/*ikan keli kelantan info menarik,catfish,cara jadi jutawan keli,kg gelong gajah pasir mas: kegunaan garam*/ b:include data='blog' name='all-head-content'/>
Laman web rasmi kg gelong gajah dan tempoyak pasir mas kelantan
ASSALAMUALAIKUM,SELAMAT BELAJAR JADI PERTERNAK IKAN KELI

Friday, September 4, 2009

kegunaan garam


Kegunaaan garam dalam ternakan keli


Penggunaan garam ( sodium chloride ) di dalam ternakan ikan air tawar bnyak kelebihannya, di antaranya ialah....

1. Garam diguna ketika kurantin ikan liar atau ikan yang baru di bawa ke kolam. Garam boleh di gunakan bersama bahan lain seperti potassium permanganate,formalin atau copper sulfate. Garam akan menolong membunuh parasit dan kuman pada ikan. Juga ikan bernafas dengan baik kerana garam akan membuang mucus atau lendir pada insang ikan. Selalunya selepas tempuh kurantin (antara 15 minute ke dua hari mengikut jenis ikan), ubat antibiotik untuk mengubat luka yang di sebabkan oleh parasit akan di gunakan. Antara antibiotik yang boleh digunakan ialah oxytetracycline atau acriflavin. Secara praktikalnya, untuk mengelakkan ikan menjadi lali kepada bahan kimia tertentu, kami hanya mengunakan garam untuk kurantin ikan.

2. Garam di gunakan untuk mengubat ikan yang di serang parasit atau cacing/hook worm. Kepekatan atau jumlah garam adalah terpulang kepada penggunaannya tetapi tidak lebih dari 5 ppt. Juga bila mengubat ikan yang di serang kuman pada kulit ikan atau badan ikan. Ia boleh di gunakan bersama lain lain ubat seperti yang di atas.

3. Garam digunakan semasa membawa ikan dari satu tempat ke satu tempat. Garam membuat ikan lebih selesa semasa di bawa berjalan kerana selalunya ikan akan dibawa dalam kepadatan yang tinggi yang senang tercedera.

Apa jenis garam yang kami guna? Garam kasar jenis bersih atau jenis kotor. Garam halus tidak boleh di gunakan.

Bahaya Telebih Garam Dalam Rawatan


Minggu lepas, saya merawat ikan keli dengan cara menaburkan garam kasar sebanyak 1kg untuk merawat penyakit ulser/bengkang ingsang. Setelah 3 hari ikan menjadi sihat kembali, namun pada hari ini. Ikan mengalami kekurangan bendalir badan dan menyebabkan badanya bengkak-bengkak. Oleh itu baru saya teringat bahawa panas terik telah mengurangkan kandungan air dalam kolam, jadi kepekatan garam bertambah. Jadi cara penyelesaiannya

Cara ;
1.Ambik hos paip
2.On kan Pump
3.Sembur air dalam kolam

biar air penuh sikit dari biasa, jadi ikan xlah pedih dek kene garam yang pekat.. sekarang garam dah tawar sikit.. mcm org kene darah tinggilah, telebih garam kaki bengkaklah, itu bengakak.. jadi mcm tu jugaklah kehidupan ikan nie...

0 comments:

Post a Comment

 

ikan keli kelantan info menarik,catfish,cara jadi jutawan keli,kg gelong gajah pasir mas cara ternak ikan kelipelihara ikan keli catfish pelihara itik Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008