Cara Memerhati Keli Anda
Masalah yang perlu diberi perhatian di dalam penternakan ikan keli dalam kolam simen adalah spt. Berikut :1. Kedalaman air yang sesuai : jangan benarkan ikan keli anda berkumpul sehingga menjadi bola / bulatan / berhimpun berlapis - lapis. Jika ini terjadi bermakna air kolam terlalu banyak / dalam dan perlu dibuang sehingga ikan tersebut bersurai ( 2-3 lapis sahaja ).
2. Ikan keli yang kelihatan menegak dengan misai terjurai dipermukaan air menandakan terdapat masalah. Cuba periksa pH air kolam dan suhu air ternakan.
3. Petua orang dahulu dengan meletakkan batang betik di dalam kolam ternakan boleh diamalkan ( tanpa paksaan ) untuk mengelakkan penyakit.
4. Ikan keli terutamanya peringkat 1 – 30 hari adalah haiwan yang malas kerana sanggup mati daripada berulang alik dari dasar ke permukaan air untuk bernafas ( mendapatkan oksigen / udara segar ) oleh itu pastikan paras air di kolam anda adalah sesuai.
5. Jika cuaca panas terik, lindung ternakan anda menggunakan pelepah kelapa, potongan pvc paip, kotak2 plastik di dasar kolam ataupun menggunakan jaring hitam / black netting di permukaan ban kolam.
6. Ambil perhatian sekiranya anda menggunakan jaring hitam / black netting, pastikan udara / angin masih boleh melalui permukaan kolam bertujuan untuk penyingkiran gas ammonia yang terhasil daripada sisa pellet, makanan, dan bahan buangan ternakan ( tinja ikan keli ).
7. Kutip sisa makanan, pellet yang tidak habis untuk menggelakkan penguraian ammonia kerana ammonia amat larut di dalam air. Ini akan menjejaskan ternakan anda dan meningkatkan kadar % kematian ikan keli.
8. Jangan beri makan pada waktu mendung dan hujan.
9. Ikan keli yang agresif dan mempunyai saiz yang besar perlulah dikeluarkan daripada kolam ternakan.
10. Tips untuk melihat jumlah ikan keli anda, lihatlah pada waktu malam menggunakan lampu suluh kerana ikan keli tidur dipermukaan kolam. ( matanya akan bersilau warna merah sekiranya disuluh lampu ).
11. Pemangsa ikan keli anda adalah biawak, burung hantu, raja udang, ular, memerang, kucing, dan yang paling bahaya sekali adalah penyamun tarbus ( buat keje malam-malam).
Jaring Mata Halus mengasingkan Rega dengan Sarung Telur..
Cara meletakkan jaring dengan betul di kolam penetasan
Jaring mata halus perlu digunakan dalam penetasan telur keli yang telah disenyawakan. Telur tersebut ditadah atau diletakkan di atas jaring tersebut dan jaring direndam di dalam kolam penetasan. Ini kerana keli merupakan ikan yang menghasilkan "telur tenggelam".
Jika telur tenggelam kenapa tidak dibiarkan tenggelam ke dasar sahaja ?
Walaupun jika kita lihat jaring tersebut adalah jaring bermata halus, tetapi rega ikan yang baru menetas masih dapat melepasi jaring tersebut. Ini memudahkan kerja pengasingan rega ikan dan sisa telur. Jaring perlu diangkat setelah telur berada dalam kolam penetasan selama 30 jam. Ini kerana sisa telur yang telah menetas, telur rosak atau telur tidak menetas akan membusukkan air serta mengotorkan kolam. Air tersebut akan menjadi toksik kepada rega ikan.
Proses mengangkat jaring setelah 30 jam
0 comments:
Post a Comment