Rupanya ada rahsia untuk memastikan anak ikan keli boleh hidup dan membesar. Ujar penternak di Terengganu, gunakan air mata air.
BARU berjinak dalam bidang ternakan keli, Mohd, Irewan Abd. Jalil pernah hampir putus asa kerana semua anak ikan keli di kolamnya mati tanpa sebab.
Pelbagai cara telah dicuba, tetapi hampir semua anak-anak ikan itu akan mati selepas menetas.
"Kira-kira dua bulan jugalah saya dan seorang rakan kongsi cuba melakukan try and error ke atas air yang digunakan bagi membolehkan anak ikan keli terus hidup. Lima kali mencuba semua anak ikan mati.
"Banyak kerugian yang terpaksa ditanggung, sehingga suatu hari, rakan perniagaan di daerah lain memberitahu air yang terbaik untuk membenihkan telur ikan keli adalah air mata air.
Itulah cerita anak muda, Mohd. Irewan, 26, yang bekerjasama dengan rakan sekampungnya, Mohd. Fauzi Abd. Rahman.
PROSES mengeluarkan telur ikan.
--------------------------------------------------------------------------------
Dua jejaka bujang berasal dari Kampung Kuala Bekah, Kuala Terengganu itu mula berjinak dengan projek berkenaan pada bulan Ramadan tahun lepas.
Kata Mohd. Irewan, beliau terpaksa menggali tanah di tapak pembenihan di Kampung Padang Midin di Kuala Terengganu milik mereka bagi mendapatkan air mata air.
"Selepas kami menggunakan air berkenaan, anak ikan yang terhasil kira-kira 20,000 hingga 50,000 masih mati. Apabila dikaji, ia berpunca daripada mata air di tapak berkenaan yang berwarna kemerahan dan mengandungi bahan yang tidak sesuai untuk tumbesaran anak ikan kerana kawasan itu berpaya," katanya.
Beliau yang mempunyai Diploma Sains Komputer di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor menambah, apabila meninjau di kawasan sekitar kampung berkenaan, terdapat sebuah telaga yang diyakini mampu memanjangkan jangka hayat benih ikan keli.
Apabila dirisik, akhirnya beliau meminta izin tuan punya telaga berkenaan untuk mengepam air terbabit ke tapak projek.
"Tuan punya telaga berkenaan bersetuju dan kami menggunakan pam menyedut air telaga yang terletak kira-kira 400 meter daripada tapak projek dengan menggunakan paip getah untuk mengisi 12 kolam.
"Akhirnya benih ikan mampu bertahan sehingga ia mampu dijual dengan saiz maksimum sepanjang lima sentimeter seekor," katanya yang pada mulanya risau mengenai cara terbaik menghasilkan anak ikan bermutu tinggi.
Beliau yang menggunakan kolam berukuran tiga meter lebar dan 21 meter panjang itu terpaksa mengambil masa sehingga hampir setahun mempelajari selok belok pembenihan dan pengurusan anak ikan secara sistematik.
Katanya, menguruskan anak ikan yang berusia sehingga 45 hari amat sukar lebih-lebih lagi ia amat sensitif dengan persekitaran dan makanan.
"Untuk permulaan selepas proses penetasan sehingga usianya mencecah sembilan hari, ia perlu diberi makan artemia atau anak udang.
"Selepas itu apabila usianya mencecah sehingga 45 hari atau panjangnya sehingga lima inci ia boleh diberi makan moina atau sejenis hidupan air yang kecil, lebih kecil daripada jentik-jentik," ujarnya.
Lebih menarik, katanya, anak ikan keli yang dijual mereka tidak pernah dinaikkan harga dan ia dikekalkan sejak projek berkenaan dimulakan.
ANAK ikan keli di bawah usia 45 hari memerlukan penjagaan rapi.
--------------------------------------------------------------------------------
Katanya, setiap ekor anak ikan berukuran dua inci dijual pada harga RM0.10, tiga inci (RM0.20) dan RM0.25 jika panjang anak ikan keli mencecah lima inci.
Mohd. Irewan memberitahu, air yang digunakan perlu ditukar setiap hari bagi menghalang anak ikan lemas kekurangan oksigen.
"Pada permulaan kami hanya mampu menghasilkan kira-kira 20,000 ekor anak ikan tetapi kini setiap bulan, anak ikan yang dihasilkan mampu mencecah sehingga 200,000 ekor.
"Soal pemasaran, tiada masalah kerana penternak ikan keli di Terengganu terutama di daerah Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman akan datang ke tapak pembenihan ikannya," katanya.
Beliau yang turut mengusahakan tanaman cendawan berkata, mereka berdua pada mulanya mahu membantu penternak ikan keli di negeri Terengganu mendapatkan benih ikan dengan tidak perlu ke negeri lain untuk mendapatkannya.
Katanya, bermula dari situlah beliau dan Mohd. Fauzi rakan kongsinya berazam memulakan projek berkenaan kerana peluang terbuka luas untuk mereka menolong penternak ikan keli.
"Lagipun, permintaan ikan keli di restoran atau kedai-kedai makan tidak akan putus, jadi peluang mengusahakannya seharusnya tidak boleh ditolak begitu sahaja," katanya.
"Ikan Keli atau catfish.. perniagaan berasaskan ternakan ikan keli kian popular. Hasil ternakan komersial, pembenihan ikan, pallet/dedak, produk kesihatan, peralatan (kanvas, etc) dan pelbagai mampu menjadi sumber pendapatan samada pendapatan tetap atau sampingan. Fokus posting kali ini adalah perniagaan berasaskan penjualan produk benih ikan keli.
Untuk makluman umum harga untuk benih ikan keli yang berjaya di senyawakan dijual berdasarkan saiz.. saiz yang terdapat di pasaran adalah 1 inchi, 2 inchi dan 3 inchi..
Berdasarkan "market survey" yang saya lakukan di parit jelutong, Batu Pahat harga untuk benih yang bersaiz 3 inchi adalah berharga RM0.15 seekor. ikan keli yang bersaiz 3 inchi adlah lebih tahan lasak dan peratus kematian adlah lebih rendah berbanding ikan keli yng bersaiz lebih kecil. Permintaan untuk saiz 3inchi adalah telalu banyak sehinggakan pembeli perlu membuat tempahan anak benih beberapa minggu lebih awal.
Teknik pembenihan ikan keli, yang mana ia mengandungi pelbagai aspek antaranya:-
a). Pemilihan Induk
- berdasarkan "operation survey" yang dilakukan, induk yang terbaik adalah dibela di dalam kolam tanah dan telahg berusia lebih 1 tahun. induk ini seeloknya dijaga semula dengan baik dengan dijaga makan dan kesihatan. kerana induk yang baik mempengaruhi kualiti anak benih. kebiasaan induk yang baik mampu menghsilkan 50,000 ekor anak benih dengan peratus hidup adalah 60%-80% iaitu 30,000-40,000 ekor.
B). Cara/Teknik Menghasilkan Benih
-berdasarkan "operation survey" yang dilakukan teknik terbaik untuk pembenihan adalah secara aruhan. induk ini akan disuntik hormon (seperti hormon overperm) terlebih dahulu. induk jantan akan dibelah perut untuk mendapatkan sperma dan induk betina akan diperah dibahgian perut untuk mendapatkan telur.
- tenik ini bagus kerana pensenyawaan adalah maksimum dan lebih sekata.
c). Penggunaan Alat-alatan Pembenihan
-untuk benih ikan keli yang baru disenyawakan, kualiti (kebersihan dan pH) dan suhu air perlu dikawal. peralatan seperti pam oksigen dan alat penyalur makanan berperingkat bagus untuk digunakan ketika benih ikan keli berusia kurang dari 3 minggu.
d). Keadaan dan Penggunaan Air Untuk Benih
-berdasarkan "operation survey", air yang boleh digunakan kepada ikan keli yang umurnya kurang 3 minggu adalah air ikan puyu! ya air ikan puyu, kerana kandungan plakton di dalam air ikan puyu adalah tinggi dan elok untuk dijadikan makanan kepada ikan-ikan kecil seperti benih ikan keli.
e). Permakanan Benih Ikan Dari Permulaan kelahiran
-selera makan ikan keli tidak cerewet, namun makanan yang diberikan mampu mempengaruhi kualiti ikan keli ketika "harvest" iaitu ketika umur 30-45hari. maklumat dari operation survey menyatakan, ikan keli banyak mengadungi lemak sekiranya banyak makan kulit, seperti kulit ayam atau sisa ayam..
p/s:- maklumat tmbahan, ada penternak yang tidak bertanggungjawab menternak ikan keli bersama projek ternakan ayam. peratus kematian ayam kira-kira 2% sehari. bangkai ayam dan najis ayam dijadikan sumber makanan kepada ikan keli. dan sebelum di jual ikan keli di kuarantin selama seminggu tanpa makanan supaya bau dan kebersihan ikan lebih terjamin.. JADI AWAS.. jadilah peniaga yang jujur dan bertanggungjawab.
f). Penjagaan Anak Benih
-saiz kolam mempengaruhi jumlah bilangan ekor ikan keli boleh ditempatkan. berdasarkan operation study, jika kepadatan terlalu tinggi, ikan keli mampu alami stress.. ya stress.. stress mampu memberi kesan di dalam tumbesaran ikan.
g). Pengurusan Benih-benih Ikan
-selang 1 minggu dari ikan keli disenyawakan, ikan keli perlu lalui proses "grading" atau mengasingkan saiz yang kecil dengan kecil manakala yang besar dengan yang besar.
Friday, August 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
teknik pelihara ikan keli,
teknik pelihara ikan keli,
teknik pelihara ikan keli,
teknik pelihara ikan keli,
teknik pelihara ikan keli,
teknik pelihara ikan keli,
teknik pelihara ikan keli,
teknik pelihara ikan keli,
teknik pelihara ikan keli,
teknik pelihara ikan keli,
teknik pelihara ikan keli,
teknik pelihara ikan keli,
teknik pelihara ikan keli,
teknik pelihara ikan keli,
teknik pelihara ikan keli,
teknik pelihara ikan keli,
teknik pelihara ikan keli,
teknik pelihara ikan keli,
teknik pelihara ikan keli,
teknik pelihara ikan keli,
teknik pelihara ikan keli,
teknik pelihara ikan keli,
teknik pelihara ikan keli,
teknik pelihara ikan keli,
teknik pelihara ikan keli,
teknik pelihara ikan keli,
teknik pelihara ikan keli,
Assalamualaikum, kat mana ternakan ni? Nk beli benih ikan keli boley?
Post a Comment