
Tarik tali untuk luruskan lining. (dibuat pada hari menanam) Ambil kayu untuk buat ukuran poin antara benih serai. (potong kayu/buluh untuk pedoman. Cthnya 3 kaki)
Pada tali yang ditarik tadi kita mulakan pada kayu yang dipacak gunakan kayu pedoman untuk menanam. Ukur dan tanam. Ulang dari benih yang ditanam sampai hujung barisan. Siap satu baris, buka tali dan alihkan ke poin sebelah. (ini teknik nak jimat kos sebenarnya) buat perkara yang sama sampai siap satu plot. (biasanya 1 plot 2 ekar antara anak getah ni boleh siap antara 1-2 minggu sahaja) Awas balik rumah kena cari tukang urut. Sakit pinggang!


Penandaan pancang pedoman sebelum direntang tali antara 2 hujung


tanaman serai antara mangga (baru dipangkas daun dengan mesen rumput)

Menanam
Teknik menanam!! Ramai yang tak tahu cara ni,

Tak perlu gali lubang. Sebab tanah dah gembur. Cucuk je benih tu ataupun guna kayu pedoman tu cucuk tanah dan masukkan serai dalam lubang tu. Kalau boleh satu lubang tanam 2 benih. (takut satu tu tak menjadi). Tekan sikit dileher benih tu utk padatkan tanah.
Jangan tanam tegak !!! Nanti lambat keluar anak lain. Sendengkan sikit 45 darjah!!! Kalau tanam 2 anak benih selubang, sendengkan dengan cara bertentangan. Cara begini akan mendapatkan rumpun yang besar dan padat! Kalau 3 benih selubang, buat seperti lambang Mercedes dari pandangan atas. Ramai yang tak tahu cara ni.
Sebelum tanam, basahkan dulu anak benih dalam air. Kalau boleh, tanam awal pagi atau petang sedikit. (tak nak benih stress) Rendam semalaman dalam besen paras leher benih pun boleh juga. (Kawan saya syorkan, rendam dalam air yang dah dicampurkan dengan hormon penggalak akar, jadi mudah untuk berakar) Saya tak pasti apa hormonnya...tapi memadai kita membeli sedikit CIRP da bancuh sedikit sahaja kedalam air dan rendam benih tadi.


penanaman pada barisan yg telah di tanda dengan tali. Jarak antara benih diukur sama dgn kayu pedoman (3 kaki)

PENJAGAAN

Pembajaan

Serai ni perlu juga dibaja. Cuma tak memerlukan kekerapan yang kerap dan kuantiti yang banyak. Memadai 2 atau 3 bulan sekali.
Bagi permulaan mulakan dengan NPK 15:15:15. tak payah banyak, lebih kurang segenggam serumpun. Taburkan keliling rumpun tu. Tabur atas pun boleh. Tapi jgn pada tengah hari...panas. Lepas tu bolehlah cari baja yang kandungan P tinggi. Contohnya NPK 5:18:12. Nak lagi mudah, baja tahi ayam atau kambing pun boleh.

Kawalan rumpai

Sebelum rumpun serai membesar, tentu ada masalah rumpai diladang. Nak mudah gunakan racun rumpai sahaja. Tapi awas, jangan silap pakai! Saya menggunakan racun DIURON sahaja! Kalau kena serai (kalau disembur pada serai pun) serai tak akan mati. Rumpai lain akan mati. Cuma kesannya akan nampak selepas 4-5 hari. Tanyalah dikedai2 jual baja dan racun. Mesti ada. Ia dalam bentuk serbuk bancuh kalau dalam bentuk cecair mahal sedikit. (serbuk RM20-30/kotak sekilo, Cecair RM80-100/ botol 4 liter). Bila rumpun dah besar, masalah rumpai akan berkurangan kerana rumpai lain alah dengan serai ni. Kalau nak pakai paraquat ke basta ke glyphosate ke pun boleh, cuma pastikan tak terkena pada daun atau perdu serai ni. (boleh mati). Nak kemas lagi, kita mesin lah rumput antara barisan serai tersebut.

Kawalan perosak

Serai ni jarang ada musuh. Cuma ulat pengorek batang sahaja. Kalau kita jaga rumpun dengan baik tiada masalah. Caranya, kita buat trimming pada rumpun selang 2-3 bulan sekali. Potong daun diatas dan tepi rumpun.(pakai mesin rumput je) Jadi taklah lembab sangat tengah2 rumpun tu. Ini juga untuk mengelakkan tikus bersarang dicelah2 rumpun. Biasanya jadi sarang ayam hutan. (best juga) Potongan daun juga akan membuatkan batang serai jadi besar. (jgn buat kerap sangat. Nanti tak besar2 pulak) Kalau nak guna racun, guna malathion pun dah cukup tapi 30 hari sebelum harvest jgn sembur ok?! Kalau nak sembur racun racun serangga, campurkan sedikit baja foliar (apa2 jenis) dan racun kulat (Mancozeb). 3 dalam satu. Jimat masa. (buat lepas trimming pun elok juga- saja protection)

Kesemua 3 kawalan diatas tak perlu dibuat selalu. Dari awal tanam hingga harvest, memadai buat 3 kali sahaja. Cubalah buat eksperimen anda sendiri. Anda akan dapat lihat perbezaannya.

*kesemua teknik diatas boleh diguna pakai bagi projek tanaman serai wangi.


MENUAI

Masa menuai inilah masa yang paling leceh bagi projek serai ni.

Tuaian boleh dibuat selepas tempoh matang atau melalui pemerhatian. Agak nampak batang dah besar tu tuailah. Nak tuai senang guna chop – macam penggali tapi depannya macam sudip burger. Asah hujung bagi tajam. Tajak sahaja dipangkal perdu rumpun dan cabut. Rebahkan rumpun tu dan potong akar dan tanah yang melekat dan tak diperlukan dengan chop tu. Daun pun boleh potong dulu dengan chop. Nak mudah, sebelum tuai, trim dulu rumpun tu macam kita buat trimming untuk kawalan perosak (guna mesen rumput). Buat pendek sikit agak2 batang serai tu tinggal 2 kaki pun boleh. Nanti lagi mudah kerja2 proses dan mengangkut nanti.
Selepas cabut, kumpulkan rumpun2 tu kesuatu tempat untuk kerja membersih. Cabut batang serai satu persatu, potong lebihan akar dan daun. Nak senang ikut contoh yang ada dipasar. Bersihkan dari kotoran tanah. (cari tangki PVC tak pakai, tadah air dan rendam je....senang) Ikat atau bungkus serai yang dah diproses tadi ikut permintaan pasaran. (ada yang nak ikat sekilo-sekilo),pilih btg serai yang terbaik untuk pasaran. Yang kecil2 tu jgn dibuang. Boleh dibuat benih kembali. Jadi, benih serai tu cuma dibeli sekali sahaja. (pastikan plot untuk menanam kembali telah siap!). Ada juga yg tak memerlukan proses diatas, misalnya untuk diproses. Kalau untuk pemprosesan ataupun serai wangi, memadai mencabut perdu serai tersebut dan terus hantar ke kilang/pusat pemprosesan. (harga dalam RM1/rumpun). Terpulanglah pada anda. Nak mudah, keuntungan kurang sedikit, nak keuntungan lumayan kenalah kerja lebih sedikit.

KOS

Kos-kos yang terlibat secara amnya, bagi projek penanaman serai seluas 1 ekar (0.4 hektar) semusim.

  1. Benih - Benih serai harganya dari 6-10 sen sebatang, bergantung pada kawasan dan jenis. Ada sesetengah projek ladang kontrak, pengusaha harus membayar lebih sedikit untuk benih kerana benih2 terpilih sahaja yang disediakan oleh pemproses. (salah satu cara pengilang nak untung lebih...apa daaaa)
  2. JCB/Backhoe - RM300-350/ hari. bergantung pada kawasan.
  3. Traktor pembajak/rotor - RM120-300/ekar. bergantung pada kawasan dan siapa yang memberi perkhidmatan tersebut.
  4. Baja, Racun rumpai & Racun serangga - Bergantung pada jenis dan harga disesetengah tempat.
  5. Upah (menanam & harvest) - bergantung pada anda.

ARTIKAL : 2

PENGENALAN

Serai adalah sejenis tanaman saka dari famili Graminanea. Terdapat 2 spesis serai makan yang dikenali umum di peringkat antarabangsa sebagai ‘lemongrass’ iaitu Cymbopogon citratus dan Cymbopogon flexus. Spesis C. citrates tersebar luas dikawasan beriklim tropika, termasuk Malaysia, manakala penanaman C. Flexus lebih tertumpu dikawasan Malabar, India.
Negara-negara utama yang menanam serai makan secara komersial adalah India, China, Guatemala dan Brazil. Di negara-negara ini serai makan diusahakan untuk pengeluaran minyak pati. Pengeluaran minyak pati dunia dalam tahun 80an ialah kira-kira 310 tan setahun. Di Malaysia, industri pengeluaran minyak pati serai makan atau minyak-minyak pati lain hampir tidak wujud. Oleh itu, serai makan hanya ditanam untuk kegunaan segar sebagai perisa makanan.

KESESUAIAN TANAH

Tanah Gambut dan Berpasir

Tanah Bukit

Tanah Sawah

Tanah Yang Tidak Bertakung Air

Tidak Sesuai Tanah Yang Mengandungi Sulfur Berlebihan


CARA PENANAMAN

Tanah hendaklah dibajak terlebih dahulu

Hendaklah ditanam sedalam 2inci atau mengikut sukatan -\\ //- 2’’


SISTEM PENANAMAN

1 EKAR TANAH BERSAMAAN DENGAN 43,560 KAKI PERSEGI

SISTEM INI BOLEH MENGHASILKAN 3,630 LUBANG BAGI 1 EKAR.


CARA PENJAGAAN

PERINGKAT AWAL PENANAMAN HENDAKLAH DISIRAM AIR

DARI SATU HINGGA SEPULUH HARI, TANAMAN SERAI HENDAKLAH DISIRAM

WAKTU SIRAMAN

7:00-11:00 PAGI

4:30-7:00 PETANG.


PEMBAJAAN

30 HARI PERTAMA DIBAJAUREA B

<-5’’->\\ // <-5’’->

30 HARI KEDUA DIBAJA UREA B

<-KELILING 360O -> \\ //- 2’’

30 HARI KETIGA DIBAJA PKK0018 + 0012

UNTUK MEMBESAR


Pembajan ini juga:

Merangsang Tumbesaran Tanaman

Mencegah Jangkitan Penyakit Akibat Daripada Serangan Serangga.

Memendekkan Jangkawaktu Tanaman

Mengurangkan Nisbah Kematian Anak Benih


HASIL TUAIAN

1 BATANG SERAI TANAMAN BOLEH MENGHASILKAN 45-50 BATANG

6 BATANG SERAI TANAMAN BOLEH MENGHASILKAN 300 BATANG HINGGA 320 BATANG

1 EKAR TANAH BOLEH MENGHASILKAN ANTARA 25 TAN HINGGA 30 TAN SERAI MENTAH.

TARIKH MATANG TANAMAN 6 BULAN

SERAI HENDAKLAH DIIKAT 30 BATANG SEIKAT UNTUKDI EKSPORT


ANGGARAN HASIL

Satu ekar ada 3,630 lubang

kos benih = RM 3,000.00

baja = RM 680.00

upah/bajak = RM **

untung - kos = RM 7,920.00/ekar #

** bergantung pada keliuasan dan bilangan perkerja

# untung sebelum ditolak upah pekerja dan bajak

Di syorkan 10 ekar 2orang pekerja


FAKTOR KEROSAKAN DAN KETIDAK SUBURAN

Tanaman Serai Cv Paha Ayam Klon Tisu

1. Ditenggelami Air Dalam Masa 3 hari

2. Siraman Air Yang Tidak Mencukupi

3. Pemilihan Jenis baja Tidak Sesuai Dan Pembajaan Tidak Berjadual

4. Pengendalian Yang Tidak Teratur

5. Persekitaran Tanah Yang Tidak Sesuai

6. Haiwan Seperti Khinzir Dan Binatang–Binatang Berkeliaran Yang Boleh Merosakan Tanaman


PASARAN

PRODUK SERAI CV PAHA AYAM KLON TISU INI MEMPUNYAI PERMINTAAN TINGGI DARI LUAR NEGARA TERUTAMA HOLLAND

PRODUK INI DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN INDUSTRI PERUBATAN BAGI PENYAKIT KANSER


serai

Nama Melayu (Malay Name) : Serai

Keluarga (Family) : GRAMINEAE = POACEAE

Nama Saintifik (Scientific Name) : Cymbopogon citratus (DC.) Stapf

Saiz Pokok (Plant Size) : 100 cm

Nama Lain (Other Names) : Lemon Grass

Pokok Serai adalah pokok herba malar hijau yang digunakan dalam masakan Asia (terutamanya masakan Thailand), Kemboja dan Vietnam) dan Caribbean. Pokok ini mempunyai perasa lemon dan boleh dikeringkan untuk menjadi tepung atau digunakan segar. Digunakan dalam teh, sup, dan masakan kari, pokok ini juga sesuai untuk ayam, ikan, dan makanan laut.

Terdapat melebihi 50 spesies Cymbopogon. Serai India Timur (Cymbopogon flexuosus) adalah tempatan di India, Sri Lanka, Burma, dan Thailand sementara Serai India Barat (Cymbopogon citratus) dipercayai berasal dari Malaysia. Sementara kedua-dua boleh digunakan, C. citratus lebih sesuai untuk memasak. Di India C. citratus digunakan untuk herba perubatan dan wangi-wangian.

Spesies lain digunakan dalam industri minyak wangi adalah Cymbopogon martini (disuling menjadi minyak palmarosa) dan Rumput Citronella (Cymbopogon winterianus Jowitt) dari mana minyak citronella didapati. Lilin atau gaharu diperbuat dengan minyak citronella pekat boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk.

Anak Benih Serai Paha Ayam / batang RM0.25


PENGENALAN PERUSAHAAN SERAI

Bidang yang dipilih ialah penanaman serai secara komersial. Serai merupakan tanaman yang sangat memberi keuntungan kepada pengusahanya kerana permintaan serai di pasaran sangat baik. Serai biasa digunakan sebagai salah satu perisa atau bahan dalam masakan. Oleh sebab ini lah serai sangat diperlukan setiap hari. Kehendak pelanggan terhadap serai setiap hari membuatkan pasaran serai sangat baik sekali. Oleh sebab inilah saya memilih serai untuk menjadi bidang usaha pilihan saya.

Serai bukan sahaja menjadi bahan penambah perisa dalam masakan, tetapi juga digunakan sebagai herba, bahan ubat-ubatan dan sebagainya. Keperluan terhadap serai sangat tinggi dari hari ke hari. Serai boleh dijual untuk tujuan pemprosesan menjadi bahan lain seperti ubat dan sebagainya. Ia juga diperlukan untuk jualan runcuit di pasar raya dan pasar-pasar basah. Dalam masyarakat Melayu, serai memainkan peranan yang sangat penting. Boleh dikatakan rakyat nagara ini menggunakan serai hampir setiap hari untuk tujuan masakan dan sebagainya. Jadi dengan itu, serai sangat diperlukan setiap hari. Tidak ramai individu yang mengusahakan perusahaan menanam serai ini. Jadi perusahaan ini sangat mempunyai potensi untuk berjaya dan pastinya membawa pulangan yang lumayan kepada pengusaha tanaman serai.



Serai (Lemon grass)
Cymbopogon citrates
Famili : Gramineae (poaceae)

Variety
Di Malaysia variety tempatan ditanam dan digunakan sebagai bahan perisa bagi makanan dan minuman.

Kesesuaian tanah dan iklim
Jenis tanah :
Sesuai dikebanyakan jenis tanah kecuali tanah yang terlalu liat dan saliran yang kurang baik. Tanah lom berpasir yang bersaliran baik paling sesuai.

pH tanah : 5 - 6.5
Iklim : Tropika
Hujan : 2500-3000mm/tahun

Amalan kultur

Bahan tanaman : Anak berakar

Penyediaan kaw. Tanaman :

Kawasan yang telah dibersihkan, dibajak dan digembur.
Kadar pengapuran 4 – 5 t/ha bagi tanah gambut, 1 – 3 t/ha bagi tanah bris, dan 3 – 5 t/ha bagi tanah mineral. Kapur ini digaul dalam tanah dua minggu sebelum menanam.

Kuantiti benih : 40 000 batang/ha
Jarak tanaman : 0.5 m x 1 m
Kepadatan : 20 000 rumpun/ha
Cara menanam : 2 – 3 batang ditanam ke dalam lubang pada musim hujan



Pembajaan




Pengawalan rumpai
Dilakukan secara manual di antara pokok setiap bulan

Pengawalan perosak dan penyakit

Sehingga kini tiada perosak dan penyakit utama yang menyerang tanaman serai

Pengendalian selepas tuai

Aliran pengendalian




Pengendalian
Serumpun serai boleh menghasilkan 30 – 40 batang serai yang boleh dipasarkan. Hasilnya lebih kurang 700 000 batang/ha (13 461.54 kg/ha). Pokok serai boleh dituai lebih kurang 6 – 8 bulan selepas menanam. Rumpun digali dengan cangkul, akar dan daun dipotong meninggalkan batang dengan upih daun sepanjang 10 – 15 cm. pembungkusan secara pukal tidak melebihi 30 kg dalam bekas yang kukuh. Beg polietilena (beg plasik), beg kertas dan filem polivinil klorida digunakan untuk pembungkusan runcit.

Purata harga di peringkat ladang bagi tempoh 5 tahun 1996 – 2000 (RM/kg)
1996 : -
1997 : -
1998 : 1.45
1999 : 0.85
2000 : 0.69
Purata : 1.00

Kos pengeluaran

Anggaran kos pengeluaran serai/ha/musim

Jarak : 0.5 m x 1 m

Kepadatan : 20 000 rumpun/ha

Masa menuai hasil : 6 – 8 bulan selepas menanam


Jenis kerja/bahan/susut nilai harta tetap

Kontrak/harga bahan/susut nilai (RM)

Hari tenaga* (tenaga keluarga)

Kos (RM) (tenaga keluarga)

Jumlah kos (RM)

Benih

Penyediaan tanah dan batas (kont.)

Mengapur

Menanam

Membaja

Merumput

Mengawal musuh, penyakit

Minyak diesel dan pelincir untuk enjin pam air

Penyelenggaraan sistem pemercik dan enjin pam air

Memungut hasil

1600.00

700.00

420.00

-

830.00

-

78.00

700.00

350.00

-

-

-

1

20

20

20

4

-

-

100

-

-

25.00

500.00

500.00

500.00

100.00

-

-

2500.00

1600.00

700.00

445.00

500.00

1335.00

500.00

178.00

700.00

350.00

2500.00

Jumlah kecil

4683.00

165

4125.00

8808.00

Cukai tanah

Susut nilai

Sistem pengairan pemercik

Pam air

Enjin pam air

Penyembur galas

Cangkul

Stor dan bangsal

10.62

816.67

46.67

303.33

23.33

8.40

291.67

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

10.62

816.67

46.67

303.33

23.33

8.40

291.67

Jumlah kecil

1500.69

-

-

1500.69

Jumlah besar

6183.69

165

4125.00

10308.69


Nota:

* 1 hari tenaga = RM 25.00

Benih – 40 000 batang @ RM0.40/10 batang

Kapur – (GML – guna berasaskan pH tanah) 3 t @ RM 7.00/beg 50kg (RM140.00/t)

Baja :

Baja tahi ayam – 4 t @ RM 200.00/t

Nitrophoska blue special (NPKMg+TE 12:12:17:+TE), 250kg @ RM62.00/beg 50kg (RM1240.00/t)

Urea 130kg @ RM35.00/beg 50kg (RM700.00/t)

Racun perosak dan penyakit (mengikut jenis perosak dan penyakit)

Susut nilai:

Minyak diesel – 7 bulan @ RM100.00/bulan

Sistem pemercik dan pam air – 7 bulan @ RM50.00/bulan

Cukai tanah – 7 bulan @ RM 18.20/ha/tahun



* jumlah pendapatan pada 3 peringkat harga jualan di ladang

Hasil (kg/ha)

Pendapatan

*RM0.70/kg

*RM1.00/kg

*RM1.45/kg

Rendah

(12788.46)

Kasar

Bersih

Buruh keluarga

8951.92

-1356.76

2768.24

12788.46

2479.77

6604.77

18543.27

8234.58

12359.58

Sederhana

(13461.54)

Kasar

Bersih

Buruh keluarga

9423.08

-885.61

3239.39

13461.54

3152.85

7277.85

19519.23

9210.55

13335.55

Tinggi

(14134.62)

Kasar

Bersih

Buruh keluarga

9894.23

-414.45

3710.55

14134.62

3825.93

7950.93

20495.19

10186.51

14311.51





1 comments:

Nur haura afeeya on December 5, 2022 at 11:18 PM said...

Cucu Puan Mazili, Kanser Leukimia ALL B- Cell.
Puan Mazili ada cucu lelaki berumur 3 tahun 8bulan yang dulu menghidap kanser Leukimia ALL B-Cell (Acute Precursor B-Cell All). Kalau dulu dia mengalami komplikasi limpa dan hati yang dah bengkak tapi sekarang syukur dia dah sembuh dengan rawatan doktor dan rawatan dari Jutawan Herbs.Sekarang dia menjalani kehidupan seperti kanak-kanak sihat lain.
..................................................................

▪️Puan Roselawaty bt Jaafar, Kanser payudara tahap 2.
Pada tahun 2019 doktor telah mengesahkan dia menghidap kanser payudara tahap 2. Sekarang ni dah sembuh dari kanser selepas membuat rawatan di hospital dan mengamalkan Jus Jutawan Herbs.

.................................................................

▪️Puan Zalina bt Ismail, Kanser Payudara.
Dia telah disahkan menghidap kanser payudara pada tahun 2018 dan kini dah sembuh setelah menjalani rawatan hospital dan merawat dengan rawatan Jus Jutawan Herbs.

..................................................................

▪️Puan Noraini Yusof, Kanser Payudara tahap 3.
Pada tahun 2017 dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 3.size ketulan kanser Puan Noraini dalam 13.3 cm. Disamping meneruskan rawatan hospital, dia juga terus kekal minum Jus Neo Plus Jutawan Herbs yang juga merawat dan memastikan kesihatan terus baik. Keputusan ujian kesihatan semua bagus dan sekarang dah sembuh.

...............................................................

Nanti boleh hubungi saya sendiri untuk testimoni2 td tu yer dan testimoni2 pesakit2 lain dan banyak lagi ..๐Ÿ˜‰

Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay๐Ÿ‘‡๐Ÿป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


๐Ÿ’Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..๐Ÿคฒ๐Ÿผ


Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

๐Ÿ˜kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
#sharepadayangmemerlukan
#sharing is caring
En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

Post a Comment

 

ikan keli kelantan info menarik,catfish,cara jadi jutawan keli,kg gelong gajah pasir mas cara ternak ikan kelipelihara ikan keli catfish pelihara itik Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008