/*ikan keli kelantan info menarik,catfish,cara jadi jutawan keli,kg gelong gajah pasir mas: Hormon*/ b:include data='blog' name='all-head-content'/>
Laman web rasmi kg gelong gajah dan tempoyak pasir mas kelantan
ASSALAMUALAIKUM,SELAMAT BELAJAR JADI PERTERNAK IKAN KELI

Friday, September 4, 2009

Hormon


Kenapa perlu hormon pembenihan ?

Hormon pembenihan ikan digunakan dalam menghasilkan anak ikan pada skala komersial. Tujuan penggunaan hormon adalah merangsang induk betina untuk menggandakan pengeluaran telur untuk tujuan disenyawakan dengan sperma.

Hormon merangsang betina sahaja dalam menggandakan pengeluaran telur dan ia tidak merangsang ikan untuk melakukan seks untuk tujuan pembenihan bagi jantan. Oleh itu untuk ikan keli hanya betina sahaja yang perlu disuntik dan jantan tidak perlu kerana ini akan membazirkan horonm.

Apa beza hormon Ovaprim, Overtide, DOM dan KEDOM ?

Tiada perbezaan di antara keempat-empat jenis hormon ini dan penggunaan serta keberkesanannya adalah sama kerana hormon hanya bertindak dalam merangsang atau menggandakan bilangan telur yang akan dihasilkan oleh induk betina. Bezanya Ovaprim dan Overtide dibawa masuk dari sebelah Barat manakala DOM adalah daripada Taiwan. KEDOM pula adalah mirip kepada DOM cuma ia dihasilkan 100% dari bahan yang diperolehi daripada dalam negara (MALAYSIA). Tiada perbezaan dalam nisbah suntikan di antara hormon tersebut.

Gambarajah menunjukkan hormon pembenihan ikan KEDOM + MSW yang setanding dengan hormon yang lain. 100% Bumiputera dan terbukti berkesan !

Berapakah nisbah suntikan hormon bagi ikan untuk pembenihan?

KELI : Ikan perlu ditimbang terlebih dahulu sebelum suntikan dibuat. Jika anda menggunakan hormon KEDOM + MSW, setiap1 KG ikan keli sebanyak 0.5ml hormon diperlukan. Jika berat keli yang ditimbang adalah 1.5 KG contohnya, kita memerlukan 0.75ml homon.

PUYU : Bagi ikan puyu kita hanya memerlukan sebanyak 0.05ml sahaja bagi tujuan pembenihan dengan menggunakan KEDOM+MSW. Jika jantan berada dalam musim mengawan, maka selepas betina disuntik, dalam masa 24 jam betina akan menghasilkan beribu-ribu biji telur dan dalam masa lagi 24 jam ia akan menetas.

Gambarajah cara penyuntikan ikan puyu bagi tujuan pembenihan dengan menggunakan hormon KEDOM+MSW

Bagi puyu betina badannya besar dan kembang jika dilihat dari atas manakala jantan biasanya kecil dan panjang. Kita sukar memastikan yang kecil adalah jantan kerana kadangkala ikan kecil tersebut adalah betina yang sedang membesar atau tidak cukup makan. Oleh itu untuk mengelakkan kekeliruan kita perlu menyuntik kedua-dua jantan dan betina untuk pembenihan dengan menggunakan hormon.

AMARAN : Bagi ikan puyu sila guna picagari berjarum kecil atau picagari insulin


Jika sehari selepas disuntik jantan tidak mahu mengawan, maka kita dapat melihat kesannya di mana air akan bertukar menjadi berminyak dipermukaan air. Jika jantan mengawan maka akan ada banyak minyak dipermukaan disertakan dengan ribuan biji telur.

Untuk mengatasi masalah jantan yang tidak mahu mengawan maka bagi seekor betina yang disuntik, kita perlu memasukkan 4 atau 5 ekor ikan kecil ( jantan ) bagi tujuan mengawan.

BAUNG & PATIN : Kita menggunakan 1.5ml bagi setiap KG. Ini berbeza dengan ikan keli dan tekniknya juga berbeza. Bagi baung dan ikan patin, kita suntik 0.5 ml. Biarkan 6 jam kemudian kita beri tambahan suntikan sebanyak 1.0ml dan baru dibiarkan 10-12 jam sebelum pembenihan dilakukan.

TILAPIA : Kita tidak perlu menggunakan hormon bagi ikan tilapia kerana daripada eksperimen kami, tilapia mengambil masa seminggu untuk mengawan. Oleh itu, untuk membuat pembenihan bagi ikan tilapia, sediakan satu kolam yang besar, letakkan 50 ekor jantan dan 150 ekor betina dan dibiarkan selama seminggu atau dua minggu. Selepas tempoh tersebut kita akan dapati beribu-ribu anak ikan akan menetas di kolam tersebut. Pembenihan secara semulajadi dan menggunakan hormon bagi tilapia

Makanan Keli dan cara pemberiannya..


RM58 FOR 20KG
RM54 FOR 20KG

RM51 FOR 20KG


RM49 FOR 20KG (As oct08)


PEMBERIAN MAKANAN

Makanan yang kekurangan zat akan mengurangkan daya tahan ikan terhadap penyakit.Oleh itu pemberian makanan yang seimbang adalah penting bagi memastikan pertumbuhan ikan yang baik.

Jenis jenis makanan ikan.
*Pellet (makanan rumusan)
*Sisa makanan seperti sayura-sayuran,dedak,PKS,hampas soya dsb.
*Campuran Ikan baja/Dedak padi
Campuran 90% ikan baja dan 10% dedak padi boleh diberikan untuk dua bulan
pertama.Selepas itu kadar kadar dedak padi ditingkatkan 20% disamping 10%
beras hancur yang dimasak.Makanan boleh dijadikan bentuk “paste”(belacan).
Campuran vitamin dan garam galian adalah digalakkan bagi menghasilkan campuran
Makanan yang bermutu.
*Perut ayam
Rebus dan cincang dengan mesin pengisar sebelum diberi makan ikan.
*Tumbuhan seperti rumput dan daun ubi.

Makanan yang sering digunakan dalam ternakan komersial ialah pellet yakni makanan rumusan.Pellet biasanya terbahagi kepada empat kategori.Pellet pra permulaan (Pre starter) yang mengandungi 40% protin.Pellet permulaan (Starter) yang mengandungi 32% protin .Pellet pembesaran(Grower) yang mengandungi 28% protin dan pellet penamat(Finisher) yang mengandungi 18~24% protin.

Kadar pemberian makanan adalah bergantung kepada umur dan berat ikan.

Umur Ikan Kadar Pemberian Makanan
(% dari berat badan)
1.1~30 hari 6.0
2.31~60 hari 5.0
3.61~90 hari 4.0
4.91~120 hari 3.0
5.Lebih dari 120 hari 2.0

Kadar yang sebenar bergantung pada suhu,kandungan oksigen,kandungan ammonia serta kesihatan ikan..
Dalam keadaan biasa adalah sukar untuk menilai keberkesanan pemakanan keli jika menggunakan makanan yang tenggelam ke dasar.Jadi gunakan rumusan jenis terapung bagi memudahkan kita menganggar jumlah makanan yang telah dimakan.

Persampelan makanan
Uutuk mengetahui jumlah makanan yang perlu diberi setiap hari,penternak perlu menjalankan kerja persampelan iaitu mengambil contoh ikan secara rawak.

Contoh:.
*Tangkap ikan 20 ekor secara rawak.
*Timbang berat ikan dan kira purata berat.
*Anggarkan jumlah ikan di dalam kolam.
*Seteruskan dapatkan berat makan yang diperlukan bergantung pada umur ikan.

Makanan diberi2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan petang,yakni 50 peratus di sebelah pagi dan 50% lagi di sebelah petang.Makanan diberi sedikit-sedikit .Kelebihan memberi makanan boleh menyebabkan ikan mati kekenyangan.

Kaedah pemberian makanan
*Tabur terus
*Makanan ditabur ke dalam petak makanan
*Feeding Tray

Grading Catfish


Ikan keli yang diternak samaada menggunakan kolam simen atau tanah perlulah dipantau sepanjang masa. Pemantauan dibuat bagi memastikan pembesaran keli yang sama dan sekata bagi mengelakkan pemangsaan sesama sendiri.
Perlulah diingatkan bahawa keli merupakan haiwan karnivor (pemakan daging). Ia mudah tertarik dengan pergerakan haiwan lain dan mempunyai tunas rasa di sekitar badannya. Ini menjadikan spesis ini mampu menghidu pada waktu malam ( gelap ).
Kerja – kerja pengasingan keli yang besar dan agresif perlulah dilakukan bagi mengelakkan peratusan kematian yang tinggi. Sebanyak 10 % keli yang bersaiz besar kebiasaannya ada sepanjang tempoh penternakan keli ( dari 2minggu ke atas ).
Oleh yang demikian pada setiap 2 atau 3 minggu kerja – kerja penggredan haruslah dilakukan menggunakan jaring yang bersesuaian. Penggredan boleh dilakukan pada sebelah petang untuk mengelakkan tekanan / stress kepada ternakan keli.
Masa penggredan : 5 – 7 petang.


0 comments:

Post a Comment

 

ikan keli kelantan info menarik,catfish,cara jadi jutawan keli,kg gelong gajah pasir mas cara ternak ikan kelipelihara ikan keli catfish pelihara itik Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008