MAKANAN IKAN KELI
Oleh ©RAMPA
http://www.thefishsite.com/articles/406/catfish-feeds-and-feeding
Bahan:
1 kg Tepung Sagu rembia atau Tepung Ubi Kayu.
500 g tepung beras gred murah
500 g lemak (lipid)
50 g Isolated Soy Protein
10 g Spirulina powder
1.5 g Sodium Benzoate (0.07%)
1.5 g Prophyl paraben
1 g Gum Accasia
Air Bersih secukupnya untuk banncuhan pegulian.
Cara memproses:
1. Hancurkan atau larutkan Gum Accasia dengan air panas
2. Larutkan dengan Air Panas 50 g Isolated Soy Protein dan gabung-bancuh dengan larutan Gum Accasia – ketepikan dulu.
3. Lemak (lemak ayam dari kulit ayam misalnya) direbus dengan Air Bersih, ditapis; ambil airnya untuk digunakan untuk bancuhan pengulian.
4. Gabungkan 1 kg Tepung Sagu rembia atau Tepung Ubi (atau campurkan kedua-duanyanya sekali (50:50), iaitu 500 g Tepung Sagu dan 500g Tepung Ubi Kayu dengan 500 g Tepung Beras dan masukkan ke dalam mesin mixer (penguli), dan diputar.
5. Gabungkan larutan Isolated Soy Protein dan larutan Gum Acasia (No.2), dengan 10g Spirulina powder, 1.5g Sodium Benzoate dan 1.5g Prophyl paraben, dengan laurutan Gum Accasia dikacau sebati; tambah Air Bersih secukupnya dan tuangkan dalam adunan, dan adunan terus diputar.
6. Tambah Air Bersih ke dalam adunan dan adunan diuli dngan mixer penguli sehingga adunan menjadi doh untuk dimasukkan ke dalam mesin dijadikan pellet.
7. Keringkan pellet sama ada dijemur.
Nota:
1. Tepung Sagu atau Tepung Ubi kayu sebagai sumber karbohidrat dan juga sebagai pengikat (binding agent).
2. Tepung beras juga adalah sumber karbohaidrat dan juga sebagai filler.
Lemak atau dipanggil lipid untuk menggemukkan ikan keli.
3. Boleh juga digunakan serbuk daging ikan atau air rebusan ikan/ayam.
4. SPIRULINA adalah sumber pelbagai vitamin dan mineral bagi kesihatan tumbesaran ikan keli. Spirulina Powder boleh didapati di:
EURO PHARMA-CHEMO SDN BHD (Mrs. Tan)
2408 LORONG PERUSAHAAN SATU
PRAI INDSTRIAL ESTATE
13600 PRAI, PULAU PINANG. TEL: 04-39911941
Cawangan:
No. 5, Jalan Astaka U8/82
Seksyen U8
TTDI Jaya, SHAH ALAM
TEL. 03-7846 1188 (Miss Adelne)
Fax: 03-7846 1663.
5. Sodium Benzoate – preservatif makanan supaya tidak dirosakkan oleh mikro-organisme. Penggnaannya mestilah tidak melebihi 0.07%.
6. Propyl paraben – preservati bahan lemak/minyak yang digunakan supaya produk tidak tengik.
7. Gum Accasia – bahan untuk menjadikan produk keras sebagai pellet, supaya pellet tidak mudah hancur.
0 comments:
Post a Comment