/*ikan keli kelantan info menarik,catfish,cara jadi jutawan keli,kg gelong gajah pasir mas: 2009*/ b:include data='blog' name='all-head-content'/>
Laman web rasmi kg gelong gajah dan tempoyak pasir mas kelantan
ASSALAMUALAIKUM,SELAMAT BELAJAR JADI PERTERNAK IKAN KELI

Saturday, October 10, 2009

Teknik pembenihan keli


PENGENALAN

Pusat pengeluaran benih ikan memainkan peranan yang sangat penting kepada industri akuakultur. Ia dapat menjamin bekalan benih ikan berterusan dan menjadikan industri tersebut sebagai suatu projek yang berdaya-maju dan mempunyai masa depan yang cerah. Dengan adanya pusat sedemikian, penternak ikan akan dapat merancang jadual penstokan serta pengeluaran yang tepat dan dapat menjanjikan bekalan yang mencukupi kepada pengguna. Semakin banyak projek akuakultur di sesuatu kawasan itu, maka semakin berpotensilah sesebuah pusat pengeluaran benih ikan itu beroperasi. Nota ini bertujuan memberikan panduan untuk membangunkan sebuah pusat penetasan dan pengeluaran benih ikan air tawar khususnya ikan keli.

PEMILIHAN TAPAK

Tapak bagi pembinaan pusat tersebut seharusnya mempunyai beberapa ciri seperti berikut:
1. bekalan air yang mudah
2. berhampiran dengan kemudahan asas:
i) jalan
ii) bekalan elektrik
iii) talian telefon
3. keselamatan:
i) penjagaan dan pengawasan 24 jam
ii) kecurian dan perbuatan khianat
iii) jauh dari punca penyakit
iv) banjir
4. bangunan yang sempurna
5. perkhidmatan sokongan yang lain

Bekalan air

Bekalan air mestilah datang dan sumber yang bersih iaitu jauh dan sumber pencemaran dan sebarang aktiviti pertanian yang menggunakan racun makluk perosak. Sumber air boleh datang dari sungai, perigi atau perigi tiub dan dari air paip. Walaubagaimanapun, air paip tidak begitu digalakkan kerana pusat pengeluaran memerlukan air yang banyak, kos yang tinggi dan bebas klorin. Sumber air dari sungai, perigi atau perigi tiub perlu melalui proses pengheningan (penjernihan) untuk mengasingkan kotoran dan pepejal terampai sebelum disalurkan ke dalam bengkel penetasan. Ciri-ciri kualiti air yang baik adalah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual berikut:




Sebuah tangki pemendapan yang dibuat daripada konkrit (saiz dan reka bentuk tangki pemendapan adalah seperti yang ditunjukkan di dalam rajah) boleh dibina di suatu tempat yang lebih tinggi supaya hanya air dari sumber berkenaan dapat dipamkan ke dalamnya manakala air dari tangki tersebut dapat bergerak ke dalam rumah penetasan hanya dengan tarikan graviti (rajah). Air yang dikeluarkan dari palung penetasan disalurkan terus ke sungai.


CONTOH TANGKI PEMENDAPAN AIR

Kemudahan asas

Kemudahan asas memainkan peranan penting untuk menjadikan sesebuah pusat pengeluaran itu berdaya maju. Jalan untuk masuk dan keluar membolehkan barang-barang keperluan (logistik) dibawa masuk manakala benih ikan yang hendak dijual dibawa keluar dengan keadaan baik atau pembeli dapat datang membeli benih ikan sendiri. Bekalan tenaga elektrik sangat mustahak untuk menggerakkan pam udara, peti sejuk dan lain-lain kemudahan untuk tenaga pekerja yang menginap di situ. Perhubungan telefon memainkan peranan penting di dalam bidang pemasaran dimana pembeli dapat membuat tempahan lebih awal sebelum tiba manakala tempahan bahan-bahan keperluan untuk proses pengeluaran benih menjadi lebih mudah.

Keselamatan

Pusat pengeluaran memerlukan penjagaan dan pengawasan 24 jam sehari untuk menjadikan benih-benih ikan yang dihasilkan sentiasa di dalam keadaan selamat. Antara perkara buruk yang berkemungkinan berlaku ialah :

• air melimpah keluar dari tangki asuhan akibat paip limpahan tersumbat dan air tidak ditutup semasa penjaga keluar.
• kekurangan bekalan air.
• sumber air tercemar.
• tangki asuhan bocor tanpa disedari.
• sesuatu kotoran termasuk ke dalam tangki asuhan.
• bekalan elektrik terputus dan pam udara tidak berfungsi.
• keadaan bangunan dan sekeliling menjadi kotor.

Perbuatan khianat dan kecurian hendaklah dielakkan dan diawasi selalu supaya barang-barang keperluan atau benih ikan tidak hilang. Jika perbuatan ini tidak diawasi kehilangan boleh berlaku tanpa disedari.

Berbagai punca penyakit samada disedari atau tidak hendaklah dikawal daripada menghampiri pusat pengeluaran atau membina pusat pengeluaran jauh dari punca berkenaan. Di antara punca penyakit adalah kandang haiwan, sungai yang ada hubungan dengan kilang atau ladang-ladang yang mempraktikkan penggunaan racun makhluk perosak. Pencemaran terhadap ikan dan peralatan boleh berlaku melalui sebaran angin, sentuhan atau pun dibawa oleh air.

Banjir merupakan malapetaka yang paling besar sekiranya berlaku. Ia boleh meruntuhkan binaan-binaan seperti batas kolam, jalan, tangki dan bangunan pusat penetasan itu sendiri seterusnya melepaskan semua ikan-ikan keluar.

Bangunan

Sekurang-kurangnya sebuah bangunan diperlukan sebagai rumah penetasan untuk menjalankan kerja-kerja penetasan, menyimpan peralatan, makanan serta menempatkan mesin-mesin dan pam udara.



CADANGAN BENGKEL PENETASAN
Perkhidmatan sokangan

Perkhidmatan sokongan boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu sektor kerajaan, swasta dan pelanggan itu sendiri. Sektor kerajaan berkenaan seperti Jabatan Perikanan, Pertubuhan-pertubuhan Peladang dan pejabat-pejabat daerah dapat memberi galakan secara menyampaikan maklumat terkini kepada pengusaha terbabit untuk mengembangkan operasinya pada masa hadapan. Pengusaha-pengusaha perlu bekerjasama rapat dengan sektor swasta berkaitan untuk membekalkan makanan kering, telur Artemia, hormon dan ubat-ubatan, mesin jentera dan lain-lain keperluan pengeluaran. Pelanggan juga dapat memainkan peranan sebagai pembekal induk-induk, penyebar maklumat sesama penternak dan juga sebagai pembeli yang menjaminkan pendapatan kepada pengusaha itu sendiri.

2.3 PUSAT PENGELUARAN

Pusat pengeluaran benih ikan boleh dibahagikan kepada empat bahagian:

Bengkel Penetasan

Rumah penetasan merupakan tempat ikan dibiakkan bermula dari telur yang tersenyawa hinggalah ke peringkat rega berumur 15 hari. Ia boleh dibina dengan saiz minima 15m x 8m dan tinggi 2m. Dinding boleh dibina daripada dawai (BRC) dan berpintu untuk mengelakkan sebarang pencerobohan. Ia terdiri daripada 3 bahagian iaitu:
Setor bersaiz 5m x 3m untuk menyimpan peralatan seperti net, timba, makanan, peti sejuk, mesin pengadun makanan, pam udara dan barang-barang berkaitan.

Ruang Pejabat bersaiz 3m x 3m untuk urusan jualbeli dan dokumentasi.

Ruang Penetesan bersaiz 12m x 8m mempunyai kelengkapan-kelengkapan seperti berikut: -
• tangki atau palung penetasan berukuran 2m x 0.5m dan 0.2m tinggi
• sistem bekalan air secara alir-terus dan paip bekalan (in-let PVC 30mm) ke dalam palung dan keluar melalui paip buang (out-let PVC 100mm) ke longkang air dari tangki simpanan


a-c palung penetasan
d meja
e longkang


• Tangki pengeraman induk bersaiz 1.0m x 0.6m dan 0.4m tinggi atau boleh diperbuat daripada tong plastik 1.0 m x 0.6m diameter yang ditebuk di atasnya (rajah)





• Sistem bekalan udara (PVC 10mm diameter) yang dibekalkan oleh sekurang-kurangnya scbuah unit pam udara,
• Sebuah meja berukuran 0.5m x 2m setinggi 0.8m dan sebuah kabinet dinding berukuran 2m x 0.4m untuk menyimpan radas suntikan dan pembedahan, tuala, mangkuk persenyawaan, bulu ayam, penimbang dan beberapa barang lain.


Kolam Asuhan

Kolam asuhan adalah sebuah kolam yang bersaiz sederhana (l0m x 5m dengan kedalaman air maksima 0.5m) digunakan hanya untuk mengasuh rega ikan berumur dari 10 hari hingga 50 hari sahaja. Saiz ini tidak mengambil kira saiz ban yang perlu dibina dan memudahkan untuk memukat benih ikan untuk dijual. Faktor-faktor berikut perlu dititikberatkan semasa memilih tapak kolam:
• Elakkan kawasan tanah yang berpokok, berbatu dan berserangga supaya tidak berlaku masalah semasa membina kolan
• Elakkan kawasan banjir
• Berhampiran dengan sumber air supaya mudah mendapat bekalan air kerana kehilangan air boleh berlaku akibat pemeluapan dan penyerapan
• Tanah berciri liat.


Bergantung kepada tapak kolam, terdapat tiga jenis rekabentuk kolam boleh dibina iaitu:

Kolam tertambak yang dibina dengan menambak tanah di atas permukaan tanah asal untuk membentuk kolam. Kolam ini sukar diisikan airnya tetapi mudah disalirkan keluar.



Kolam tergali (korek) yang dibina dengan menggali tanah asal. Kolam ini mudah diisikan airnya tetapi pam terpaksa digunakan untuk mengeringkannya.


.
Kolam tergali sebahagian yang digali sebahagian tanah manakala sebahagian kolam terbina setelah ban ditambakkan. Rekabentuk kolam seperti ini memudahkan air diisi ke dalam kolam dan disalirkan terus ke dalam terusan.


Kolam induk

Kolam induk adalah sesebuah kolam yang digunakan untuk menyimpan induk. Sesebuah pusat penge1uaran benih ikan seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya dua buah dimana pengusaha dapat menstokkan induk-induk ikannya dengan cukup.

Sebaik-baiknya induk-induk tersebut diambil dari beberapa kawasan yang berasingan untuk menambahbaik genetiknya. Saiz kolam ini sama seperti kolam asuhan tetapi kedalamannya antara 1.0 hingga 1.5 meter. Kolam yang lebih luas menyukarkan penangkapan induk apabila pembiakan hendak dijalankan.



Kolam Plankton

Plankton adalah penting kerana ia merupakan salah satu makanan awal yang ideal (sempuma) kepada larva ikan keli sehinggalah ikan keli berumur 40 hari di dalam kolam asuhan. Selepas itu mereka sudah boleh diberikan makanan rumusan. Di dalam kolam ini, fitoplankton dibiakkan pada mulanya dan diikuti oleh zooplankton khususnya yang dipanggil kutu air atau Moina macrura. Istilah biasa kepada zooplankton ini ialah Moina sahaja. Saiz dan kedalaman kolam ini adalah sama seperti kolam asuhan benih keli tetapi ia mempunyai sistem air tertutup untuk mencegah moina terlepas keluar bersama air yang mengalir. Sebaliknya, sesebuah pusat pengeluaran benih ikan keli mempunyai sekurang-kurangnya 8 buah kolam ini supaya ia dapat menampung keperluan makanan (Moina) yang berlebihan untuk benih ikan keli yang dihasilkan.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti untuk menghasilkan Moina macrura:

i. Kolam yang telah kering dikapur dan dibajakan dengan baja organik (sebaiknya tahi ayam dan baja kompos) serta hampas kacang soya.
ii. Air baru dimasukkan melalui suatu penapis untuk mengelakkan sebarang anak ikan memasuki kolam.
iii. Kolam dibiarkan selama 4-5 hari untuk membiakkan fitoplankton.
iv. Benih Moina dimasukkan ke dalam kolam selepas hari ke 5.

Benih Moina ini boleh didapati dari air di kawasan sawah yang terdedah, terusan yang berair tenang, kolam terbiar dan dan lopak-lopak kubang kerbau di kawasan sawah atau kawasan-kawasan seumpamanya. Moina ini mempunyai kitar hayat selama 7 hari sahaja. Ia mula bertelur pada hari ke 5 sebelum mati selepas hari ke 7.

Bagi kolam pengeluaran yang pertama, Moina mengambil masa yang agak lama untuk membiak dengan banyaknya. Moina ini kemudiannya bolehlah dibiakkan pula di dalam kolam yang kedua di mana persediaan i - iii telah pun dijalankan 5 hari sebelumnya. Langkah ini boleh dijalankan 2 atau 3 kolam serentak untuk memaksimakan penghasilan Moina. Saiz Moina ini terlalu kecil dan hanya dapat dipungut dengan kain penyauk yang sangat halus. Mereka mudah disauk pada waktu pagi kerana terpaksa timbul di permukaan air untuk mendapatkan oksigen yang berkurangan di dalam air pada waktu subuh. Mereka mudah dikenali kerana berwarna merah dan bersaiz paling besar 0.5mm sahaja.





JENIS-JENIS PLANKTON







PEMBIAKAN ARUHAN IKAN KELI

Pengenalan

Di dalam habitat atau kediaman alamiah hidupan akuatik, khususnya ikan-ikan air tawar, induk-induk yang telah matang akan memilih pasangan masing-masing dan membiak pada masa-masa tertentu. Masing-masing mendapat atau menerima rangsangan yang berupa isyarat dan persekitaran di habitat mereka bahawa musim membiak telah tiba. Oleh itu, banyak sekali anak-anak ikan boleh didapati pada sesuatu masa itu. Berbagai-bagai parameter boleh bertindak sebagai isyarat atau perangsang kepada induk-induk ikan untuk membiak. Diantaranya ialah perubahan cuaca seperti suhu, hujan, angin dan cahaya, perubahan fizikal seperti kering dan kemarau, lembab dan berair, banjir, perubahan kedalaman air, arus, aktiviti-aktiviti manusia seperti membajak, membaja, menanam padi dan mengawal air terusan.

Di kawasan-kawasan tasik dan sungai, aktiviti-aktiviti manusia kurang memberi kesan rangsangan kepada ikan-ikan kerana isipadu air terlalu banyak. Perubahan cuaca dan fizikal yang sedikit sudah dapat berinteraksi dan memberi isyarat kepada induk-induk yang telah matang bahawa pada masa itu musim untuk mereka membiak telah tiba. Di kawasan sawah padi, perubahan cuaca dan fizikal serta aktiviti manusia begitu ketara dan kadang-kadang berlaku mendadak. Pada suatu masa, keadaan menjadi kering dan panas terik. Ketika ini, induk-induk ikan yang telah matang bersembunyi di dalam kawasan-kawasan paya, lubuk dan sungai, bersedia dan menanti masa untuk keluar mencari pasangan membiak. Kawasan sawah hanya menjadi padang ragut untuk lembu, kerbau dan kambing serta kawasan melepaskan ayam itik.

Kedatangan musim hujan yang tiba-tiba menyebabkan kawasan sawah tadi digenangi air. Hujan yang turun serta angin yang bertiup akan menambahkan kandungan oksigen terlarut di dalam air antara 4-8 mg/l manakala suhu tanah yang sebelumnya setinggi 38 °C telah turun serendah 20-26 °C. Petani-petani pula mula menajak rumput, membajak dan membajakan sawah mereka menyebabkan kesuburan air meningkat. Pada masa ini najis-najis haiwan serta rumpai yang telah reput turut terurai menjadi bahan-bahan organik di dalam air. Oleh itu, pada awal musim hujan pH air akan menjadi rendah serendah 4.0-6.0 kerana adanya proses pereputan dan penguraian baja organik dan sisa-sisa jerami padi yang mati pada musim kemarau. Ianya akan larut di dalam air dan menjadi zat makanan atau baja untuk membiakkan benih-benih tumbuhan seni yang dipanggil fitoplankton.

Kehadiran fitoplankton di dalam air menjadikan warna air itu menjadi hijau. Pada masa ini juga sejenis plankton yang berupa haiwan-haiwan seni yang dipanggil zooplankton juga menetas dan hidup dengan memakan fitoplankton tadi. Ia boleh membiak dengan banyaknya sehingga pada suatu masa kita boleh lihat permukaan air menjadi berenik-renik dan kadang-kadang berwarna merah pada waktu pagi. Diantara spesies zooplankton yang penting di dalam bidang akuakultur ialah Brachionus plicatilis, sejenis rotifera dan Moina macrura, sejenis kutu air berwama merah bersaiz maksima 0.5mm.

Perubahan-perubahan keadaan persekitaran serta kelimpahan sumber makanan berinteraksi dan mengujudkan suatu isyarat kepada induk-induk ikan yang telah matang dan bersedia untuk membiak bahawa musim membiak untuk mereka telah tiba lalu keluar mencari pasangan masing-masing dan mengawan. Pada masa ini mereka yakin bahawa anak-anak mereka akan dapat hidup kerana semua keperluan hidup mereka seperti makanan, oksigen dan ruang untuk membesar cukup dan masih panjang bagi mereka membesar dan dewasa sementara menunggu masa untuk berhijrah ke tempat lain pada masa kermarau yang akan datang.

Samada di dalam tasik, sungai mahupun di dalam sawab, terdapatlah ikan-ikan herbivor (sepat, terbul), omnivor (keli, baung) dan karnivor (haruan, toman). Anak-anak ikan herbivor akan memakan plakton manakala yang karnivor dan onirnvor akan memakan zooplankton dan anak-anak ikan herbivor atau sesama mereka sehinggalah mereka dewasa. Oleh itu di dalam sesuatu habitat akuatik, jumlah ikan herbivor lebih banyak berbanding dengan ikan karnivor dan omnivor kerana mereka dihasilkan lebih banyak berbanding dengan yang lain. Diperingkat dewasa, khususnya bagi ikan sawah, saiz ikan karnivor lebih besar tetapi sedikit berbanding dengan ikan herbivor atau omnivor yang saiznya lebih kecil tetapi jumlahnya lebih banyak. Walau bagaimana pun saiz ikan herbivor biasanya lebih kecil kerana ia berada di peringkat terbawah di dalam piramid makanan. Ikan peliharaan di dalam kolam mempunyai ciri-ciri pembiakan yang berbeza kerana semua keperluan hidupnya sentiasa dijaga oleh penternaknya. Oleh itu ada ketikanya ikan yang diternak di dalam kolam membiak di luar musim pembiakannya.

Oleh kerana terdapatnya ikan karnivor yang sentiasa memangsai ikan lain, jumlah hasil ikan yang ditangkap semasa menuai padi amat sedikit berbanding dengan jumlah benih yang dihasilkan semasa musim pembiakan. Dari segi akuakultur, senario ini amat merugikan kerana terdapat berbagai teknik dan teknologi yang boleh dimanfaatkan untuk memaksimakan hasil ikan tersebut. Ianya tentu lebih berkesan berbanding dengan menseimbangkan ekologinya dan kemudiannya menuaikan hasil ikan tersebut. Setiap ekor benih ikan yang menetas itu seharusnya diberi peluang untuknya membesar supaya ianya akan dapat dimanfaatkankan untuk hasil ikan apabila dewasa. Dengan itu kaedah pembiakan aruhan dan pengeluaran benih secara terkawal mesti dipraktikkan supaya penghasilan benih ikan dapat ditingkatkan dan sektor akuakultur dapat dimajukan.

Nota ini bertujuan memberikan panduan untuk menggunakan hormon bagi mempraktikkan pembiakan aruhan ikan keli yang bernilai komersil. Penternak akan dapat memajukan kaedah ini dan memperolehi pengalaman dengan sendirinya di dalam bidang ini apabila mempraktikkannya selalu kerana terdapat beberapa kebaikan keadah pengeluaran benih melalui pembiakan aruhan seperti: -

• Dapat memilih induk yang berkualiti
• Pembiakan, pembenihan dan pengeluaran benih tidak bermusim
• Dapat mengeluarkan bilangan benih yang banyak pada sesekali program pembiakan
• Perancangan jadual pengeluaran benih
• Penengawalan kehilangan benih
• Memberikan pendapatan yang lumayan

Kaedah Pembiakan Aruahan

Pemilihan Induk

Kedu-dua induk jantan dan betina perlulah mempunyai ciri-ciri umum seperti berikut :

• Berat badan >500 gm.
• Berumur > 1 tahun.
• Tidak cacat atau sakit.
• Perut lembut bila dipicit.



Induk jantan hendaklah mempunyai alat pembiakan (genital papilla) yang tegar secara fizikal. Sekiranya dibedah, gonad (testis) yang matang mempunyai globul-globul sperma berwarna putih kekuningan.

Induk betina pula perlulah mempunyai perut yang buncit dan lembut bila dipicit. Genital papilla bengkak sedikit dan berwarna kemerah-merahan sementara telur akan terkeluar sedikit sekiranya perut dilirit perlahan-lahan. Telur berwarna hijau kecoklatan dengan saiz yang seragam serta tiada yang berwarna putih menandakan ianya sesuai untuk dibiakkan secara aruhan.


MEMILIH INDUK BETINA

Suntikan Hormon

Penggunaan Hormon Ovaprim agak meluas pada masa kini. Hormon ini didapati dalam bentuk larutan 10 ml sedia untuk disuntik kepada ikan. Terdapat beberapa jenis hormon lain yang boleh juga digunakan sebagai perangsang dalam proses pembiakan ikan. Hormon-hormon tersebut terdiri daripada Ovatide, HCG, LHRH, PG dan sebagainya.

Antara peralatan lain yang diperlukan sewaktu suntikan hormon adalah :
• Alat penyuntik (1 – 3 ml)
• Alat penimbang (10 kg)
• Sehelai tuala
• Jangkasuhu

Teknik Suntikan

Suntikan hormon dijalankan sebaik-baiknya pada lewat petang antara jam 6.00 hingga jam 8.00 malam. Waktu ini sesuai kerana induk tidak banyak mengalami gangguan pada waktu malam, kurang kesan perubahan suhu dan pengaruh cahaya manakala kita mempunyai banyak waktu untuk memproses persenyawaan pada siang keesokan harinya. Hormon ovaprim disuntik pada kadar 0.5 ml/kg untuk induk betina dan 0.2 ml/kg untuk induk jantan. Suntikan dibuat pada otot di bahagian tepi badan ikan. Induk-induk diasingkan secara individu untuk mengurangkan gangguan serta mengelakkan kecederaan.




TEKNIK SUNTIKAN HORMON DAN PENGASINGAN INDUK

Tempoh Latensi dan Pengeraman

Tempoh latensi bermakna tempoh masa diantara suntikan hormon dengan masa menjalankan persenyawaan beradas. Tempoh pengeraman adalah masa yang diambil oleh telur untuk menetas. Masa pencapaian tempoh latensi dan pengeraman bergantung kepada pengaruh suhu air pengeraman. Tempoh latensi adalah seperti ditunjukkan didalam jadual 2 di bawah :


Jadual 2 : Tempoh Latensi dan Pengeraman Bagi Induk dan Telur Keli

Persenyawaan Buatan

Beberapa peralatan digunakan dalam menjalankan persenyawaan buatan, antaranya ialah :

• Sepasang gunting
• Dua pasang penyepit (forceps)
• Sebiji mangkuk (sederhana)
• Sehelai bulu ayam (bulu kepak)
• Sehelai tuala
• Air bersih



Teknik Persenyawaan

Induk Jantan

• Induk jantan dibedah perutnya dengan gunting
• Sepasang testis yang mengandungi sperma dikeluarkan menggunakan penyepit
• Testis diletakkan di atas sekeping tisu bersih



Induk Betina


• Induk betina diambil dengan cermat kerana telur akan keluar dengan sendirinya sekiranya induk itu menggelepar. Ia boleh dipegang dengan sehelai tuala di bahagian kepala dan seorang pembantu lagi memegang di bahagian ekor
• Mangkuk ditadahkan di bawah bertentangan dengan liang pembiakan
• Perutnya dilirit mengarah ke ekor sehingga telur habis keluar



Persenyawaan

Sebelah testis yang cukup matang dan besar boleh digunakan untuk membekalkan sperma kepada seekor induk. Testis tadi dipegang dengan sepasang penyepit manakala sepasang penyepit lagi digunakan untuk mengoyakkan testis supaya sperma jatuh kedalam mangkuk yang berisi telur.


Campuran sperma dan telur tadi kemudiannya digaul dengan menggunakan sehelai bulu ayam yang bersih dan kemudianya dibilaskan dengan air bersih sebanyak tiga kali.



Pengeraman telur

Telur yang telah tersenyawa kemudiannya ditaburkan ke dalam tangki atau palung penetasan. Air dibiarkan mengalir dari hujung (inlet) ke hujung (outlet) dan keluar ke longkang pada kadar 0.3 liter seminit. Jangkamasa telur akan menetas bergantung kepada suhu seperti yang ditunjukkan di dalam jadual 2. Biasanya, didalam keadaan sekarang (bersuhu 26°C) telur akan mengambil masa 25 jam untuk menetas.


PENGURUSAN LARVA DAN ASUHAN BENIH IKAN KELI

Dalam teknik pengurusan larva, kuantiti air di dalam tangki penetasan adalah lebih kurang 150 liter pada minggu pertama dan ditingkatkan kepada 200 liter pada minggu-minggu yang seterusnya. Suhu air dimonitorkan pada 26-30 °C sepanjang masa manakala aliran air diubahsuaikan 2-5 liter pada minggu pertama dan 4-8 liter pada minggu-minggu berikutnya. Kandungan oksigen dimonitorkan pada paras sekurang-kurangnya 3 mg/l dengan bantuan sistem pengudaraan.

Telur yang telah tersenyawa mempunyai satu tompok merah di tengah-tengahnya yang kemudiannya berkembang menjadi larva seterusnya menjadi rega dan benih. Telur yang tidak tersenyawa akan bertukar warna perlahan-lahan menjadi putih yang kemudiannya akan menghadapi serangan fungus yang berupa kapas dikenali sebagai Saprolegnia. Telur ini jika dibiarkan akan menjadi busuk dan mencemarkan air lalu menyebabkan penyakit dan kematian yang banyak. Ia mesti dibuang seberapa yang boleh sejak awal-.awal lagi.

Telur yang tersenyawa itu akan menetas selepas 25 jam (jadual 2). Ia akan menggunakan yolka telur sebagai makanannya selama 72 jam iaitu sehingga sistem penghadamannya sempurna terbentuk. Pada masa ini ia sudah bergerak dan tabiatnya ialah cuba mengelakkan diri dari terdedah kepada cahaya. Biasanya ia akan menuju ke penjuru tangki atau ke bawah sebarang objek di dalam tangki. Fenomena ini dipanggil sebagai fotofobia. Beberapa kaedah boleh digunakan untuk menggerakan larva ke tempat lain:

• meletakkan beberapa helai daun ketapang kering di dalam tangki
• menutup tangki penetasan separuh manakala di sebahagian lagi didedahkan kepada
cahaya.



Dengan ini kita akan dapat mencuci tempat di mana larva menetas bersama telur-telur yang telah mati dan membusuk itu. Adalah lebih baik untuk menggerakkan larva berhampiran dengan inlet supaya mereka mendapat air yang lebih bersih, oksigen lebih banyak serta bahan-bahan kumuh mereka dapat dialirkan keluar melalui outlet. Penyekat yang diletakkan berhampiran dengan outlet hendaklah berkoresponden dengan saiz larva dan seumpamanya dan mesti sentiasa dipasang sepanjang masa asuhan.

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN BENIH IKAN KELI

Selepas 72 jam (pada hari ke3), yolka telur pun habis dan larva tadi pun berubah menjadi rega. Pada peringkat ini ia pun mula mencari makanan lain iaitu zooplankton. Di dalam pusat penetasan terdapat 2 jenis zooplankton yang sesuai iaitu Moina macrura dan Artemia salina. Cara pengkulturan Moina telah pun diterangkan manakala Artemia adalah sejenis udang yang halus yang boleh ditetaskan telurnya di dalam makmal. Ia boleh didapati dalam bentuk sista telur dijual di kedai-kedai akuarium, diimpot dari Amerika. Diantara jenama Artemia yang masyur adalah SUPER ARTEMIA dan GREAT SALT LAKES ARTEMIA. Walaubagaimanapun, penggunaan Artemia bagi pengeluaran benih ikan air tawar tidak begitu digalakkan kerana kos pengeluaran benih akan meningkat dan boleh merugikan didalam persaingan pasaran. Pada suatu masa yang lain, bekalannya terputus mengakibatkan ianya susah didapati dan jika ada pun di dalam pasaran, harganya terlalu mahal dan tidak munasabah.

Bagi panduan di dalam nota ini, hanya penggunaan Moina sahaja yang dititikberatkan kerana kosnya yang murah. Moina di sauk dari kolam pada waktu pagi antara jam 7.00 hingga 9.00 pagi kerana pada waktu ini kandungan oksigen di dalam kolam menghampiri sifar menyebabkan moina timbul di permukaan air untuk bernafas. Moina yang telah disauk dibersihkan dari segala kotoran dan dibilas beberapa kali. Ianya kemudian bolehlah diberikan kepada rega ikan keli makan. Rega ikan keli bolehlah diberi makan seberapa banyak yang boleh supaya kadar tumbesarannya dipercepatkan.

Moina boleh diberikan kepada rega ikan keli hinggalah mereka mencapai saiz benih (2.5-3.0 cm) pada umur 25 hari. Selepas umur ini, benih ikan keli boleh diberi makan makanan rumusan sehingga mencapai saiz 6.0-8.0 sm (45-60 hari). Pada peringkat ini pertukaran air hendaklah dipertingkatkan sehingga 4-8 liter/minit supaya mutu air di dalam tangki asuhan dikekalkan pada tahap yang optima. Jadual pengurusan makanan dan air seterusnya adalah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual 3.


peringkat dan saiz perkembangan keli


Jadual 3: Pengurusan larva dan benih ikan keli diperingkat asuhan

Nota:

Jika penternak mempunyai kolam ternakan, pada minggu ke 6, benih sudah boleh dilepaskan di dalam kolam tersebut dengan mempraktikkan prosdur perlepasan (stocking) dan pemakanan yang ditetapkan.

SANITASI DI DALAM BENGKEL PENETASAN / ASUHAN

Kekotoran di dalam tangki asuhan boleh disebabkan oleh :

• sisa makanan
• najis yang dikumuhkan
• mukus yang dirembeskan oleh benih dan tidak dicuci beberapa lama

Oleh itu, tangki asuhan mestilah dicuci sekurang-kurangnya sekali sehari. Pencucian dijalankan sebelum benih diberi makan supaya benih yang sudah kenyang setelah makan tidak diganggu. Jika tidak, beberapa kemungkinan boleh berlaku, seperti :

• perut benih boleh pecah akibat kecederaan yang kita tidak sedar
• benih akan memuntahkan makanan yang telah dimakan

Kegagalan mencuci tangki semasa benih diasuh holeh menyebabkan:

• mutu air berubah menjadi kotor
• benih memakan kotoran tersebut
• pembiakan bakteria dan parasit
• tangki asuhan bertambah kotor
• kematian benih samada secara kronik atau akut

Beberapa langkah pengawasan dan berjaga-jaga perlu diambil perhatian sewaktu menjalankan kerja-kerja di bengkel asuhan. Antaranya termasuklah :

i. Tangan pekerja hendaklah sentiasa bersih dari sebarang kotoran seperti :

• tanah
• najis
• sisa makanan seperti kuah kari dan minyak
• minyak kenderaan dan kotoran enjin atau mesin

ii. Badan dan pakaian pekerja hendaklah sentiasa bersih

iii. Elakkan dari memasuki ke dalam bengkel sebelum membersihkan diri selepas bekerja di kolam

iv. Jangan bekerja semasa keletihan kerana berbagai kelalaian boleh berlaku

v. Elakkan dari meletekkan sebarang alat di atas lantai

vi. Sekiranya alat-alat seperti net, sudu atau batu udara terjatuh ke lantai, ia hendaklah dibersihkan sebelum digunakan semula

vii. Sekiranya benih ikan jatuh ke lantai, benih tersebut hendaklah dibersihkan dan di masukkan ke dalam tangki yang berasingan

BEBERAPA AGEN PENYAKIT DAN KAEDAH RAWATAN

Berikut adalah contoh-contoh agen penyakit yang biasa terdapat di peringkat asuhan :

i. Parasit

Costia
Chilodonella
Tricodina
Dactylogyrus
Gyrodactylus.




ii) fungus: -Saprolegnia



iii) bakteria: -Ich

v) virus




DIANTARA TANDA BENIH IKAN KELI DISERANG PENYAKIT

KAEDAH RAWATAN

Kaedah rawatan hanya dibincangkan dengan ringkas di dalam nota ini kerana prosedur yang lebih lengkap dibincangkan di dalam nota berasingan. Diantara rawatan yang mudah murah dan selalu dipraktikkan di dalam rumah penetasan dan asuhan adalah :

• rendaman air gararn
• rendaman antibiotik
• rendaman fomalin
• methelin biru
• malachite hijau

Pencucian lantai bangunan adalah cara pencegahan yang terbaik untuk dipraktikkan bagi mcngelakkan permulaan wabak penyakit di dalam bangunan. Tangki atau palung asuhan juga hendahlah di salin beberapa lama sekali supaya ianya dapat dicuci dan dijemur panas matahari untuk memutuskan kitar hidup agen penyakit. Sebaiknya kasut yang dipakai di luar bangunan hendaklah ditanggalkan apabila masuk dan kasut yang khas hendaklah disediakan berasingan di dalam bangunan tersebut supaya agen penyakit tidak dibawa masuk bersama.
READ MORE - Teknik pembenihan keli

teknik ternak keli dalam sawah..


KOLAM IKAN KELI DARI BEKAS SAWAH
@ tiblakedah.blogspot.com
Kami ingin mencuba menternak ikan keli dalam kolam yang dibena dari sawah yang terbiar. Kawasan sawah tidak ekonomik untuk ditanam padi kerana keluasannya yang terhad.
Kami membela ikan keli hanya sekadar suka-suka dan untuk makanan tambahan buat keluarga. Kolam talapia sudah pun berhasil, yang mana kami bena di sebelah rumah dengan menggunakan plastik. Kami cuma bermodalkan RM 46.00 dengan membeli plastik tebal sebagai alas kolam dan benih ikan talapia sebanyak 80 ekor. Ini cuma peringkat percubaan. Sekiranya nampak ok kami akan tambah.

Ikan talapia sudah pun sebesar 2 jari, untuk pengetahuan sahabat ikan talapia membesar dalam tempoh 6 bulan, ikan keli cuma 3 bulan sahaja. Bulan September ikan talapia bolehlah dimakan.

Lihat pada rajah di atas:
  1. Kolam dikorek berbentuk bulat, ukuran garispusat 7 kaki
  2. Dalam kolam 2 kaki
  3. Bahagian atas dipasang jaring mengelilingi kolam untuk mengelakan ikan daripada melompat dan banjir kilat.
  4. Di bahagian bawah kolam dibuat saluran untuk air keluar dan masuk dari bekas sawah.
  5. Ikan yang dibela perengkat pecubaan 300 ekor dengan saiz ikan 3 ".

Walau bagimanapun minat adalah kunci dengan apa yang kita usahakan, kejayaannya adalah anugerah Allah, pastinya bila hasil yang kita usahakan berjaya, kita akan merasa seronok dapat melihat:

  • Pokok yang kita tanam menghasilkan buah
  • Binatang peliharaan (kambing) makin bertambah
  • Tumbuhan yang kita tanam menghijau
  • Ikan yang kita pelihara boleh ditangkap
  • Ayam membiak dan bertelur bila hasilnya kita pungut
  • Ilmu yang kita pelajari dapat dimanafaatkan
READ MORE - teknik ternak keli dalam sawah..

Friday, September 11, 2009

rencana dan berita


READ MORE - rencana dan berita

Makanan Rumusan Dan Sistem penternakan


-CHAPTER 1

CHAPTER 2

CHAPTER 3
READ MORE - Makanan Rumusan Dan Sistem penternakan

Protien Calculator Download


Protien Calculator Download

Salam,

1. Memandangkan ramai yang menghantar email untuk mendapatkan protin calculator exel program saudara saudari sekelian boleh download program tersebut dilink di bawah.

Feed-Formulation

2.Bagi yang berminat untuk membuat kajian pemakanan ikan berasas kan TGR (thermal growth rate) dan data data yang lengkap berkenaan FCR,FE dan kadar pembuangan effluent dalam pemakanan ikan boleh download program berkenaan di dalam bentuk exel dilink di bawah.

Fish-Prfeq

3.Bagi makanan rega terutama yang mengunakan rotifer,pembiakan rotifer ini bergantung kepada makanan yang di beri,jika parameter air itu baik,kadar pembiakan boleh di kira dengan mengunakan calculator berikut

RotiferYeast Calculator

Harap ini dapat membantu anda sekelian.
READ MORE - Protien Calculator Download

Cara Pemprosesan Usus Ayam


Cara Pemprosesan Usus Ayam

Usus atau perut ayam telah lama di gunakan sebagai makanan ikan terutama ikan keli dan patin kerana mempunyai nilai nutrien yang tersendiri.Untuk mengelak kan penyakit dan mendapat penghadaman yang terbaik,perut ayam ni perlu di proses dahulu.Walau bagaimana pun jika sedikit senang untuk di cuci,tetapi jika banyak ia merumitkan dan memakan masa yang banyak untuk mencuci najis dan sebagainya.

Apa yang perlu anda buat gunakan mincer – pengisar daging.Ubah suai sedikit pada die plate mincer yang ada dan pada saiz yang tidak di pakai ia itu di depan mincer ini atau tempah yang baru saperti berikut.

.

1.Mesin usus ayam ini dengan mengunakan 4 mata pisau ,untuk memotong/mengisar usus usus ini.

2.Untuk mencuci ,susun peralatan saperti di bawah, cuci dengan air mengalir di dalam bekas yang di sediakan.

* Untuk menjimat kan air ,boleh lah usus usus ini di redam/cuci dahulu selepas di mesin dalam bekas lain sebelum di cuci saperti di tunjukan dalam gambar rajah di bawah.

.

Cuci hingga bersih.

3.Rebus usus ayam ( stim adalah lebih baik) ini di dalam bekas bekas yang sesuai ,-rebus hingga kering air ,sukatan air hendak lah seimbang atau tambah jika perlu ,di mana masa air untuk kering ,adalah antara 50 hingga 70 min.

4.Sejukan dahulu sebelum di kisar semula di dalam mincer mengunakan die plate bersaiz 4 atau 5 mm .

5.Jika minyak dan air hendak di buang boleh lah di buat jika tidak boleh lah terus dijemur sehingga kering.

6.Jika mempunyai disc mill boleh lah usus usus kering ini di kisar halus dan di simpan sebelum di adun dalam makanan rumusan.


Cara Pengunaan Secchi Disk

Secchi disk adalah sejenis peralatan untuk mengukur kekeruhan air atau kepekatan fitoplankton di dalam kolam.Semakin kurang bacaan yang di baca semakin keroh air yang di sukat itu,atau semakin pekat (banyak) lah fitoplankton itu.Begitulah sebalik nya bila mana air semakin jernih bacaan nya semakin tinggi.

Secchi disk ini penting sebagai pengukur fitoplankton samada kearah ‘bloom’ yang boleh menyebab kan crash atau semakin kurang.Kadar bacaan nya pada kebiasaan kolam tanah ialah pada kadar antara 60 hingga 70 cm untuk kolam tanah dan antara 25 hingga 30 cm untuk kolam simen.

Secchi disk adalah sebuah disk yang berukuran 20- 30 cm yang di cat dengan warna hitam dan putih sebagaimana gambar rajah di bawah.

Pengunaan nya ialah dengan menengelam kan disk ini pada sudut 90 darjah pandangan mata,sehingga disk ini tidak lagi kelihatan, kemudian disk ini di angkat perlahan lahan sehingga petak putih hitam ini kelihatan.Bacaan di ambil pada pandangan petak hitam ini kelihatan.

READ MORE - Cara Pemprosesan Usus Ayam

Thursday, September 10, 2009

penyakit ikan keli


Secara umum terdapat dua jenis penyakit yang menyerang ikan keli iaitu dikenali dengan istilah endotern dan eksotern. Penyakit yang menyerang bahagian dalaman tubuh seperti jantung,hati atau usus dikenali dengan istilah endotern. Manakala,penyakit yang menyerang bahagian luar tubuh ikan keli seperti sirip,dikenali sebagai eksotern.

Untuk mengelakkan ikan keli daripada mengalami penyakit yang tersebut diatas,beberapa langkah pencegahan berikut perlu diambil perhatian :

1. Sebelum pemeliharaan,kolam (tanah) perlu dikeringkan dan dikapurkan untuk membunuh kuman pembawa penyakit.

2. Kawasan kolam mesti dijaga,misalnya kualiti air yang baik.

3. Makanan tambahan yang diberikan haruslah sesuai dengan dos yang telah ditetapkan dimana jika berlebihan akan mengganggu kualiti air.

4. Proses pengumpulan dan pengambilan mesti dilakukan dengan baik dan berhati-hati agar ikan tidak mengalamai kecederaan.

5. Binatang-binatang pembawa penyakit seperti burung atau siput haruslah dihalang daripada memasuki kolam penternakan.

6. Asingkan ikan yang berpenyakit daripada kolam agar tidak berlaku jangkitan keatas ikan lain

7. Tidak memasukkan tangan kedalam air takungan ikan (bagi mengelakkan pemindahan kuman dan bahan kimia dimasukkan dalam air) terutama bagi kaedah penternakan dalam PVC/Kanvas/Tangki

Gejala serangan penyakit dan langkah pencegahan:



Gejala Penyakit


Jenis penyakit


Langkah Pencegahan

1


Pendarahan pada kulit,hati,ginjal dan limpa. Terdapat kudis pada kulit



Bakteria - Psedomonas


Menjaga kualiti air. Jika terjadi,ikan keli direndam dalam larutan oxytetracyclin dengan dos 25-30 mg/kg ikan sehari. Ia dilakukan selama 7-10 hari secara berterusan

2


Warna ikan berubah menjadi gelap,kulit kasar dan terdapat pendarahan.Penafasan ikan terganggu,pergerakan lemah dan pendarahan pada hati,ginjal dan limpa


Bakteria – Aeromanas hydrophiladan


Menjaga kualiti air. Berikan suntikandengan terramycine 25-30 mg/kg ikan, 3 kali sehari. Makanan ikan juga dicampurkan dengan bahan yang sama sebanyak 50 mg/kh ikan sehari selama 7-10 hari. Selain itu, 100 mg/kg ikan sulphanamide digunakan sehari selama 3-4 hari

3


Hilang selera makan. Jangkitan pada kulit kepala,kulit bahagian belakang badan,insang,sirip dan bahagian lain.


Bakteria – Aeromanas punctata


Menjaga kualiti air. Ikan perlu direndam dengan copper sulfat sebanyak 1-200 ppm selama 1-20 minit.Perendaman dengan oxytetracyclin 10 mg/kg berat ikan dilakukan selama 30 minit

4


Pergerakan ikan sangat lemahdan selalu berada dipermukaan air. Terdapat bintik-bintik putih pada kulit,sirip dan insang.Ikan kelikelihatan seing menggosokkan tubuhnya ke dasar kolam atau benda-benda keras


Parasit – Bintik Putih


Ikan keli diletakkan pada air yang mengalir. Jumlah ikan yang ditebarkan perlu dikurangkan. Ia direndam di dalam larutan formalin sebanyak 25 ml/m³ air dan ditambah dengan 0.1 gram/ m³ Oxalate selama 12-24 jam.

5


Ikan keli semakin kurus. Terdapat parasit terlekat pada kulit,sirip dan insang dan bekasnya kelihatan kemerah-merahan


Parasit – Kutu ikan(argulus)


Pencegahan dilakukan dengan menyaring air yang dimasukkan ke dalam kolam. Ikan yang dijangkiti perlu direndam dengan larutan garam/NaCI 20 gram/liter (2%) selama 5 minit

6


Tubuh ikan berubah menjadi gelap. Kadang-kadang matanya bengkak. Terdapat pendarahan pada pangkal sirip bahagian dada. Terdapat juga benjolan pada badan ikan


Parasit – Edward Siella


Menjaga kualiti air. Pencegahan boleh dilakukan pada peringkat awal iaitu dengan menggunakan sulphanamide sebanyak 100-200 mg/kg/hari diberikan sehingga hari keempat secara berterusan. Ikan keli yang dijangkiti perlu dibunuh segera dengan cara dibakar atau ditanam

7


Bintik-bintik putih merah-kemerahan kelihatan pada insang


Parasit – Myxoperansisi (myxobolus sp.)


Kolam dikeringkan dan kapur diletakkan dengan dos 200 gram/ m³ lalu dibiarkan selama 1-2 minggu. Air yang masuk harus disaring melalui penyaring pasir dan kerikil.

8


Ikan keli kelihatan besar tetapi sebenarnya kurus. Kulitnya gelap.Sirip kelihatan luruh daripada ekornya.Ikan keli akan selalu menggosokkan tubuhnya ke dasar kolam atau benda-benda keras.Penutup insangnya juga tidak normal.


Parasit – Cacing kecil pada kulit,sirip dan insang


Pelepasan ikan dikurangkan.Larutan formalin digunakan untuk perendaman sebanyak 250 ml/ m³ air selama 15 minit. Methylene Blue turut digunakan 3 gram/ m³untuk perendaman dalam tempoh 24 jam.

9


Terdapat garisan-garisan seperti benag bewarna putih keperangan pada badan ikan keli. Selalu menyerang pada bahagian kepala,penutup insang,sirip dan bahagian lain.


Parasit- Saprolegiasis


Menjaga kebersihan kolam dan kualiti air. Menjaga ikan keli daripada terluka akibat proses yang dijalankan.Jika dijangkiti ia boleh direndamka didalam Malachite Green Oxalate (MGO) sebanyak 3 gram/ m³ air elama 30 minit

Rujukan : penternakan ikan keli secara intensif,terbitan synergy media books
READ MORE - penyakit ikan keli
 

ikan keli kelantan info menarik,catfish,cara jadi jutawan keli,kg gelong gajah pasir mas cara ternak ikan kelipelihara ikan keli catfish pelihara itik Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008