Pengenalan
Ikan keli termasuk didalam keluarga Clariidae. Ia berbeza dari jenis2 ikan berduri yang lain daripada Ictaluridae saperti Ictalurus spp.(Channel catfish), keluarga Schilbeidae(Pangasidae) saperti ikan patin(Pangasius sp) dan keluarga Bagridae saperti ikan baung(Mystus sp). Dua spacies keluarga Clariidae yang biasa dikenali dinegeri ini ialah keli bunga, Clarias macrocephalus dan keli kayu, Clarias batrachus.
Ikan ini berupaya untuk hidup didalam perbagai keadaan dan mutu air. Ia hanya memerlukan kawasan ternakan yang kecil untuk diternak dan boleh distok lebih padat dari kebanyakan species lain. Ia boleh hidup diatas darat untuk beberapa jam atau didalam air yang rendah kandungan oksigen terlarut kerana ia mempunyai organ arboresen yang membolehkannya bernafas udara selagi alat pernafasan ini masih lembab.
Ikan keli eksotika/Afrika, Clarias gariepinus/lazera dan kacukan C.macrocephalus dan Clarias gariepinus telah mula diperkenalkan dari negara jiran pada tahun 1988 dan kini telah menjadi species utama ternakan dinegara kita.
Asas Ikan Keli
Ikan keli mempunyai misai yang terletak berdekatan dengan hidung. Ia berfungsi sebagai alat pengesan ketika bergerak dan mencari makanan. Ia juga mempunyai alat pernafasan tambahan yang disebut ‘arborescent organ’ yang tumbuh pada insang kedua dan keempat, sehingga ikan keli boleh bernafas menggunakan oksigen dari udara bebas. Warna tubuhnya di mana terdapat ikan keli yang berwarna perang gelap dan perang terang, malah terdapat juga yang berwarna hitam. Ketika larva baru menetas, ia berukuran sekitar 3.4mm dan lebar mulutnya lebih kurang 0.28m. Setelah ia berusia 7 hari, sirip dada akan tumbuh sepanjang 7mm dan sirip perutnya berukuran 14.9mm. Larva akan mencapai bentuk yang sempurna apabila pembesaran yang jelas di antara sirip punggung, ekor dan anus yang akan kelihatan pada hari ke-22 dan panjangnya adalah 24.4mm.
Ikan keli mempunyai sengat yang menjadikannya adalah sangat berbisa. Jika terkena sengatan ikan keli ini kesannya sedikit gatal dikawasan gigitan. Berdasarkan Weber de Beaufort(1965) ikan keli diklasifikasikan sebagai berikut;
Filum : Chordata, binatang bertulang belakang.
Kelas : Pisces, mempunyai insang
Ordo : Ostariophysi, ikan yang mempunyai tulang pada bahagian atas sebagai alat pelengkap keseimbangan.
Subordo : Siluroidae, berbentuk panjang dan tidak bersisik.
Keluarga : Clariidae, ikan yang memiliki cirri khas dengan bentuk kepala pipih bertulang keras, sirip dada dilengkapi dengan sengat sebagai senjata dan alat Bantu untuk bergerak serta memiliki alat pernafasan tambahan dimana ia boleh menghirup oksigen dari udara bebas.
Genus : Clarias
Spesis : Clarius batrachus.
Syarat – syarat kehidupan
Ikan keli hanya hidup di kawasan air tawar sahaja. Ikan keli boleh hidup di kawasan dataran rendah dan dataran tinggi hingga ketinggian 700m pada paras laut. Ikan keli dapat dipelihara di perairan rendah kandungan oksigennya seperti di dalam parit, kolam atau tempat takungan lebihan air. Ini disebabkan olet alat pernafasan tambahan yang ada pada ikan keli membolehkannya bernafas menggunakan oksigen dari udara bebas. Malah ikan ini juga tahan kepada bahan-bahan organik.
Cara hidup ikan keli
1. Ikan keli bersifat karnivor iaitu pemakan daging. Ia boleh memakan sisa-sisa dari sisa domestik dan sisa industrial. Selain itu ikan keli juga boleh memakan kotoran dan bahagian lebihan ayam seperti perut dan usus.
2. Secara semulajadi makanan ikan keli terdiri daripada mikro organisma seperti kutu air iaitu Daphnia, Cladocera dan Copepoda. Ikan keli juga memakan pelbagai jenis cacing, jentik-jentik atau siput-siput kecil. Bagi ikan keli yang dipelihara makanan seperti palet diberikan.
3. Ikan keli suka bersembunyi di dalam lubang-lubang yang terdapat di dalam perairan. Lubang tersebut bukan sahaja menjad tempat persembunyian malah sebagai tempat untuk bertelur. Ikan keli lebih gemar akan perairan bersih dan baru di mana ikan-ikan tersebut akan berkumpul di pintu kemasukan air semasa proses penukaran air kolam pemeliharaan.
4. Benteng kolam yang tinggi tidak menjadi halangan bagi ikan keli untuk keluar dari kolam kerana dengan menggunakan sengatnya, ia boleh memanjat benteng tersebut dengan mudah. Oleh itu kolam benteng yang didirikan perlulah memenuhi ciri dan syarat yang telah ditetapkan supaya ikan keli yang dipelihara tidak mudah untuk melarikan diri.
Menentukan lokasi penternakan
Lokasi penternakan yang tepat
Lokasi penternakan dikatakan tepat jika telah menepati aspek iaitu aspek social, ekonomi dan teknikal. Aspek sosial ini bermaksud menggunakan sumber yang terdapat di sekitar lokasi secara optimum. Sumber yang dimaksudkan bukan hanya dari sumber semulajadi tetapi juga sumber manusia iaitu tenaga kerja, peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan.
Manakala aspek ekonomi pula, jarak lokasi kegiatan penternakan dengan tempat penjualan hasil adalah penting untuk dipertimbangkan. Ini juga bertujuan untuk menjamin kesegaran ikan tersebut apabila dijual kepada pengguna.
Aspek teknikal merupakan tenaga kerja yang pakar tentang ikan keli adalah diperlukan dari segi biologi, pembesaran, pencegahan haiwan pemangsa dan penyakit, penyediaan makanan dan pengumpulan.
Ternakan
Pada masa ini ternakan ikan keli dijalankan didalam sawah padi, kolam2 tanah, kolam kanvas dan tangki konkrit. Pada asasnya sistem pengeluaran ikan didalam sawah padi adalah berbentuk perangkap dimana ikan liar dari parit dan taliair atau telaga memasuki petak sawah yang ditenggelami air pada awal musim. Pengurusan petak sawah bagi menggalakan pertumbuhan plankton saperti pembajaan dan baja organik tidak dibuat. Ikan juaga tidak diberi makanan tambahan. Ikan2 yang biasa dituai ialah ikan keli kayu, Clarias batrachus, keli bunga, C.macrocephalus, ikan haruan Channa striatus dan ikan sepat, Trichogaster pectoralis. Antara halangan bagi ternakan ikan dalam sawah ialah tanaman padi dua musim yang menyebabkan tempoh tanaman yang singkat, kaedah mekanissasi intensif dan penggunaan racun perosak yang meluas.
Ternakan didalam kolam dijalankan secara semi-intensif, dimana kadar kemasukan adalah diantara 10 - 30 ekor/m2. Makanan rumusan atau perut ayam yang telah direbus serta bahan2 sampingan pertanian saperti hampas kacang soya/kelapa digunakan. Tempoh ternakan adalah 3 - 4 bulan, terutama bagi keli eksotika.
Ternakan ikan keli dalam tangki konkrit dan tangki fibreglass/kanvas semakin mendapat perhatian orang ramai, terutama bagi mereka yang tidak mempunyai kawasan yang besar. Saiz tangki konkrit digunakan berbeza2, biasanya tangki bersaiz 3m x 5m dengan kadar kemasukan lebih kurang 100/m2 digunakan.
Kuantiti dan kualiti air
Air merupakan faktor yang paling penting di dalam penternakan ikan. Kuantiti air adalah jumlah yang sedia ada dari sumbernya seperti sungai atau saluran untuk mengairi kolam. Air yang diperlukan bagi penternakan ikan keli tidak sebesar yang diperlukan bagi penternakan ikan-ikan lain seperti ikan emas. Ini disebabkan oleh alat pernafasan tambahan yang dimiliki ikan keli di mana ia boleh bernafas melalui udara bebas. Jumlah air yang diperlukan bagi penternakan ikan keli adalah 10 liter/minit.
Bagi pembenihan ikan keli, air yang paling sesuai digunakan adalah air dari telaga, sama ada telaga semulajadi mahupun telaga galian biasa.
Kualiti air adalah berbeza-beza dan mampu mempengaruhi kehidupan ikan keli. Kepelbagaian tersebut terdiri daripada sifat fizikal, kimia dan biologi air.
Sifat fizikal air meliputi suhu, kekeruhan dan warna air.
Sifat kimia air adalah kandungan oksigen(O2), karbon dioksida(CO2), pH (nilai keasidan), ammonia (NH3) dan alkali.
Sifat biologi air pula merangkumi jenis dan jumlah haiwan akuatik( mikroorganisma) seperti plankton, sebagai contohnya yang hidup di sesuatu kawasan perairan.
Suhu air mempengaruhi kelarutan oksigen dan nitrogen di dalam air pada tekanan 1 atm(atmosfera).
Kadar larutan oksigen dan nitrogen dengan air pada tekanan 1 atm.
Struktur tanah
Tanah merupakan faktor utama dalam pembuatan kolam penternakan. Tanah yang baik akan menghasilkan kolam yang kukuh terutamanya pada bahagian permatang dan sempadannya. Permatang yang kukuh dapat menahan tekanan air dan tidak mudah pecah. Kolam yang baik tidak cepat kering dan mempunyai daya penyerapan yang rendah.
Tanah yang sesuai dan baik untuk pembinaan kolam adalah tanah liat dan tanah berpasir dengan nisbah 3:2. Tanah dengan struktur seperti ini mudah dibentuk dan tidak mudah pecah.
Penternakan makanan semulajadi ikan keli
Kutu air atau Daphnia sp. Merupakan salah satu makanan bagi ikan keli. Ia boleh diperolehi secara semulajadi malahan ia juga boleh dikulturkan atau diternak. Tidak sukar untuk mendapatkan kutu air kerana ia berada dimana sahaja walaupun di dalam parit atau longkang.
Penternakan kutu air dilakukan di dalam kolam atau fiberglass yang berukuran 1m x 1m x 0.25m.
Kolam untuk penternakan kutu air, berukuran 1m x 1m x 0.25m. Bagi tujuan untuk mempercepatkan pertumbuhan kutu air dan harus dibaja dengan najis ayam.
Atau disesuaikan dengan keluasan tanah.
1. Mula-mula kolam dikeringkan dan dibersihkan kemudian ia disikan dengan air bersih.
2. Bagi mempercepatkan proses pertumbuhan kutu air, pembajaan harus dilakukan dengan menggunakan najis ayam yang telah kering sebanyak 2-5 gram/liter air.
Cara penternakannya adalah dengan ;
1. Menggunakan alat penapis supaya bahan-bahan yang kasar dapat diasingkan dan tidak masuk ke dalam kolam.
2. Perubahan pada warna air kolam kepada warna perang seperti air teh menandakan penternakan adalah baik.
3. Air tersebut dibiarkan selama 3-4 hari.
4. Pada hari kelima, bibit-bibit Daphinia akan terhasil. Ia akan tumbuh dengan cepat dan mencapai puncaknya pada hari ketujuh. Ketika itulah kutu air diambil untuk diberikan kepada benih ikan keli menggunakan jaring halus yang berukuran 1.5- 2 mm.
5. Penternakan kutu air di dalam kolam diulangi dengan dos ½ dari jumlah penternakan pertama bagi memastikan pertumbuhan kutu air yang berterusan. Proses ini dilakukan 7-8 hari sekali.
Pembenihan
Teknik pembenihan ikan keli tempatan tidak sama dengan ikan keli eksotika. Ikan keli tempatan di perairan umum membiak secara semulajadi dengan meletakkan telurnya di dalam sarang. Lubang-lubang permatang adalah sarang yang dibuat oleh ikan keli. Selain itu, ikan keli juga bersarang di bawah benda-benda yang tenggelam di dalam air seperti batu atau kayu.
Melalui konsep diatas para penternak mencuba mengusahakan penternakan ikan keli dengan menyediakan potongan-potongan buluh dan disimpan di dalam kolam.
Kaedah ini tidak berkesan. Ikan keli tidak bertelur pada potongan-potongan buluh yang disimpan di dasar kolam tetapi hanya pada bahagian berbentuk sarang atau kotak-kotak yang dipasang di tepi atau dipinggir permatang.
Teknik Pembenihan
Teknik pembenihan yang biasa dipraktik oleh para penternak adalah dengan 2 sistem iaitu sistem pembenihan secara berpasangan dan sistem pembenihan secara rawak.
Sistem pembenihan secara berpasangan
Induk yang dipilih adalah yang sudah cukup matang. Sepasang induk matang yang disenyawakan akan ditempatkan di dalam sebuah kolam yang kecil untuk proses persenyawaan.
Kolam yang digunakan adalah kolam tembok berukuran kira-kira 2m x 1m x 0.5m. Salah satu sudut kolam tersebut diletakkan sarang yang merupakan batu bata untuk ikan keli bertelur
Ukuran sarang adalah 30cm x 40cm x 20cm. Sebuah lubang atau pintu selebar 10cm disediakan pada bahagian hadapan sarang sebagai tempat keluar masuk ikan keli. Di dalam sarang tersebut diletakkan sabut di seluruh permukaan dasar sarang.
Sebelum proses persenyawaan dilakukan, kolam akan dikeringkan dan dibersihkan unutk membunuh kuman-kuman penyakit. Seterusnya kolam diisikan dengan air bersih dan jernih pada kedalaman 15-20 cm. Induk yang ingin disenyawakan dipilih daripada sepasang ikan keli matang (jantan dan betina) di mana berat masing-masing adalah sama atau hampir sama. Induk dimasukkan pada waktu pagi di mana persenyawaan biasa berlaku pada waktu malam. Ini telah terbukti di mana pada pagi keesokan harinya terdapat telur-telur yang terhasil dan terlekat pada sabut sarang. Telur-telur tersebut akan dijaga oleh kedua-dua induknya secara bergilir-gilir.
Telur yang terhasil akan menetas selepas tiga hari. Pada hari keempat, benih yang baru menetas akan diberi makanan tambahan yang merupakan kutu air atau cacing sutera. Induk jantan dan betina akan ditangkap dan dipindahkan kekolam pemeliharaan induk, setelah benih berusia 7 hari. Benih akan dipelihara selama 3 minggu di kolam persenyawaan kemudian akan dipindahkan ke tempat pemeliharaan.
Sistem Pembenihan secara rawak
Bagi sistem ini, kolam pemeliharaan induk berfungsi sebagai kolam persenyawaan. Dipinggir kolam diletakkan kotak-kotak sebagai tempat persenyawaan. Kotak tersebut dibuat daripada tembok atau bancuhan simen dengan ukuran 50cm x 50cm x 60cm. Sebuah lubang sebesar 15cm disediakan pada bahagian dalam kotak tersebut sebagai tempat perlindungan keluar masuk ikan keli. Pada dinding bahagian belakang dibuat lubang untuk mengeringkan atau menangkap benih yang terhasil. Di dalam kotak tersebut dilapisi dengan sabut supaya benih akan terlekat padanya. Pada bahagian atas kotak mestilah ditutup agar keadaan gelap kerana ikan keli lebih gemar bertelur dalam keadaan gelap. Jarak antara kotak persenyawaan adalah 100cm.
Sepasang ikan keli akan diletakkan di dalam kolam seluas kira-kira 4m2. Penebaran induk dilakukan pada waktu pagi dan petang. Induk yang ingin disenyawakan haruslah dibekalkan dengan makanan berkhasiat seperti pellet atau makanana tambahan yang lain. Induk ikan keli yang sudah matang akan mencari sendiri pasanganya. Jika ikan keli telah menemui pasangannya, induk akan mencari kotak atau sarang yang dikehendaki. Kemuadian induk akan menjalani proses persenyawaan di dalam kotak di mana induk betina akan melepaskan telur manakala induk jantan akan mengeluarkan spermanya. Telur-telur yang hasil persenyawaan akan melekat pada sabut yang diletakkan di dalam sarang.
Telur akan menetas setelah tiga hari disenyawakan dan pada hari keempat ia akan diberi makanan yang terdiri daripada kutu air atau cacing sutera. Setelah seminggu, benih ikan keli bolehlah dipindahkan menggunakan jaring halus untuk dipelihara di tempat lain.
Pembenihan secara akuakultur
Kaedah pembenihan secara kultur, benih ikan keli yang dihasilkan akan bertahan lebih lama dan risiko kematian adalah kurang jika dibandingkan dengan kaedah tradisional atau semi-intensif. Kegiatan pembenihan secara intensif meliputi penyediaan calon induk, pemilihan induk yang matang dan penyediaan kolam yang digunakanuntuk persenyawaan. Bagi mendapatkan hasil yang maksima, setiap kegiatan haruslah dijalankan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Induk
Penyediaan induk yang baik bergantung kepada pengetahuan tentang ciri-ciri yang terdapat pada setiap induk jantan dan betina. Induk yang baik memiliki ciri-ciri seperti berikut;
1. Induk betina
- Kepala lebih kecil, mulut membulat, perut lebar, berbentuk tubuh yang mantap
dan tidak cacat .
- Beratnya mencapai 150-250 gram apabila berumur melebihi satu tahun.
- Induk bukan dari jenis yang sama.
- Induk memiliki tindak balas terhadap makanan, tahan kepada penyakit dan cepat sembuh.
2. Induk jantan
- Bentuk tubuh yang mantap, mulut membulat, berwarna cerah dan tidak
cacat.
- Pada umur minima satu tahun boleh mencapai berat diantara 150-250gram.
- Induk bukan dari jenis yang sama.
- Induk memiliki tidak balas terhadap makanan, tahan kepada penyakit dan cepat sembuh.
Terdapat beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum memelihara induk ikan keli. Diantaranya adalah;
1. Kepadatan penebaran.
2. Jenis dan jumlah makanan yang diberikan.
3. Kolam yang digunakan biasanya merupakan kolam yang menjadikan tanah sebagai dasarnya berukuran 20m x 10m 1m.
4. Kolam mestilah dikeringkan dan diairi semula.
5. Menternak kutu air. Kolam perlu dibaja dengan menggunakan najis ayam sebanyak 200gram/m2 seterusnya diletakkan kapur pertanian sebanyak 50gram/m2 . Kapur ini bertujuan untuk membunuh kuman-kuman penyebab penyakit yang terdapat di dalam kolam tersebut.
6. Kolam disikan dengan air setinggi 60-80cm dari dasar kolam. Sebanyak 10-15 ekor/ m2 induk ikan keli dimasukkan ke dalam kolam di mana berat induk adalah diantara 50-100gram seekor. Semasa proses pemeliharaan, induk diberi makanan tambahan seperti palet dengan kadar;
1. Protein ..............32-35%
2. Lemak ...............7-8%
3. Karbohidrat.......30%
4. Vitamin..............1-2%
Jumlah makanan yang diberikan sehari adalah 3% daripada berat ikan tersebut dengan kekerapan 3 kali sehari;
1. Pagi
2. Petang
3. Malam
Pemeliharaan dilakukan selama 2-3 bulan. Pada masa ia boleh dipindahkan, berat ikan keli boleh mencapai 150gram seekor.
Pemeliharaan Induk
Induk jantan dan betina dipelihara secara berasingan di dalam kolam yang mempunyai batas. Luas kolam pemeliharaan adalah sekitar 40-50 m2 . Kolam yang hendak digunakan perlulah dikeringkan selama 3-4 hari unutk membunuh kuman-kuman penyakit dan memudahkan pembajaan. Kolam akan dibaja dengan 200 gram/ m2 .najis ayam dan kapur sebanyak 50 gram/ m2 . Kolam disi dengan baja dengan air pada kedalaman 80-100cm. Sebanyak 3-5 ekor/m2 induk ikan keli sahaja akan dimasukkan ke dalam kolam.
Untuk mempercepatkan proses kematangan, makanan tambahan iaitu makanan buatan dan makanan alternatif. Makanan buatan merupakan pellet. Makanan tambahan alternatif yang boleh diberikan adalah anak-anak ikan atau daging siput. Makanan tambahan ini diberkan secara berselang-seli dengan makanan palet.
Indeks Kematangan Gonad Ikan keli betina( Sember rujukan : www.dof.gov.my)
Penentuan tahap kematangan gonad ini adalah berdasarkan pada perkembangan gonad, perubahan warna telur dan pengisian pada rongga perut. Penerangan bagi tahap kematangan gonad 1 hingga 4 adalah seperti berikut ;
1. TKG 1 (belum matang)
Gonad kecil dan memanjang 10-15mm, lutsinar dan butir-butir telur belum terbentuk. Jika sudah terbentuk, telur tersebut masih berwarna lutsinar
2. TKG 2 (mulai matang)
Gonad semakin membesar dan berwarna kuning. Butir-butir telur sudah mula
kelihatan dan panjangnya diantara 15-20mm.
3. TKG 3 ( matang)
Gonad lebih besar, panjang 20-30 mm, berwarna kuning keperangan. Butir-butir telur memenuhi setengah daripada ruang perut dan mula memberi tekanan terhadap alat pencernaan ke bahagian dorsal(punggung)
4. TKG 4(sangat matang)
Gonad besar dengan panjang 30-50mm, berwarna kuning keperangan dan memenuhi dua pertiga ruang perut.
Indeks Kematangan Gonad Ikan keli jantan
1. TKG 1 (belum matang)
Gonad kecil dan panjang 5-12mm, berwarna putih dan permukaan gonad mula tidak rata.
2. TKG 2 (mulai matang)
Gonad lebih besar, panjang 12-30mm, berubah kepada warna putih jernih dan mula kelihatan bentuk gerigi mula kelihatan.
3. TKG 3 ( matang)
Gonad besar dengan panjang 20-45mm dan mula memenuhi 2/3 ruang perut. Warna
jernih dan kelihatan bergerigi pada gonad semakin membesar.
4. TKG 4(matang)
Gonad bear dan panjang, memenuhi 2/3 ruang perut. Gonad mula mengembung dan berwarna jernih.
Teknik pensenyawaan
1) Teknik pensenyawaan berpasangan di dalam kolam
i. Kolam yang digunakan seluas 1-2m2 dan sudah dikeringkan dan dibersihkan.
ii. Pintu pembuangan perlu ditutup dengan sempurna.
iii. Kolam diisikan dengan air pada kedalaman 40cm.
iv. Sabut disediakan sebagai tempat untuk benih melekat.
v. Pemilihan ikan keli yang telah matang gonad dari kolam pemeliharan induk.
vi. Waktu pensenyawaan pada waktu pagi.
vii. Pengawasan perlu dilakukan pada setiap hari bagi memastikan pensenyawaan telah berlaku atau belum.
viii. Sabut di dalam sarang tersebut perlu dipantau bagi memastikan samaada induk sudah bertelur atau belum.
ix. Tanda-tanda mengawan, terdapat telur berwarna kuning jernih pada sabut.
x. Setelah beberapa hari induk akan tetap menjaga sarangnya. Dilihat juga ikan keli yang melibaskan ekornya bagi mengekalkan kesegaran atau untuk meningkatkan kandungan oksigen di dalam air.
xi. Benih akan diberi makanan tambahan iaitu kutu air atau cacing sutera setelah masuk hari keempat.
xii. Tempoh penjagaan di kolam pensenyawaan adalah lebih kurang 2-3 minggu seterusnya benih akan dipindahkan ke tempat pemeliharaan.
2) Teknik pensenyawaan secara rawak
i. Luas kolam yang dicadangkan 15-20 m2.
ii. Kolam perlu dilengkapi dua pintu air untuk kemasukan air dan pengeluaran air.
iii. Pada pintu-pintu tersebut dipasang jaring untk mengelakkan ikan terkeluar.
iv. Sarang dibina disisi-sisi kolam sebanyak 1/3 dari jumlah induk betina. Ukuran sarang adalah 50cm x 50cm x 60cm diperbuat daripada simen.
v. Kedalaman yang diperlukan adalah 30cm. Satu lubang juga dibuat pada dinding bahagian dalam sarang untuk laluan keluar masuk ikan tersebut.
vi. Jarak antara sarang adalah 75-100cm. Selain itu, bahagian atas sarang tersebut perlulah gelap. Kolam yang hendak digunakan perlulah dikeringkan selama 3-4 hari untuk membunuh kuman-kuman penyakit dan memudahkan pembajaan. Kolam akan dibaja dengan 200 gram/ m2 najis ayam dan kapur sebanyak 50 gram/ m2 . Kolam disi dengan baja dengan air pada kedalaman 80-100cm. Sebanyak 3-5 ekor/m2 induk ikan keli sahaja akan dimasukkan ke dalam kolam.
vii. Nisbah 1jantan dan 2 betina. Induk-induk ini mestilah matang.
viii. Cara yang sesuai untuk meransang proses pensenyawaan adalah mengawal ketinggian air kolam mengikut keadaan yang sepatutnya.
ix. Telur akan menetas setelah 2-3 hari pensenyawaan berlaku.
Pemeliharaan
1. Penyediaan
1. Memudahkan pengendalian, pemeliharaan sebaik-baiknya di dalam kolam tembok. Disamping itu, kolam tersebut harus terlindung daripada cahaya matahari. Kolam perlu dilengkapi dengan pelindung tetap seperti atap genting atau plastik atau pelindung sementara seperti atap atau daun kelapa.
2. Pelindung juga melindungi kolam daripada dimasuki oleh air hujan kerana dikuatiri benih ikan akan mati akibat perubahan suhu secara mendadak.
3. Ukuran kolam pemeliharaan 5-10 m2 dan dilengkapi dengan pintu masuk dan keluar air. Kolam perlu dikeringkan 1-2 hari dan dibersihkan dari sebarang kotoran. Ketinggian air kolam tersebut adalah sekitar 20-30cm.
4. Tanaman air atau potongan – potongan buluh juga diletakkan di dalam kolam kerana ikan keli amat gemar kepada kawasan yang gelap sebagai tempat berlindung.
2. Penebaran
1. Penebaran benih lebih sesuai dilakukan pada waktu pagi atau pada suhu yang masih rendah untuk mengelakkan tekanan pada benih tersebut.
2. Benih adalah berasal dari hasil proses pensenyawaan.
3. Jika benih dari tempat lain, ia perlu dibiasakan dahulu dengan keadaan yang baru sebelum dilepaskan ke dalam kolam. Caranya adalah membiarkan alat pemindah benih terapung-apung selama 5 minit di atas permukaan air kolam pemeliharaan. Kemudian air ditambahkan sedikit demi sedikit sehingga keadaannya sama dengan permukaan air di kolam pemeliharaan. Benih dibiarkan keluar dengan sendiri ke dalam kolam pemeliharaan.
4. Kepadatan penebaran adalah 150 ekor/ m3 air.
3. Teknik-teknik pemeliharaan
1. Benih akan diberi makanan tambahan yang merupakan makanan buatan berkadar protein 40% sepanjang tempoh pemeliharaan
2. Jumlah makanan yang diberi adalah 5% dari berat benih ikan keli yang dipelihara.
3. Makanan diberikan dengan cara menaburkannya keseluruhan permukaan kolam dan dilakukan 3 kali sehari pada waktu pagi, petang dan malam.
4. Kualiti air sentiasa dijaga. Jika air tidak mengalir, penggantian air perlu dilakukan dengan menggunakan tiub sifon. Kaedah ini dapat menyingkirkan kotoran yang terdapat di dalam kolam.
5. Jika pengairan air 0.04 liter/saat, tiub sifon tidak perlu digunakan.
6. Jika terdapat ikan yang diserang penyakit atau mati, benih tersebut perlu diasingkan atau dibuang dengan segera supaya penyakit tersebut tidak tersebar lalu menjangkiti ikan lain
7. Ikan keli akan dipelihara di dalam kolam pemeliharaan selama 2 bulan atau bergantung kepada keperluannya.
4. Pengumpulan
1. Setelah benih mencapai ukuran tertentu atau sudah menepati syarat, maka ia boleh dikumpul.
2. Pengumpulan dijalankan pada waktu pagi atau petang di mana suhu adalah rendah.
3. Cara pengumpulan adalah dengan mengeringkan kolam secara perlahan-lahan sehingga air tinggal disaluran tengah.
4. Benih tersebut ditangkap secara berhati-hati dengan menggunakan alat penangkap yang halus.
5. Ini bertujuan untuk mengelakkan benih daripada luka atau cacat semasa penangkapan.
6. Benih ditampung dengan alat yang sesuai atau kolam lain untuk dipelihara ditempat pembesaran atau untuk dijual.
7. Jika teknik pemeliharaannya sesuai dan benih tidak dijangkiti penyakit, tempoh pemeliharaan adalah sekitar 20%-30% dari jumlah benih dilepaskan.
Pembesaran
1. Ikan keli dijual, biasanya mempunyai berat 150-200 gram seekor atau sewaktu ikan keli berumur 6 bulan jika ia diberi makanan tambahan yang mencukupi, kualiti air yang baik dan tiada serangan penyakit dan haiwan pemangsa.
2. Ikan keli adalah lebih sesuai jika diternak di dalam kolam yang bertembok dengan dasarnya adalah tanah dan lumpur. Ini merupakan sifat semulajadi ikan keli yang suka membuat lubang pada batas dan menyukarkan untuk melihat. Tetapi keluasan kolam yang dibina haruslah tidak terlalu besar kerana dikuatiri akan menyukarkan proses penangkapan ikan keli. Luas kolam yang disyorkan adalah 20 m2.
3. Jika kaedah kanvas atau ternakan di dalam kolam pastikan ciri-ciri tempat tinggal yang sama perlu digunakan seperti kolam tanah.
Pemindahan
Pemindahan adalah proses memindahkan ikan keli dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Pemindahan dilakukan mengikut saiz ikan keli, samada yang masih kecil iaitu benihnya sehinggalah yang berukuran besar. Sistem pemindahan ini boleh dijalankan dengan dua cara iaitu cara terbuka dan cara tertutup.
Pemindahan secara terbuka.
Kaedah ini sesuai untuk ikan keli yang berukuran besar dan sudah boleh dipasarkan. Alat yang digunakan adalah tong plastik atau kolam yang diperbuat daripada fibre glass.
Pemindahan secara tertutup
Alat yang digunakan untuk pemindahan secara tertutup ini adalah dengan menggunakan karung plastik yang mengandungi oksigen.
Faktor- faktor lain semasa proses pemindahan.
1. Teknik pemindahan
2. Alat pengangkutan
3. Tempoh dan jarak pemindahan
4. Jumlah atau ukuran ikan keli
5. Waktu pemindahan dijalankan.
Ukuran benih
Alat-alat yang diperlukan adalah tabung oksigen, getah sebagai pengikat dan baldi untuk mengisi air. Air yang digunakan perlu diendapkan selama satu hari untuk membebaskan gas-gas beracun.
Jika pemindahan secara terbuka, alat yang perlu disediakan adalah air bersih dan tong plastik dengan kapasiti 20-200 liter di mana ia bergantung kepada jumlah benih yang akan dipindahkan.
Semasa diangkut, benih tidak akan diberi makan atau dipuasakan selama beberapa jam supaya tidak mengeluarkan kotoran semasa pemindahan. Ini bertujuan untuk mengelakkan keracunan atau kekurangan oksigen sewaktu pemindahan akibat dari kekotoran.
Ikan keli yang dipindahkan mestilah sihat, tidak cacat atau tiada sebarang luka.
Ukuran besar (jualan)
Pemindahan bagi ikan keli yang bersaiz besar iaitu 50 gram keatas bagi seekor lebih sesuai menggunakan kaedah terbuka. Disamping itu sistem terbuka, membolehkan ikan keli bernafas melalui udara bebas. Saiz tong plastik perlu disesuaikan dengan jumlah ikan keli yang akan dipindahkan serta kemudahan pengangkutan yang ada. Tong untuk memindahkan ikan keli ada dipasaran dengan kapasiti 20 liter - 200 liter.
Pencegahan haiwan pemangsa dan penyakit
1. Masalah yang sering dihadapi oleh penternak ikan adalah serangan haiwan pemangsa dan penyakit.
2. Pencegahan adalah langkah utama yang perlu dilakukan sebelum serangan haiwan pemangsa dan penyakit.
Haiwan pemangsa
Haiwan pemangsa yang biasa menyerang ikan keli datang dari udara, darat dan air. Langkah pencegahan serangan haiwan ini adalah ;
1. Kolam perlu dikeringkan dan dikapurkan sebelum digunakan. Penggunaan kapur mesti mengikut dos yang telah ditetapkan.
2. Jaring perlu dipasang pada pintu kemasukan air bagi menghalang kemasukan haiwan pemangsa ini.
3. Haiwan pemangsa yang sering menyerang ikan keli adalah ular, belut dan ikan gabus.
Kerosakan/Penyakit
Terdapat dua jenis penyakit yang menyerang ikan kelii iaitu penyakit yang menyerang bahagian dalaman tubuh seperti jantung, hati atau usus dikenali dengan istilah endotern. Kedua, penyakit yang menyerang bahagian luar tubuh ikan keli seperti sirip, dikenali dengan eksotern.
Langkah-langkah pencegahan penyakit yang dilakukan seperti berikut ;
1. Sebelum pemeliharaan, kolam perlu dikeringkan dan dikapurkan untuk membunuh kuman pembawa penyakit.
2. Kualiti air mesti sentiasa dijaga.
3. Makanan tambahan yang diberikan haruslah sesuai dengan dos yang telah ditetapkan dimana jika berlebihan akan mengganggu kualiti air.
4. Proses pengumpulan dan pengambilan mesti dilakukan dengan baik dan berhati-hati agar ikan tidak mengalami kecederaan.
5. Binatang-binatang pembawa penyakit seperti burung atau siput haruslah dihalang daripada memasuki kolam penternakan.
Didalam air, patogen(agen penyebab penyakit)mudah merebak antara ikan melalui insang dan kulit. Secara amnya, ikan yang diternak pada keadaan yang optimum akan menghalang tekanan patogen dalam air saperti bakteria, virus dan kulat. Kualiti air yang buruk, pemakanan yang kurang, pengedalian ikan secara kasar dan sekitaran yang tidak selesa boleh menggangu ikan2 ini. Ini boleh menyebabkan daya tahan badan menjadi kurang dan terdedah kepada serangan penyakit. Keadaan ini boleh serius bagi anak ikan kerana mereka masih dalam proces untuk menbina daya tahan penyakit.
Ikan keli yang mula diserang penyakit boleh dikesan dengan mata kasar melalui tanda2 seperti :
a) Warna kulit akan menjadi lebih hitam daripada biasa, warna ditepi2 sirip pula menjadi kemerahan.
b) Ikan tudak mempunyai selera makan.
c) Ikan tidak aktif dan timbul kerpemukaan dengan keadaan menegak kepada permukaan air.
d) Berenang tidak tentu arah, kadangkala berenang secara berputar.
e) Kulat didapati dimisai dan badan. Kadang2 sirip dan misai kudung.
f) Bahagian pinggangnya bengkak.
g) Luka2 dibadan dan bengkak perut.
h) Sirip reput dan rapoh.
i) Bintik2 merah diseluruh badan.
Mikrobial(Bakteria dan Virus
Keosakan yang biasa pada ikan2 keli ialah disebabkan oleh patogen dan pasit/perosak. Bakteria Aeromonas hydrophila, bakteria saprofitik yang terdapat didalam air terjadi apabila jangkitan sekunder oleh tekanan kerana kadar kepadatan yang tinggi dan makanan ikan baja yang digunakan yang menyebabkan kualiti air yang buruk. Ia boleh menyebabkan 90% kematian dikolam asuhan dan 50% didalam kolam tumbesaran.
Ikan yang berpenyakit menunjukkan tanda2 kurang selera makan, lesu, berenang perlahan2 dan kelihatan mencungap dipermukaan air bagi mendapat udara dan berada dalam keadaan tegak pada permukaan air. Kematian berlaku dalam tempoh yang singkat. Kulit ikan yang perpenyakit berwarna pudar dengan tompok merah halus disekililing perut. Bahagian abdomen kelihatan membesar dengan sirip kaudal dan reput. Rongga badan berisi dengan bendalir, buah pinggang membengkak dan hati berwarna pucat. Keadaan ini dinamakan haemorrhagic septicaemia iaitu kedapatan racun dan bakteria dalam darah. Ini bersama2 dengan Pseudomonos spp. menjadi punca utama haemorrhagic septicaemia ini. Kaedah pengawalan paling baik ialah dengan mengurangkan kedapatan ikan.
Bakteria Myxobacteria sp
Ia merupakan jangkitan sekunder, menyerang ulser yang disebabkan oleh lain2 patogen diatas permukaan air. Biasanya ia menyerang bahagian dorsal badan, kelihatan bintik putih yang meliputi ulser dan merebak kebahagian lain badan. Ikan yang dijankiti dalam keaadan tegak dengan permukaan air atau tingkah laku berenang secara mengereng. Kawalan dengan antibiotik seperti Kloramfenikol, Terramaisin atau Oksitetrasiklina sebanyak 5 - 7.5mg bahan aktif/kg makanan ikan sehari selama 5 - 15 hari.
Kulat Saprolegnia sp
Kulit ikan yang diserang oleh kulat ini kelihatan seperti diselaputi oleh bentuk2 kapas. Serangan penyakit terjadi akibat dari kecederaan pada kulit yang disebabkan oleh pengendalian, pemukatan dan serangan ektoparasit. Jangkitan yang teruk boleh menyebabkan kematian. Penyakit ini njuga menjangkiti telur dan rega. Kawalan anak ikan dan ikan besar dengan malakit hijau sebanyak 0.05 - 1.0ppm selama 24jam.
Perasit Protozoa
Parasit2 protozoa yang didapati didalam ternakan keli ialah :
a) Trichodina spp, protozoa halus yang berbentuk piring yang terdapat disekeliling insang dan permukaan luar badan dan sirip. Biasanya ia merbahaya kepada rega dan anak2 ikan.
b) Oodinium sp, Ichthyobodo(Costia)sp, Henneguya sp, Myxosoma/Myxobolus Sistanya didapati didalam organ biak ikan dan Myxidium sp didalam pundi halus dan usus.
Kaedah kawalan ialah dengan formalin dengan kadar 25 - 50ppm atau Dipterex dengan kadar 0.25ppm pada kolam.
Parasit Cacing
Gyrodactylus spp, parasit monogenea didapati dikulit2 dan dijumpai didalam bilangan yang ketara. Ia boleh menyebabkan kematian yang banyak terutama kematian yang tiba2 bagi ikan yang sihat. Ikan yang dijangkiti akan mempunyai tompok2 hitam pada badan dengan kulit yang mengelupas. Dicadangkan kawalan Dipterex dengan kadar 0.25ppm atau formalin dengan kadar 50ppm disyorkan.
Kerosakan oleh lain-lain punca
Penyakit yang bukan berpunca daripada mikrob iaitu penyakit kekurangan zat makanan atau mutu air yang teruk boleh menyebabkan kesihatan ikan tergugat, tulang kepala retak, badan bengkok/cacat, otak bahagian belakang musnah dan bengkak perut. Ikan keli kayu dan bunga adalah sangat mudah dijangkiti epizootic ulcerative syndrome(EUS). Ikan yang dijangkiti akan menunjukkan lika pada kulit dan otot serta mata yang terbonjol. Musuh2 lain ialah burung, biawak, ular, katak, ketam, ikan haruan, belut, ikan puyu dan lain-lain.
Amalan sebelum ikan distok
Sebelum ikan dimasukkan kedalam kolam untuk ternakan, perkara-perkara berikut hendaklah diamalkan:
a) Bungkusan plastik yang mengandungi benih hendaklah diremdam terlebih dahulu didalam kolam yang akan dilepaskan benih selama kira2 10minit supaya suhu air dalam bungkusan sama dengan suhu air kolam.
b) Bungkusan plastik dibuka dan air kolam dimasukkan sedikit demi sedikit kedalamnya sebelum benih dilepaskan.
c) Lepas ikan kedalam kolam tersebut.
d) Selepas 6 jam, makanan halus dan lembut boleh diberikan sedikit demi sedikit. Anak ikan boleh juga diberikan rawatan secara rendaman sebelum dimasukkan kedalam kolam dengan kaedah seperti berikut:
Formalin
Ikan dirawat dengan 25ppm formalin untuk tempoh masa yang tidak tetap(2.5ml formalin dicampur dengan 100 liter air)
Furanace atau Garam Biasa
Sebagai langkah kawalan, semasa memindahkan ikan dan sebelum memasukkan ikan disyorkan ubat Furanace(Nifurpirinol, iaitu satu derivatif nitrofuran)dibubuh dalam air dengan kadar 10mg/liter air atau larutan 5.0g garam biasa bagi setiap liter air. Rawatan ini dijalankan secara rendaman selama 1 - 3 jam.
Dipterex
Rendaman dalam 0.25ppm Dipterex selama 3 jam.
Menggunakan bahan kimia didalam air
a) Formalin, 20 - 100ppm : selama 1 jam(guna apabila suhu tinggi).
b) Dipterex, 0.25 - 0.30ppm : selama 12 jam(rawatan pada suhu tinggi dan pancaran matahari).
c) Kalium permanganat, 2 - 4.0ppm : selama 1 jam(rawatan semasa naungan)
d) Garam biasa, 1 - 3% : selama 20minit. Garam dan beberapa asid hendaklah digunakan dengan berhati2. Lendir pada badan ikan melekat pada organ pembantu pernafasan. Ia akan menghasilkan sebatian yang membahayakan ikan.
Menggunakan bahan kimia didalam air atau makanan dilakukan dengan:
1) Melarutkan 1mg antibiotik kedalam 1 - 2 liter air atau,
2) Mencampurkan 5.0 - 7.5mg antibiotik kedalam 1kg makanan. Antibiotik adalah bahan yang didapati daripada mikro-organisma seperti kulat dan bakteria dimana ia berupaya menahan pembiakan mikro-organisma serta membunuhnya. Bagi ternakan keli, Oksitetrasiklina adalah disyorkan. Walaupun begitu adalah dinasihatkan supaya penggunaan antibiotik tidak diamalkan kerana kemungkinan kesan sampingan kepada ikan yang kita makan dan persikitaran perairan dimana kesan dari kedua2 ini mungkin menyebabkan terdapat bakteria-bakteria yang lebih rintang terhadap penyakit.
Pemakanan
Biasanya ikan-ikan didalam kurungan mengalami penyakit kekurangan zat makanan. Ini akan mengurangkan daya tahan ikan terhadap penyakit. Oleh itu, pemberian makanan yang seimbang adalah penting bagi memastikan pertumbuhan ikan yang baik.
Jenis-jenis Makanan
1) Perut Ayam : makanan ini tidak begitu digalakkan kerana ia boleh menyebabkan ikan yang diternak mengandungi banyak lemak, bau yang tidak menyenangkan dan pencemaran kolam. Jika tidak ada pilihan lain, ia boleh digunakan dengan mengurangkan kesa2 yang tidak dikehendaki itu. Caranya ialah perut hendaklah direbus dan dicincang dengan mesin pengisar sebelum diberi makan kepada ikan.
2) Campuran Ikan Baja/Dedak Padi : makanan campuran ikan baja (10%) dengan dedak padi (90%) boleh diberikan dari peringkat permulaan ternakan kesaiz pasaran. Cara lain ialah dengan menggunakan ikan baja dan 10% dedak padi sehingga jualan. Campuran makanan ini boleh diberi untuk selama dua bulan pertama, selepas itu, kadar dedak padi dinaikkan sehingga 20% dan satu bahagian beras hancur masak. Pada bulan keempat, kadar beras hancur masak ditingkatkan kepada dua bahagian.
Makanan diatas hendaklah dijadikan bentuk"paste"(belacan) dengan menggunakan mesin pengisar. Makanan diberikan sedikit demi sedikit sebanyak dua kali sehari sehingga ikan tidak lagi memakannya. Ini bagi mengelakkan pembaziran dan kemerosotan mutu air. Campuran vitamin dan garam galian adalah bagi menghasilkan campuran makanan yang bermutu.
3) Makanan Rumusan : Makanan rumusan yang mengandungi 25 - 30% protein mentah dan dihasilkan dari baha-bahan tumbuhan dan haiwan serta vitamin dan garam galian adalah disyorkan. Kelebihan penggunaan jenis makanan ini ialah ia lebih seimbang, bersih, mudah didapati dan disimpan dan kadar penukaran makanan yang cekap.
Salah satu formula untuk membuat makanan rumusan bagi ikan keli adalah seperti berikut;
Hampas ikan : 21-25%,
Hampas kacang soya : 28-34%,
Beras hancur masak : 35-44%,
Lemak haiwan : 4-5%,
Dikalsium fostat : 1.0%,
Garam : 0.75%,
Premix Garam Galian @ : 0.1%,
Premix Vitamin @@ : 0.1%,
Antibiotik @@@ : 0.05%,
# @ termasuk CaCO3, MnSO4.7H2O, ZnSO4.7H2o, CuSO4.5H2O dan FeSO4.7H2o.
Kadar bagi diet ikan diperairan panas.
#@@ mengandungi vitamin A, C dan D3 dengan jumlah yang dicadangkan bagi diet diperairan panas.
#@@@ oksitetrasiklina atau lain-lain yang dibenarkan.
Makanan yang dicadangkan hendaklah mempunyai kandungan protein mentah minimum 25-30%, minimum lemak 3%, maximum gentian 8%, maksimum abu 16%, maksimum kelembapan 12% dan minimum fosforus 1%.
Makanan diberi pada pukul 7.30pagi dan 5.00petang. Makanan diberi dengan tangan secara sedikit demi sedikit hingga ikan berhenti memakan. Kadar pemberian makanan ialah 3-12% berat badan ikan/sehari bergantung kepada tahap penerimaannya dan peringkat tumbesaran.
Kadar diatas adalah sebagai panduan. Kadar yang sebenar bergantung kepada suhu, kandungan oksigen dan kandungan ammonia didalam air serta kesihatan ikan.
Dalam keadaan biasa, adalah sukar untuk menilai keberkesanan pemakanan keli kerana kebanyakan makanan akan tenggelam kedasar. Oleh itu adalah dicadangkan makanan rumusan jenis terapung diberi kepada ikan ternakan. Ini akan memudahkan kerja mengangar jumlah makanan yang telah dimakan. Walaupun begitu, harganya adalah tinggi. Dasar kolam dikawasan pemberian makanan perlu diperiksa untuk menilai baki2 makanan yang tinggal selepas setengah jam makanan diberi. Jika ada sisa makanan, kuantiti makanan perlu dikurangkan supaya pencemaran air dapat dikurangkan disamping menjimatkan kos.
Jenis-jenis makanan tambahan
1. Terdapat dua jenis makanan yang digemari oleh ikan keli iaitu makanan semulajadi dan makanan buatan. Makanan semulajadi terdiri daripada mikro organisma hidup di dalam air seperti plankton dan makanan buatan pula adalah makanan palet buatan.
2. Alternatif lain untuk makanan ikan keli ialah anak-anak ikan dari hasil tangkapan yang tidak boleh dipasarkan, sisa buangan penternakan ayam dan ikan serta daging siput.
3. Makanan buatan seperti palet biasanya mengandungi daging dari serbuk ikan dengan kandungan protein melebihi 30%.
4. Makanan buatan dalam bentuk palet akan diberikan pada ikan keli yang sudah agak besar iaitu mencapai berat melebihi 30 gram. Palet yang besar akan dihancurkan dan diberikan kepada ikan keli yang masih kecil.
Makanan tambahan boleh diberikan kepada benih-benih ikan semasa peringkat asuhan. Jenis2 makanan tambahan yang boleh diberi ialah; Makanan rumusan dan Hampas ikan(fish meal).
Jenis makanan yang diberikan bergantung kepada faktor sama ada ia mudah didapati, mudah disediakan serta kos yang berpatutan. Walaupun begitu, makanan rumusan yang mengandungi 60% protein mentah dicadang diberikan kepada anak ikan diperingkat ini. Makanan ini diberi sehingga ikan berhenti makan. Makanan tambahan yang diperbuat daripada telur, kadar 2 biji kuning bagi 1000 ekor anak ikan pada hari pertama dan kedua adalah dicadangkan. Ia dihancurkan dan ditabur disekililing permukaan kolam. Kadar bagi makanan ikan baja yang telah dihancurkan ialah 3kg/100,000 anak ikan. Kadar ini ditinggatkan sebanyak 0.5kg bagi setiap 2-3 hari pemiliharaan. Makanan diberi sebanyak dua kali sehari iaitu pada awal pagi dan petang.
Makanan buatan
1. Makanan buatan yang dikeluarkan oleh kilang lebih mudah untuk diperoleh terutamanya di kedai-kedai yang ada menjual makanan ikan. Harganya bergantung kepada kandungan proteinnya.
Buatan kilang
Makanan yang dihasilkan oleh kilang adalah dalam bentuk palet dengan pelbagai saiz. Protein yang terkandung di dalam palet adalah berbeza-beza bergantung kepada kilang yang menghasilkannya dan jenis ikan yang digunakan. Terdapat dua jenis palet iaitu palet terapung dan palet tenggelam.
Palet terapung merupakan palet yang akan terapung diatas air jika ditaburkan ke dalam kolam manakala palet tenggelam akan jatuh ke dalam kolam.
Buatan sendiri
Peralatan yang digunakan untuk membuat palet boleh diperolehi di kedai-kedai. Selain itu bahan-bahan utama yang diperlukan ialah ;
1. Protein – Serbuk ikan, daging siput atau sisa dari penternakan.
2. Karbohidrat – Dedak halus, hampas soya
3. Mineral – Boleh diperolehi dari kedai-kedai menjual makanan ternakan.
4. Vitamin - Boleh diperolehi dari kedai-kedai menjual makanan ternakan.
Cacing juga boleh diberikan kepada ikan keli yang berusia empat hari.
Makanan alternatif
1. Sisa-sisa ternakan ikan, ayam dan daging.
2. Harga yang lebih murah dan mempunyai kandungan protein yang tinggi.
Sisa penternakan
1. Sumber-sumber ayam telah mati tetapi tidak lagi membusuk , boleh digunakan untuk dijadikan makanan ikan keli ini.
2. Ayam-ayam ini adalah lebih baik direbus dahulu sebelum diberikan kepada ikan keli ini.
3. Pemberian ayam kepada ikan-ikan perlu mengikut sukatan tertentu untuk mengelakkan kualiti air di dalam kolam terjejas.
Sisa perusahaan ikan kering
Sisa buangan perusahaan ikan kering sebagai makanan alternatif. Sisa buangan perusahaan ini adalah seperti kepala, ekor atau sirip ikan yang sudah tidak digunakan lagi. Makanan ini boleh diberi terus kepada ikan keli, malah ada juga yang mencampurkan dedak halus dan direbus sehingga separuh masak apabila telah sejuk.
Siput
Siput merupakan musuh utama penterrnakan ikan air tawar. Siput-siput yang banyak ini boleh dijadikan makanan ikan keli ini. Siput-siput ini perlu diasingkan dari cengkerangnya sebelum diberi kepada ikan keli. Kemudian, siput direbus selama beberapa minit kemudian isinya dicungkil keluar dari cengkerangnya dengan menggunakan alat yang runcing.
Pelaburan dan keuntungan pengeluaran ikan keli
Untuk menjalankan penternakan ikan keli ini, anggaran kos yang diperlukan haruslah diketahui dengan jelas bagi memperolehi pulangan yang lumayan.
Untuk memudahkan pelaksanaannya, perhitungan analisis ini perlu disesuaikan dengan tahap kegiatan yang biasa dilakukan. Analisis merangkumi proses pembenihan, pemeliharaan dan pembesaran.
Analisis proses pembenihan
Analisis proses pembenihan ikan keli dihitung untuk jangka masa pengeluaran. Proses pengeluaran ikan keli tempatan memerlukan lebih kurang 1.5 bulan yang meliputi kegiatan penyediaan, pensenyawaan, penetasan telur (4 hari), pemeliharaan benih (30 hari) dan bakinya adalah untuk pengeringan kolam pembenihan. Jumlah induk yang disenyawakan adalah sebanyak 10 pasang. Analisis yang lengkap adalah seperti berikut.
Pelaburan
1. Kemudahan
- 10 buah tangki berukuran 2m x 1m x 0.6m =RM 750.00
- Sewa kolam 1 tahun 200/10,000 x RM 500.00 =RM 40.00
- 1 set peralatan perikanan =RM 190.00
- 10 pasang induk ikan keli @ RM10.00 =RM 100.00
JUMLAH RM 1,080.00
2. Modal kerja
- 4 beg najis ayam @ RM2.00 =RM 8.00
- 2 kg baja urea @ RM1.00 =RM 2.00
- 2 kg baja TSP @ RM1.00 =RM 2.00
- 10 kg kapur pertanian @ RM0.50 =RM 5.00
- 5 liter cacing sutera @ RM2.00 =RM 10.00
- 10 kg serbuk palet @ RM3.00 =RM 30.00
- 20 kg butiran palet @ RM1.20 =RM 24.00
- 1 tenaga pekerja sambilan @ RM230.00 =RM 230.00, JUMLAH =RM 311.00
JUMLAH PELABURAN 1 + 2 =RM 1,391.00
a. Kos tetap
1. Penyusutan/Sewa kolam
- Tangki tembok 1.5/12 x RM750.00 =RM 93.75
- Sewa kolam 1.5/12 x RM500.00 =RM 62.50
- Peralatan perikanan 1.5/24 x RM190.00 =RM 25.00
- Induk ikan keli 40% x RM100.00 =RM 40.00
Jumlah =RM 221.25
2. Faedah modal
2.5 % x 1.5 bulan x RM 1380.00 =RM 51.75
Jumlah kos tetap (1+2) =RM 273.00
b. Jumlah Kos Pengeluaran
- Modal kerja =RM 311.00
-
Jumlah =RM 584.00
c. Penjualan
- Benih ikan keli berukuran 5-8 cm 10,400 ekor @ RM0.30 =RM 3,120.00
d. Analisis
1. Keuntungan
- Penerimaan =RM 3,120.00
- Jumlah kos pengeluaran =RM 584.00
Keuntungan =RM 2,536.00
2. Aliran tunai (cash flow)
- Keuntungan =RM 2,536.00
-
Jumlah =RM 2,757.25
3. Tempoh bayaran balik modal (pay back peiod)
= Jumlah pelaburan X bulan
Keuntungan= RM 1391.00/RM 2604.50 X 1.5 bulan = 0.8 bulan
f. Analisis R/C dan BEP
1. Revenue cost ratio (R/C)= Penerimaan/Jumlah kos = RM 3120.00/RM 584.00 = 5.3
2. BEP
BEP = Kos tetap/1 –
= RM 273.00 atau = RM 273.00 / RM 0.90 = 303 ekor
Analisis proses pembesaran
a. Pelaburan
1. Kemudahan
- Sewa kolam 1 tahun 400m2 / 1000m2 x RM 500.00 =RM 75.00
- Pondok jaga 1 buah =RM 675.00
- Pengisar daging =RM 75.00
- 1 set peralatan perikanan =RM 150.00
Jumlah =RM 975.00
2. Modal kerja
- 4 beg najis ayam 2 RM 2.00 =RM 8.00
- 3 kg baja urea @ RM 0.60 =RM 1.80
- 3 kg baja TSP @ RM0.80 =RM 2.50
-18 kg kapur @ RM 0.50 =RM 7.00
- 8000 ekor benih ikan keli @ RM0.30 =RM 450.00
- 400 kg pellet @ RM1.00 =RM 400.00
- 600 kg makanan alternative (ikan rucah) @ RM0.30 =RM 180.00
- Tenaga pekerja tetap 1 org x 5 bulan x RM100.00 =RM 500.00
- Tenaga pekerja harian 6 org @ RM10.00 =RM 60.00
Jumlah= RM 1,609.30
Jumlah pelaburan (1+2)= RM 2,584.30
b. Kos tetap
1. Pengurangan / Sewa kolam
- Sewa kolam 6/12 x RM 500.00 =RM 250.00
- Pondok jaga 6/42 bulan x RM 675.00 =RM 96.00
- Pengisar daging 6/24 bulan x RM100.00 =RM 25.00
- Peralatan perikanan 6/24 bulan x RM300.00 =RM 75.00
Jumlah =RM 446.00
2. Faedah bank
25% x 6 bulan x RM 2887.00 =RM 64.61
Jumlah kos tetap (1 +2) =RM 510.61
c. Jumlah kos pengeluaran
- Modal kerja =RM 1,609.30
-
d. Penjualan
- Ikan keli dengan berat 800kg @RM5.00 =RM 4,000.00
e. Analisis
1. Keuntungan
- Penerimaan =RM 4,000.00
- Jumlah kos pengeluaran =RM 2,119.91
Keuntungan =RM 1,880.09
2. Aliran tunai (cash flow)
- Keuntungan =RM 1,880.09
-
Jumlah =RM 2,130.09
3. Tempoh bayaran balik modal ( pay back period)
= Jumlah pelaburan/Keuntungan X bulan
= RM 2584.00/RM 1880.09 X 6 bulan
= 8.24 bulan
f. Analisis R/C dan BEP
1. Revenue cost ratio (R/C)
= Penerimaan/Jumlah kos
= RM 4000.00/RM 2119.91 = 1.9
2. BEP
BEP = Kos tetap/1 –
= RM 510.61 atau RM 510.61/0.6 = RM 851
Pasaran / Kesimpulan
1. Permintaan terhadap ikan keli yang semakin meningkat telah menaikkan semangat para penternak untuk menghasilkan ikan tersebut.
2. Pasaran ikan keli tidak terbatas untuk keperluan pengguna di rumah sahaja, malah restoran dan hotel-hotel turut mendapat sambutan.
3. Pemeliharaan adalah proses penjagaan benih ikan keli yang dihasilkan dari proses pembenihan untuk dipelihara dalam jangka masa tertentu sehingga berukuran di antara 3-5 cm atau 5-8cm seekor.
4. Pembesaran pula proses pemeliharaan ikan keli yang telah melalui proses pemeliharaan untuk dijaga dalam jangka waktu tertentu sehingga ia boleh dipasarkan. Ukurannya di antara 6-12 ekor/kg. Biasanya ikan yang dipasarka adalah 6-8 ekor/kg.
Kaedah Penyuntikan Ikan Keli
Mengenal Ikan keli
Ikan keli menurut klasifikasi berdasarkan taksonomi yang dikemukan oleh Weber de Beaufort(1965) digolongkan sebagai berikut ;
Chordata, ialah binatang bertulang belakang Pisces, ialah bangsa ikan yang mempunyai insang untuk bernafas.
Teleostei, ikan yang bertulang keras.
Ostariophysi, ialah ikan yang di dalam rongga perutnya sebelah atas memiliki tulang sebagai alat perlengkapan keseimbangan yang disebut tulang weber Siliroide, ikan yang bentuk tubuhnya memanjang berkulit licin(tidak bersisik)
Clarridae ialah satu kelompok yang selain mempunyai ciri tersebut dan bentuk kepalanya yang pipih dengan tulang keras sebagai pelindung kepala. Bersungut 4 pasang. Sirip dada. Mempunyai alat pernafasan tambahan yang terletak dibahagian depan rongga insang yang membolehkan ikan keli bernafas.
Penyebaran
Ikan keli tersebar luas di benua Afrika dan
Habitat
Habitat atau lingkungan hidup ikan keli ialah semua perairan air tawar. Di sungai yang airnya tidak terlalu deras, atau di perairan yang tenang seperti danau, telaga, serta kolam-kolam kecil.
Ikan keli mempunyai insang tambahan yang membantu ikan ini bernafas untuk mendapatkan bekalan oksigen. Oleh itu, ikan keli sangat tahan di perairan yang mengandungi bekalan oksigen yang sedikit. Ikan keli juga tahan terhadap pencemaran bahan-bahan organik. Oleh itu, ikan keli amat tahan di dalam air yang kotor.
Perlakuan Ikan keli
Ikan keli yang hidup di air tawar, bersifat nocturnal iaitu aktif pada waktu malam dan menyukai kawasan yang gelap. Pada siang hari, ikan keli lebih suka berdiam diri di dalam lubang-lubang atau tempat yang tenang dan aliran air yang tidak terlalu deras.
Ikan keli membuat sarang di dalam lubang-lubang di tepi sungai, permatang sawah dan kolam yang teduh dan tenang.
Teknik Pembenihan
Secara umumnya ikan keli membiak dengan meletakkan telurnya di dalam sarang. Sarang ikan keli berupa lubang yang dibuat pada dinding permatang sawah, tepian sawah. Kerapkali sarang ikan keli terdapat di bawah rumpun tumbuh-tumbuhan air yang tenang dan terlindung.
Kebanyakan penternak meniru cara kehidupan ikan keli ini dengan menciptakan keadaan lingkungan yang sama untuk ikan keli bersenyawa. Di dalam kolam pemeliharaan, induk ikan keli disediakan kotak-kotak kayu atau buluh yang ditenggelamkan ke dasar kolam.
Untuk memudahkan proses pensenyawaan dan pemungutan hasil, penternak-penternak mengubahsuai kotak-kotak tersebut sama dengan kehidupan sebenar ikan keli.
Salah satu contoh teknik pensenyawaan penternak di
A. Sistem Blitar
Di sekeliling tepi kolam pemeliharaan induk itu dibuat bilik-bilik atau kotak pensenyawaan.
Contoh pengukuran kolam adalah sepereti berikut;
Panjang : 10-15meter
Lebar : 8-10meter
Kedalaman : 1-1.5 meter
Dinding kolam diperbuat dari bata yang disimen untuk keseluruhan kolam.
Setelah dasar kolam disimen, sebaiknya diberi lapisan pasir bercampur tanah liat setebal 10cm untuk mewujudkan suasana yang sama dengan habitat asal ikan keli.
Untuk mengelakkan ikan keli tidak merayap keluar, terutama waktu hujan turun, di bibir kolam dipasang dinding dari plastik yang licin dan didirikan tegak lurus setinggi 50cm.
Paip kemasukan air ke dalam kolam dapat dibuat dari PVC atau buluh. Cara pemasangan dibuat dengan membuat kecerunan sedikit untuk menambahkan kandungan udara ke dalam air dengan cukup baik serta boleh menyegarkan ikan-ikan.
Untuk pengeluaran air dari kolam, dibuat pintu bentuk monnik. Dinding pintu air itu mempunyai 3 lapisan. Dinding yang mengadap kolam lubangnya di dasar, sehingga air yang terbuang keluar adalah dari bahagian lapisan dasar yang banyak kotorannya. Sekatan di tengah terdiri daripada papan-papan yang disusun dan dapat digunakan untuk mengatur ketinggian air di dalam kolam. Dengan itu air boleh mengalir keluar melalui saluran tersebut.
Permukaan air di dalam kolam itu hendaklah tidak melebihi 20 cm dari bibir kolam, supaya ikan keli tidak mudah melompat keluar.
Kotak pensenyawaan
Untuk ukuran kotak pensenyawaan pula adalah ;
Lebar : 50 cm
Panjang : 50 cm
Kedalaman : 60 cm
Kotak-kotak ini diperbuat daripada simen. Pada dinding dalam mengadap ke kolam induk, 2 lubang yang bergaris tengah 15 cm. Jarak kedua lubang itu 15 cm. Lubang ini sebagai jalan masuk ke dalam kotak itu bagi ikan keli untuk bersenyawa.
Pada dinding belakang iaitu yang mengadap keluar kolam dibuat 1 atau 2 buah lubang yang terletak di dasar kotak itu. Tujuannya adalah untuk memudahkan proses pengeringan dan pengasingan benih-benih ikan keli. Lubang itu dapat disumbat dan dibuka dengan mudah.
Kotak pensenyawaan itu perlu ditutup dengan kayu yang mudah dibuka untuk proses pembersihan. Penutup tersebut perlu disediakan lubang-lubang kecil untuk memberi sedikit ruang udara kepada ikan keli disamping untuk mengekalkan ruang yang gelap
Jarak di antara kotak pensenyawaan adalah 75 cm – 100 cm. Ini bertujuan untuk mengelakkan ikan keli yang bersenyawa tidak diganggu oleh yang lain.
Kotak diletakkan di bahagian atas kolam berdekatan dengan tepi kolam sehingga kedalaman air di dalam kotak pensenyawaan itu hanya 30 cm.
Dasar kotak pensenyawaan itu perlu dialas pasir, tetapi tidak berlumpur. Pastikan pasir yag lembut dan bersih, supaya induk tidak rosak semasa proses pensenyawaan. Lapisan pasir ini bertujuan untuk induk meletakkan telur. Kebersihan perlu dijaga untuk mengelakkan telur-telur ikan keli dijangkiti bakteria-bakteria.
Di dalam kotak pensenyawaan elok juga diberi sedikit ijuk, yang diletakkan diatas pasir. Sebelum dimasukkan, ijuk dicuci dan dijemur. Telur-telur ikan keli akan tersebar di antara serabut-serabut ijuk, tetapi tidak meletak kuat.
Contoh kaedah pengairan di
Satu kaedah untuk pengairan air untuk memastikan berada pada paras kita kehendaki dengan menggunakan bilah-bilah papan disusun mengikut peringkat-peringkat yang ditetapkan untuk kedalaman air iaitu salah satu kaedah di
Pengaturan air kolam pensenyawaan.
Di dalam kolam pensenyawaan ini, ikan keli memerlukan keadaan air yang segar dan bersih, mengandungi cukup oksigen dan tidak mengandungi bahan pencemar untuk mendapatkan hasil benih yang baik. Pastikan air yang digunakan tidak mengandungi air cucian sabun dan detergen. Ini sangat berbahaya terhadap ikan keli dan perlu dipastikan setiap masa.
Apabila air menjadi keruh, air tersebut perlu diendapkan dan disaring terlebih dahulu. Di depan paip kemasukan air perlu dipasangkan saringan (filter) yang dapat menyekat kotoran.
Induk ikan keli.
Calon- calon ikan keli dapat diperolehi bila ukuranya mencapai 100 gram atau lebih. Calon-calon induk sebesar ukuran tersebut dapat diperoleh setelah ikan keli berumur 4 bulan, jika makanan yang diberikan bermutu tinggi, ikan keli boleh hmencapai 100 gram selepas berumur sebulan.
Untuk mendapatkan induk yang baik, ikan keli dipilih daripada gerak gerinya, badan yang kilat dan gemuk.
Alat kelamin ikan keli jantan dan betina terletak di belakang luang dubur, terdapat bonjolan. Pada betina, tonjolan itu berbentuk bulat. Manakala bonjolan tersebut membujur untuk jantan.
Menurut daripada penternak-penternak ikan keli, ikan keli akan menunjukkan tanda-tanda sebagai berikut;
Induk jantan
1. Alat kelamin nampak jelas dan membujur(meruncing)
2. Perutnya nampak meramping, jika perut diurut(ditekan perlahan-lahan) spermanya akan keluar.
3. Tulang kepala lebih mendatar dibandingkan dengan betina.
4. Jika warna dasar badannya hitam, warna itu menjadi lebih gelap daripada biasanya.
Induk betina
1. Alat kelamin berbentuk bulat dan kemerahan, lubangnya agak membesar.
2. Tulang kepala agak cembung.
3. Pergerakan agak lambat berbanding dengan ikan jantan.
4. Warna badanya lebih cerah dari biasanya.
Perbezaan diantara jantina adalah bentuk kelaminnya, dimana alat kelamin jantan lebih berbentuk bujur berbanding bentuk kelamin betina yang berbentuk bulat.
Dalam satu kolam pensenyawaan yang luasnya 100m2 dapat dipelihara induk keli sebanyak 25 pasang (25 ekor betina dan 25 ekor jantan)
Musim pensenyawaan
Pensenyawaan ikan keli banyak terjadi pada musim hujan.Tetapi menurut pengalaman penternak ikan, ikan keli dapat bersenyawa sepanjang tahun, apabila keadaan air kolam sering berganti. Pensenyawaan juga dipengaruhi oleh makanan yang diberikan. Makanan yang bermutu baik akan meningkatkan vitamin ikan sehingga ikan sering bersenyawa.
Pemeliharaan induk
Pemeliharaan dan rawatan calon induk dan induk ikan keli mesti berada dalam keadaan sihat, tidak mudah diserang penyakit, supaya dapat menghasilkan keturunan yang sihat. Untuk tujuan tersebut pelbgai cara telah digunakan, di antaranya adalah;
1. Mengatur air kolam agar sering diganti, walaupun kemasukan air tidak terlalu deras. Kemasukan air 5-6 liter per minit sudah mencukupi untuk menyegarkan ikan keli.
2. Makanan yang bermutu baik dan jumlah yang mencukupi. Makanan bagi ikan keli berupa makanan asas dan makanan tambahan.
Makanan asas ikan keli terdiri dari berbagai jenis, antaranya adalah (Copepoda, Cladocera), larva atau jentik-jentik, serangga, cacing dan sebagainya.
Ikan keli Cat Fish
Ikan keli Cat Fish ( Clarias gariepinus) iaitu raja ikan keli. Ikan keli ini memang mempunyai sifat-sifat yang baik, pertumbuhannya juga sangat cepat dan mencapai ukuran besar dalam waktu yang pendek.
Sifat-sifat cat fish.
Clarias gariepinus(cat fish)
- Warna badan ikan keli menjadi perangkeperangan jika ikan terkejut atau dalam keadaa stress.
- Gerakannya lebih agresif
- Sengat ikan keli ini tidak beracun
- Tidak merosakkan benteng jika diternak di dalam kolam benteng.
Clarias batrachus(ikan keli biasa)
- Warna gelap
- Gerakan biasa
- Sengat berbisa
- Merosakkan benteng kolam.
Pertumbuhan
Umur ---------- Cat fish (gram) ---------- Ikan keli biasa
2 hari (larva) ------ 2 – 3 ---------------------- 1 – 2
5 minggu --------- 10 – 15 -------------------- 1 – 5
24 minggu ------- 180 - 200 ------------------ 40 – 50
Data pertumbuhan ini diperolehi dari sumber penternak, dengan kolam 1000 m2 berkedalaman 1 meter, benih 5 – 8 cm, kepadatan penebaran 30 -50 ekor/m2 selama 24 mingu(5 -6 bulan) menghasilkan cat fish seberat 200-300 gram/ekor.
Teknik penyuntikan
Teknik penyuntikan hormon
Ikan keli(cat fish) merupakan induk daripada Clarias gariepinus dan induk betina clarias fuscus.
Tujuan teknik penyuntikan ini adalah ;
1. Dapat mengkahwinkan 2 jenis induk ikan keli, supaya mendapat baka yang baik.
2. Dapat menghasilkan induk hasil dari 2 induk yang berlainan dan cara hidup yang berbeza sebelum ini.
3. Memperolehi benih bukan hanya di waktu pensenyawaan sahaja.
4. Memperolehi benih mengikut keperluan yang dikehendaki.
Persiapan induk ikan keli untuk disuntik.
Penyuntikan hormon hanya terhasil apabila di dalam ovari ikan keli betina yang telurnya sudah betul-betul matang.
Tanda-tanda induk ikan keli betina yang sudah masak telur adalah seperti berikut ;
1. Perut membesar dan lembut jika dipegang. Perbezaan perut ikan keli yang besar akibat kekenyangan adalah perut ikan besar dan padat, bukan lembut.
2. Dubur agak menonjol dan berwarna kemerahan.
Tanda-tanda ikan keli jantan yang bersedia untuk bersenyawa ;
1. Bahagian perut
2. Ikan keli jantan tidak perlu disuntik dengan hormon kerana ia mudah untuk
disenyawakan.
3. Induk jantan dan induk betina yang sudah dipilih dikumpulkan secara terpisah di dalam
satu bekas khas.
4. Cara penangkapan induk betina perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana ia boleh
mencederakan induk betina sehingga boleh mengeluarkan benih dari induk betina tersebut.
Bagi induk ikan keli jantan, sperma agak sukar dikeluarkan secara urutan. Biasanya ikan keli jantan ini dibunuh, iaitu dibedah rongga perutnya untuk mengeluarkan seluruh kantong spermanya dan seterusnya diletakkan di dalam satu bekas.
Alat-alat yang diperlukan
1. Pisau untuk memotong
2. Gunting
3. Jarum pencungkil
4. Alat suntik
5. Aqua bi-destilata
6. Larutan garam NaCl 0.7%
Mengambil larutan hipofisa
Induk betina ikan keli perlu disuntik dengan satu hormon yang disebut sebagai Gonade Stimulating Hormon(GSH). GSH dihasilkan oleh kelenjar hipofisa atau disebut kelenjar pitiutari. Setiap ikan ( haiwan bertulang belakang) mempunyai kelenjar hipofisa yang terletak di bawah otak. Kelenjar hipofisa ini amat penting dan berfungsi dalam proses pembiakan. Ukurannya kira-kira hanya sebesar sebutir kacang hijau. Beratnya hanya 2-3 mg. Kelenjar hipofisa ini menghasilkan hormon GSH seiring dengan proses dewasa ikan. Ikan keli dewasa mengeluarkan GSH lebih banyak berbanding ikan yang belum dewasa.
Untuk penyuntikan ikan keli, kelenjar hipofisa diambil dari ikan keli yang dikorbankan. Hipofisa boleh diambil dari induk ikan keli biasa iaitu Clarias batracthus.
Kuantiti hipofisa yang perlu disuntik kepada ikan keli cat fish adalah 3 dos. Jika saiz catfish ini 0.5kg, ia memerlukan memerlukan hipofisa dari ikan keli biasa yang berat badannya 3 x 0.5kg. Hipofisa yang diambil boleh daripada induk yang sudah dewasa tidak kira jantan atau betina.
Cara pengambilan hipofisa.
1. Ikan keli biasa dipegang di bahagian kepala. Kepala ikan dipotong dan tulang kepala atas mata ikan keli dikoyakkan sehingga tulang tengkorak terbuka dan otak kelihatan. Otak ini tarik menggunakan twezel dan akan kelihatan kelenjar hipofisa berwarna putih sebesar kacang hijau dibawah otak tersebut.
2. Dengan menggunakan twezel, kelenjar hipofisa itu diangkat dan diletakkan di dalam satu bekas. Kemudian kelenjar hipofisa tersebut dibersihkan dengan menggunakan larutan garam fisologis untuk membersihkan darah yang melekat bersama-sama kelenjar tersebut.
3. Kelenjar hipofisa dihancurkan dan dicampurkan dengan 1-1.5ml aqua bidest. Oleh itu GSH yang terkandung dalam kelenjar hipofisa itu akan terlarut di dalam aqua
bidest(boleh didapati di kedai-kedai ikan).
Cara penyuntikan hipofisa.
1. Penyuntikan ikan betina dibuat dibahagian pungung dekat dengan sirip punggung ke dalam dagingnya.
2. Untuk ikan keli yang beratnya 0.5kg , 3 dos larutan hipofisa tadi yang telah dilarutkan dengan larutan aquabidest 1ml, 1/3 ml disuntik dahulu dan dilepaskan kedalam kolam khas sacara terasing dengan ikan lain. 4 jam kemudian 2/3 larutan hipofisa disuntikkan untuk kali kedua. Dan selepas 3 jam penyuntikan kedua perut induk ikan keli betina diurut untuk mengeluarkan telurnya.
Pembenihan secara buatan
Telur dari induk betina yang sudah disuntik dengan hormone GSH diurut dibahagian perutnya untuk mengeluarkan telur. Kemudian telur ini dicampurkan bersama sperma ikan jantan di dalam satu bekas khas yang bersih.
Cara pengurutan
Induk betina yang sudah 3 jam disuntik hormon(proses teraakhir) tidak boleh lambat diambil dari tempat kolam khasnya kerana boleh menyebabkan telur akan terkeluar ke dalam kolam tersebut dengan sendiri.
Induk ikan tersebut dipegang dibahagian kepala dengan menggunakan kain supaya tidak licin. Sementara tangan kiri memegang kepala ikan, tangan kanan melakukan pengurutan perut ikan itu. Dengan menggunakan ibu jari, telunjuk dan jari hantu, proses menekan dan mengurut ikan dimulakan dari belakang kepala kearah dubur. Telur akan keluar dan ditampung di dalam mangkuk. Pengurutan perut tersebut diulang-ulang 2-3 kali sehingga semua telur induk ikan keli betina tersebut keluar.
Pengeluaran sperma.
Kepala ikan keli jantan dipotong dibahagian belakang sirip dada. Kemudian dengan menggunakan gunting, perut ikan keli jantan digunting sepanjang sisi bawah badannya untuk mengeluarkan usus dan isi perut. Apabila semua isi perut dikeluarkan, maka kantong sperma akan kelihatan berbentuk pipih memanjang seperti pita. Kantong sperma ini dipotong-potong dan dipecah-pecahkan serta diurut-urutkan supaya cairan air mani keluar. Kemudian cairan air mani itu dituangkan ke dalam mangkuk yang sudah diisi dengan telur yang keluar tadi.
Pembuahan
Telur dan air mani di dalam mangkuk tadi dicampur perlahan-lahan dengan menggunakan bulu ayam sehingga campuran tersebut sama rata. Selepas beberapa ketika, telur tersebut akan mengembang dan air perlu ditambah untuk mengelakkan ia menjadi keras. Telur-telur yang disenyawa akan melekat pada bulu ayam.
1) Cara pemotongan ikan keli jantan untuk mengambil larutan hipofisa. Ikan terpaksa dipotong dibahagian kepala iaitu bahagian tengkuk ikan keli.
2) Tengkorak ikan keli jantan digoreskan untuk mendapat hifopisa dan diangkat menggunakan twezel
3) Larutan hipofisa yang diperolehi tadi, disuntik kepada induk betina. Rujuk langkah- langkah untuk proses penyuntikan seperti yang dinyatakan sebelum ini.
4) Kemudian perut induk jantan tadi dipotong untuk mengambil sperma.
5) Sperma ini di simpan di dalam sebuah tabung.
6) Perut induk betina diurut dengan menggunakan tangan untuk mengeluarkan telur.
7) Sperma dan telur disenyawakan di dalam satu bekas bersih.
8) Selepas persenyawaan berlaku, kaedah penyebaran benih dilakukan di dalam kawasan air yang bersih.
6 comments:
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
ikan keli,
udud lagi ke tempat ternakan anda ?
terbaik
Saye ade sekor ikan keli anggaran 4kg
Salam
Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπ’π
Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπ’
1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.
2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba saya ni. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺ππ»
3) banyak pengalaman dah saya berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.
4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dan lain lain
5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.
Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πͺπΌ
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
..........................................................................
▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
....................................................................................................................................................
▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
..........................................................................
▪️ Kanser Limforma B - cel tahap 4
En Shahrizal Taib, 41 tahun, pesakit kanser Limforma b cell tahap 4 ketulan di paru paru 8 cm pernah kena tebuk paru2 sebab berair ,tahun 2020. Dia mula minum jus herba pada tahun 2021. Pernah jalani kimoterapi 8kali dan radioterapi 15kali. Dia minum jus herba ini semasa dalam kimoterapi dan badan terasa bertenaga, tidak mengganggu proses kimo malah amat memberi tenaga tidak seperti pesakit lain yg tak minum herba. Herba bukan beri tenaga saja tp merawat sampai sembuh.
Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi Bin Noordin- 017-4687570
Post a Comment