Untuk menghasilkan benih ikan keli tidaklah sesusah seperti disangka.Ianya cukup mudah sekiranya seseorang itu betul betul minat.Ini merupakan salah satu hobi juga kerana orang yang tak berminat takkan dapat berkeinginan sampai ke tahap ini.
Sebenarnya saya belumpun lagi mendokumenkan cara2 menghasilkan benih ikan keli ni.Namun secara teorinya saya boleh ceritakan bagini
Untuk menghasilkan benih ikan keli beberapa aspek perlu ada sebagai keperluan asas seperti:
1. Blower utk pengudaraan,
2.Tangki sementara utk simpanan induk,
3. Tangki pengeraman,
4. Tangki asuhan = tangki mungkin boleh dibuat dari tong plastik spt org buat pelampung sangkar,
5. Pelbagai jenis utk jimatkan koz spt dari papan yg dibuat kotak panjang dan masuk plastik dan barulah dimasukkan air, tapi tangki simen atau fiberglass adalah lebih baik.
Keperluan utk penghasilan benih:>
1. Induk ikan,
2. Hormon,
3. Jarum,
4. Pisau/gunting,
5. Mangkuk,
6. Bulu ayam.
Caranya:
1. Macam nak buat kueh pulak,
2. Apabila dah dipilih induk,
3. Induk yg baik adalah sekitar 1 kg keatas.(umur hampir setahun dan lebih) suntik hormon ovaprim (hormon perangsang) induk jantan dan betina pada bahagian atas sirip dekat kepala dengan dos 0.5ml bagi 1 kg induk betina dan jantan 0.25ml/1kg.
4. Asingkan induk dalam tangki sementara selama 10- 12 jam. Biasanya disuntik pada jam 10 -11 malam supaya mudah kerja pada keesokan paginya jam 8-9 untuk kerja2 pengambilan telur.
5. Setelah induk betina bersedia utk mengeluarkan telur, picit perut betina perlahan untuk keluarkan telur ke dalam mangkuk.
6. Selepas itu ambil induk jantan dan keluarkan sperma dia.
Cara paling mudah adalah dengan membedah perut dan dan ambil kantung sperma.
7. Potong kantung sperma tersebut untuk diambil sperma.
8. Dan sperma ini dimasukkan dalam mangkuk yang berisi telur tadi dan gaul dengan menggunakan bulu ayam.
9. Tujuan gaul ini adalah supaya telur tersenyawa, kalau namapk kering sangat msukkan sedikit air ketika menggaul.
biarkan seketika 2-3 minit,
10. Selepas itu masukkan telur ke dalam tangki pengeraman, taburkan sehingga sekata, kedalaman tangki pengeramaan.
11. Tangki pengeraman hendaklah disediakan sebaiknya sehari sebelum dimasukkan telur dengan kedalaman air lebih kurang 6 inci.
12. Biasanya telur akan menetas selepas 24 jam.
kebiasaan seekor induk mampu menghasilkan benih sekitar 20-30 ribu.
13. Benih atau larva ini perlu diberi makan setelah berumur 3 hari.
14. Makanan yg biasa diberikan adalah artemia ataupun plankton kecil dlm air.
15. Selepas seminggu boleh beri spt jentik2, moina dsbnya.
16. Selepas 4 minggu baru sesuai beri makan fish meal atau dedak ikan, ataupun pallet.
17. Apabila bersaiz 2-3 inci bolehlah bolehlah diternak dalam tangki atau kolam.
18. Pasaran biasa benih keli rm 0.10 - rm 0.20 .
19. Saya rasa cukup itu sahaja buat kali ini .
0 comments:
Post a Comment