Penternakan makanan semulajadi ikan keli
Kutu air atau Daphnia sp. Merupakan salah satu makanan bagi ikan keli. Ia boleh diperolehi secara semulajadi malahan ia juga boleh dikulturkan atau diternak. Tidak sukar untuk mendapatkan kutu air kerana ia berada dimana sahaja walaupun di dalam parit atau longkang.
Penternakan kutu air dilakukan di dalam kolam atau fiberglass yang berukuran 1m x 1m x 0.25m.
Kolam untuk penternakan kutu air, berukuran 1m x 1m x 0.25m. Bagi tujuan untuk mempercepatkan pertumbuhan kutu air dan harus dibaja dengan najis ayam.
Atau disesuaikan dengan keluasan tanah.
1. Mula-mula kolam dikeringkan dan dibersihkan kemudian ia disikan dengan air bersih.
2. Bagi mempercepatkan proses pertumbuhan kutu air, pembajaan harus dilakukan dengan menggunakan najis ayam yang telah kering sebanyak 2-5 gram/liter air.
Cara penternakannya adalah dengan ;
1. Menggunakan alat penapis supaya bahan-bahan yang kasar dapat diasingkan dan tidak masuk ke dalam kolam.
2. Perubahan pada warna air kolam kepada warna perang seperti air teh menandakan penternakan adalah baik.
3. Air tersebut dibiarkan selama 3-4 hari.
4. Pada hari kelima, bibit-bibit Daphinia akan terhasil. Ia akan tumbuh dengan cepat dan mencapai puncaknya pada hari ketujuh. Ketika itulah kutu air diambil untuk diberikan kepada benih ikan keli menggunakan jaring halus yang berukuran 1.5- 2 mm.
5. Penternakan kutu air di dalam kolam diulangi dengan dos ½ dari jumlah penternakan pertama bagi memastikan pertumbuhan kutu air yang berterusan. Proses ini dilakukan 7-8 hari sekali.
Struktur tanah
Tanah merupakan faktor utama dalam pembuatan kolam penternakan. Tanah yang baik akan menghasilkan kolam yang kukuh terutamanya pada bahagian permatang dan sempadannya. Permatang yang kukuh dapat menahan tekanan air dan tidak mudah pecah. Kolam yang baik tidak cepat kering dan mempunyai daya penyerapan yang rendah.
Tanah yang sesuai dan baik untuk pembinaan kolam adalah tanah liat dan tanah berpasir dengan nisbah 3:2. Tanah dengan struktur seperti ini mudah dibentuk dan tidak mudah pecah.
Plankton
Plankton ditakrifkan sebagai sebarang organisma hanyut yang hidup dalam zon pelagik (bahagian atas) lautan, laut, dan takungan air tawar. Ia secara meluas dianggap sebagai salah satu organisma terpenting di dunia, kerana menjadi bekalan makanan kepada hidupan akuatik.
Bagi kebanyakan hidupan laut, plankton adalah makanan utama mereka. Plankton terdiri daripada sisa-sisa haiwan dan tumbuhan laut. Saiznya kecil sahaja. Walaupun sejenis benda hidup, plankton tidak mempunyai kekuatan untuk melawan arus, air pasang atau angin yang menghanyutkannya.
Plankton hidup di pesisir pantai yang mana ia mendapat bekalan garam mineral dan cahaya matahari yang mencukupi. Ini penting untuk membolehkannya terus hidup. Memandangkan plankton menjadi makanan ikan, maka tidak hairanlah, ikan banyak terdapat di pesisir pantai. Itulah sebabnya kegiatan menangkap ikan aktif dijalankan di kawasan itu.
Selain sisa-sisa haiwan, plankton juga terhasil daripada tumbuhan. Jika dilihat menerusi mikroskop, unsur tumbuhan alga dapat dilihat pada plankton. Antara hidupan laut yang memakan plankton adalah seperti batu karang, kepah, dan ikan paus.
0 comments:
Post a Comment