- Kod Amalan Akuakultur
- Mentaliti Penternak Melayu
- Nikmat Ceburi Pertanian
- Memanfaatkan Baja Kompos
- Afandi Ingin Jadi Penguasa Keli Terbesar
- Zaman Gelap Pemburu
- Smoke Keli Omega 3
- Pengunaan EM Dalam Penternakan Udang
- Ternakan Ikan Tingkat Ekonomi Peserta
- Keunikan Tasik Miromiktik
- Situasi Genting Haiwan Liar
- Usahawan Ternakan Kolam
- Organic Fishfarm Get Green Light In UK
- Organic Fish/Ikan Organik
- Cendawan Komersial
- Ovaprim Hormone
- Ovatide Hormone
- Kebaikan Ikan Keli Dengan Omega 3
- 130 Tahun Masih Ganas
- Misteri Akar Pokok
- Baja Oganik BioAktif
- Pemburuan Udang Krill
- Ternak Ikan Modal Sendiri
- Pelihara Permata Air Hitam
- Udang Lobster Tertua Bakal Di Lepaskan Ke Laut
- Segala nya Segar
- Kenapa Chimpazi Makan Tanah?
- Ikan Pasifik Pakai Cermin Mata
- Ikan Purba Lahir Bersalin
- Berkat Air Mata Air
- Ikan Keli Salai Cara Indon (video)
Friday, September 11, 2009
rencana dan berita
Makanan Rumusan Dan Sistem penternakan
-CHAPTER 1
CHAPTER 2
Protien Calculator Download
Protien Calculator Download
Salam,
1. Memandangkan ramai yang menghantar email untuk mendapatkan protin calculator exel program saudara saudari sekelian boleh download program tersebut dilink di bawah.
2.Bagi yang berminat untuk membuat kajian pemakanan ikan berasas
3.Bagi makanan rega terutama yang mengunakan rotifer,pembiakan rotifer ini bergantung kepada makanan yang di beri,jika parameter air itu baik,kadar pembiakan boleh di kira dengan mengunakan calculator berikut
Harap ini dapat membantu anda sekelian.
Cara Pemprosesan Usus Ayam
Usus atau perut ayam telah lama di gunakan sebagai makanan ikan terutama ikan keli dan patin kerana mempunyai nilai nutrien yang tersendiri.Untuk mengelak kan penyakit dan mendapat penghadaman yang terbaik,perut ayam ni perlu di proses dahulu.Walau bagaimana pun jika sedikit senang untuk di cuci,tetapi jika banyak ia merumitkan dan memakan masa yang banyak untuk mencuci najis dan sebagainya.
Apa yang perlu anda buat gunakan mincer – pengisar daging.Ubah suai sedikit pada die plate mincer yang ada dan pada saiz yang tidak di pakai ia itu di depan mincer ini atau tempah yang baru saperti berikut.
.
1.Mesin usus ayam ini dengan mengunakan 4 mata pisau ,untuk memotong/mengisar usus usus ini.
2.Untuk mencuci ,susun peralatan saperti di bawah, cuci dengan air mengalir di dalam bekas yang di sediakan.
* Untuk menjimat kan air ,boleh lah usus usus ini di redam/cuci dahulu selepas di mesin dalam bekas lain sebelum di cuci saperti di tunjukan dalam gambar rajah di bawah.
.
Cuci hingga bersih.
3.Rebus usus ayam ( stim adalah lebih baik) ini di dalam bekas bekas yang sesuai ,-rebus hingga kering air ,sukatan air hendak lah seimbang atau tambah jika perlu ,di mana masa air untuk kering ,adalah antara 50 hingga 70 min.
4.Sejukan dahulu sebelum di kisar semula di dalam mincer mengunakan die plate bersaiz 4 atau 5 mm .
5.Jika minyak dan air hendak di buang boleh lah di buat jika tidak boleh lah terus dijemur sehingga kering.
6.Jika mempunyai disc mill boleh lah usus usus kering ini di kisar halus dan di simpan sebelum di adun dalam makanan rumusan.
Cara Pengunaan Secchi Disk
Secchi disk ini penting sebagai pengukur fitoplankton samada kearah ‘bloom’ yang boleh menyebab kan crash atau semakin kurang.Kadar bacaan nya pada kebiasaan kolam tanah ialah pada kadar antara 60 hingga 70 cm untuk kolam tanah dan antara 25 hingga 30 cm untuk kolam simen.
Secchi disk adalah sebuah disk yang berukuran 20- 30 cm yang di cat dengan warna hitam dan putih sebagaimana gambar rajah di bawah.
Pengunaan nya ialah dengan menengelam kan disk ini pada sudut 90 darjah pandangan mata,sehingga disk ini tidak lagi kelihatan, kemudian disk ini di angkat perlahan lahan sehingga petak putih hitam ini kelihatan.Bacaan di ambil pada pandangan petak hitam ini kelihatan.
Thursday, September 10, 2009
penyakit ikan keli
Untuk mengelakkan ikan keli daripada mengalami penyakit yang tersebut diatas,beberapa langkah pencegahan berikut perlu diambil perhatian :
1. Sebelum pemeliharaan,kolam (tanah) perlu dikeringkan dan dikapurkan untuk membunuh kuman pembawa penyakit.
2. Kawasan kolam mesti dijaga,misalnya kualiti air yang baik.
3. Makanan tambahan yang diberikan haruslah sesuai dengan dos yang telah ditetapkan dimana jika berlebihan akan mengganggu kualiti air.
4. Proses pengumpulan dan pengambilan mesti dilakukan dengan baik dan berhati-hati agar ikan tidak mengalamai kecederaan.
5. Binatang-binatang pembawa penyakit seperti burung atau siput haruslah dihalang daripada memasuki kolam penternakan.
6. Asingkan ikan yang berpenyakit daripada kolam agar tidak berlaku jangkitan keatas ikan lain
7. Tidak memasukkan tangan kedalam air takungan ikan (bagi mengelakkan pemindahan kuman dan bahan kimia dimasukkan dalam air) terutama bagi kaedah penternakan dalam PVC/Kanvas/Tangki
Gejala serangan penyakit dan langkah pencegahan:
Gejala Penyakit
Jenis penyakit
Langkah Pencegahan
1
Pendarahan pada kulit,hati,ginjal dan limpa. Terdapat kudis pada kulit
Bakteria - Psedomonas
Menjaga kualiti air. Jika terjadi,ikan keli direndam dalam larutan oxytetracyclin dengan dos 25-30 mg/kg ikan sehari. Ia dilakukan selama 7-10 hari secara berterusan
2
Warna ikan berubah menjadi gelap,kulit kasar dan terdapat pendarahan.Penafasan ikan terganggu,pergerakan lemah dan pendarahan pada hati,ginjal dan limpa
Bakteria – Aeromanas hydrophiladan
Menjaga kualiti air. Berikan suntikandengan terramycine 25-30 mg/kg ikan, 3 kali sehari. Makanan ikan juga dicampurkan dengan bahan yang sama sebanyak 50 mg/kh ikan sehari selama 7-10 hari. Selain itu, 100 mg/kg ikan sulphanamide digunakan sehari selama 3-4 hari
3
Hilang selera makan. Jangkitan pada kulit kepala,kulit bahagian belakang badan,insang,sirip dan bahagian lain.
Bakteria – Aeromanas punctata
Menjaga kualiti air. Ikan perlu direndam dengan copper sulfat sebanyak 1-200 ppm selama 1-20 minit.Perendaman dengan oxytetracyclin 10 mg/kg berat ikan dilakukan selama 30 minit
4
Pergerakan ikan sangat lemahdan selalu berada dipermukaan air. Terdapat bintik-bintik putih pada kulit,sirip dan insang.Ikan kelikelihatan seing menggosokkan tubuhnya ke dasar kolam atau benda-benda keras
Parasit – Bintik Putih
Ikan keli diletakkan pada air yang mengalir. Jumlah ikan yang ditebarkan perlu dikurangkan. Ia direndam di dalam larutan formalin sebanyak 25 ml/m³ air dan ditambah dengan 0.1 gram/ m³ Oxalate selama 12-24 jam.
5
Ikan keli semakin kurus. Terdapat parasit terlekat pada kulit,sirip dan insang dan bekasnya kelihatan kemerah-merahan
Parasit – Kutu ikan(argulus)
Pencegahan dilakukan dengan menyaring air yang dimasukkan ke dalam kolam. Ikan yang dijangkiti perlu direndam dengan larutan garam/NaCI 20 gram/liter (2%) selama 5 minit
6
Tubuh ikan berubah menjadi gelap. Kadang-kadang matanya bengkak. Terdapat pendarahan pada pangkal sirip bahagian dada. Terdapat juga benjolan pada badan ikan
Parasit – Edward Siella
Menjaga kualiti air. Pencegahan boleh dilakukan pada peringkat awal iaitu dengan menggunakan sulphanamide sebanyak 100-200 mg/kg/hari diberikan sehingga hari keempat secara berterusan. Ikan keli yang dijangkiti perlu dibunuh segera dengan cara dibakar atau ditanam
7
Bintik-bintik putih merah-kemerahan kelihatan pada insang
Parasit – Myxoperansisi (myxobolus sp.)
Kolam dikeringkan dan kapur diletakkan dengan dos 200 gram/ m³ lalu dibiarkan selama 1-2 minggu. Air yang masuk harus disaring melalui penyaring pasir dan kerikil.
8
Ikan keli kelihatan besar tetapi sebenarnya kurus. Kulitnya gelap.Sirip kelihatan luruh daripada ekornya.Ikan keli akan selalu menggosokkan tubuhnya ke dasar kolam atau benda-benda keras.Penutup insangnya juga tidak normal.
Parasit – Cacing kecil pada kulit,sirip dan insang
Pelepasan ikan dikurangkan.Larutan formalin digunakan untuk perendaman sebanyak 250 ml/ m³ air selama 15 minit. Methylene Blue turut digunakan 3 gram/ m³untuk perendaman dalam tempoh 24 jam.
9
Terdapat garisan-garisan seperti benag bewarna putih keperangan pada badan ikan keli. Selalu menyerang pada bahagian kepala,penutup insang,sirip dan bahagian lain.
Parasit- Saprolegiasis
Menjaga kebersihan kolam dan kualiti air. Menjaga ikan keli daripada terluka akibat proses yang dijalankan.Jika dijangkiti ia boleh direndamka didalam Malachite Green Oxalate (MGO) sebanyak 3 gram/ m³ air elama 30 minit
Rujukan : penternakan ikan keli secara intensif,terbitan synergy media books
cendawan
Cara memilih benih yang baik
Cara memilih benih yang baik:
1 Benih yang baik biasanya berwarna putih seperti kapas, gebu dan agak kering@peroi. Sebelum
guna sila lihat dalam corong di tengah benih dan jika ada dot warna selain warna putih so jangan
guna. Ia sudah tercemar!!!
2 Ramas 3 hari sebelum guna sebab kulat hijau susah nak nampak melainkan diramas dulu. Ia
akan muncul selepas 2-3 hari dibiarkan. Jika nampak kulat hijau maka buang terus atau bakar
benih tu.
3 Simpan benih di dalam suhu bilik. Benih boleh tahan selama 10 hari dari masa pembelian benih.Usia sebenar benih adalah 1 bulan tetapi kita tidak tahu bila ia dihasilkan. Jadi 10 hari adalah masa selamat kita untuk guna.
4 Benih yang agak tua masih boleh diguna. Tanda-tanda tua adalah keluar minyak yang sedikit dan benih menggerutu. Jika minyak yang keluar terlalu banyak dan menggerutu pon banyak sangat, maka benih sudah terlalu tua dan sudah tak kuat. Jadi jangan guna.
Teknik Penyediaan Media Cendawan
Selalunya bahan-bahan utama dalam penyediaan cendawan dipanggil media dan tip
hari ini ialah tentang teknik penyediaannya. Contoh yang digunakan ialah bagi penanaman Cendawan Tiram Kelabu.
Bahan Yang Diperlukan
· Habuk Kayu Getah (Jangan gunakan habuk kayu getah yang dirawat)
· Dedak Padi / Gandum
· Kapur Pertanian (Kalsium Karbonat
Kadar Campuran Yang Diperlukan
· Habuk Kayu Getah : 100
· Dedak Padi / Gandum : 10
· Kapur Pertanian : 1
· Nota
· Jangan gunakan habuk kayu getah yang baru dipotong, cari yang warnanya dah kelabu.
· Pastikan juga, jangan gunakan habuk kayu yang dirawat kerana dikhuatiri terdapat kandungan bahan kimia didalamnya.
· Kelembapan campuran ialah antara 60-65%.
· Plastik beg PP bersaiz 0.6'.
· Kukus selama 7 jam.
· Tempoh sejukkan media adalah selama 2 hari 1 malam. Jangan ada suam pun di media tersebut.
· Selepas disuntik, peram ia selama 2 bulan.
· Setelah masilium memenuhi beg, hasil akan keluar selepas hari ketiga atau keempat ia dibuka.
· Sebaiknya hasil cendawan mesti dalam bentuk bulat dan tidak bergerigis.
Langkah Penanaman Cendawan
Cendawan bukan sekadar tumbuhan yang mempunyai kandungan protein, karbohidrat dan serat yang tinggi berbanding sayuran lain, tetapi juga mampu memberi pulangan lumayan jika diusahakan secara komersial. Ada pelbagai jenis cendawan diusahakan oleh penanam cendawan iaitu Cendawan Tiram Kelabu, Tiram Putih, Telinga Kera, Abalone, Ling Zhi, Bunga Kobis, Jarum Emas dan Cendawan Butang yang sentiasa mempunyai pasaran dan penggemar negara ini. Ketika ini, ramai yang beranggapan proses menanam cendawan amat rumit, tetapi sebenarnya ia mudah serta senang dijaga dan dalam masa tiga bulan hasilnya sudah boleh dikutip. Bahan asas yang digunakan untuk menanam cendawan ialah habuk kayu, dedak padi, kapur pertanian serta benih cendawan.
Pada peringkat permulaan semua bahan ini digaul dengan air sehingga basah untuk menghasilkan medium cendawan. Medium cendawan yang siap diproses tadi dimasukkan di dalam beg plastik dan ditutup dengan menggunakan penutup plastik dan dihentakkan sehingga padat. Sebelum menutupnya, pastikan span dimasukkan ke dalam penutup untuk menghasilkan blok cendawan dan kemudian disusun di dalam tong dram yang berisi air untuk menjalani proses kukus. Proses ini bertujuan untuk membunuh semua organisma dan kuman yang ada dalam campuran medium cendawan yang disediakan dan selepas dikukus blok cendawan`direhatkan' selama dua hari sebelum menjalankan kerja penyuntikan benih. Selepas itu, penutup cendawan dibuka menggunakan pencungkil besi yang dipanaskan dan benih akan diisi dengan seseorang itu juga perlu mencatatkan tarikh dan jenis benih cendawan. Blok cendawan yang sudah diisi
benih akan disusun di atas rak yang disediakan di rumah cendawan dan rumah itu mestilah berbumbungkan atap nipah atau rumbia serta di bahagian dindingnya pula dipasang jaring hitam. Blok cendawan itu akan diperam kira-kira tiga bulan dan dalam tempoh itu, seseorang pengusaha perlu menyiram air tiga kali sehari pada lantai serta pada badan blok cendawan.
Cendawan memerlukan cahaya yang lemah dan sekata, pertumbuhannya akan terbantut jika terkena sinaran matahari berlebihan dan bagi cendawan yang terkena penyakit perlu diasingkan supaya tidak merebak ke blokcendawan lain. Selepas kira-kira tiga bulan spora akan terbentuk di dalam blok cendawan dan mengembang memenuhi blok itu. Penutup blok akan dibuka dan cendawan akan mulai tumbuh kira-kira lima hari selepas penutup dibuka.
Setiap cendawan perlu dikutip sebelum bahagian tepinya kelihatan berombak dan selepas dikutip blok cendawan perlu ditutup semula dan direhatkan selama 10 hari sebelum dibuka kembali untuk memudahkan proses pembentukan semula spora di dalam blok itu.
Sejambak cendawan boleh mencecah 80 gram dan satu blok cendawan boleh dituai hasilnya sehingga enam kali dalam tempoh empat bulan. Selepas itu, hasilnya akan berkurangan dan perlu membuat blok baru. Blok cendawan yang tidak dapat mengeluarkan hasil lagi boleh dihancurkan untuk dijadikan baja kompos dan makanan kambing dengan mencampurkan beberapa jenis bahan lain. Cendawan yang dituai boleh disimpan
kira-kira tiga hari dalam peti sejuk.
Khasiat Cendawan Tiram Kelabu
Setiap 100g Cendawan Tiram Kelabu Segar mengandungi:
-Tiada bahan kimia
-Tiada buangan haiwan
-100% organik
-Taman tertutup
-Amalan kebersihan dalam penanaman
-Khasiat tinggi
-Pemakanan sihat
-Sesuai untuk diet sayur
-Disukai kanak-kanak
Biasanya cendawan segar dibungkus dan dijual dalam packet 100g. Anda boleh gunakan ciri-ciri ini apabila memasarkan hasil keluaran cendawan anda kepada bakal pembeli atau prospek dan
tekankan kelebihan dan faedahnya, dengan teknik yang betul, pasti boleh close jualan.
Kaedah Pemasaran Cendawan
Pemasaran Cendawan
Pemasaran adalah faktor yang paling mustahak diambil kira dalam perusahaan cendawan. Jika anda tidak boleh menjual cendawan anda pada harga yang boleh memberikan margin keuntungan yang munasabah, lebih baik anda lupakan sahaja projek ini. Luangkan sedikit masa, malahan sedikit modal untuk menambah pengetahuan anda tentang kaedah pemasaran yang paling sesuai untuk memasarkannya. Kajian pasaran dan penilaian awal terhadap potensi cendawan dianggap cabaran yang paling utama dalam peringkat awal memulakan satu bisnes
cendawan.
Bisnes Cendawan
Kunci utama kepada bisnes cendawan yang berjaya ialah dengan mendapatkan pembeli yang tetap / terjamin dan pengusaha berupaya menghasilkan pengeluaran cendawan yang tetap. Penanam cendawan yang baru mungkin perlu menghadapi cabaran memperolehi tunjuk ajar dan pengetahuan dalam selok-belok bidang ini dalam masa dua hingga tiga tahun. Anggaran memulakan perusahaan cendawan secara komersil memerlukan kos antara RM50,000 hingga RM250,000, bergantung kepada samada penanam bermula dengan bangunan yang
lengkap atau tidak. Dengan sebab itu, adalah lebih baik bermula secara kecil-kecilan dahulu.
Antara tip yang boleh diikuti ialah seperti berikut:
-Jadikan pasaran pendorong kepada pengeluaran anda. Bercakap / berjumpa & berunding dengan pembeli yang berpotensi berkaitan jumlah keluaran dan harga cendawan anda.
-Terokai pelbagai pilihan pemasaran: broker, pengedar, pasar tani, restoran, kedai runcit, katering, koperasi dsbnya.
-Pertimbangkan juga bagi menjual semula cendawan keluaran pengusaha lain bagi menawarkan lebih varieti dan meningkatkan jumlah jualan.
-Berunding dengan pengusaha lain dan juga mungkin konsultan tentang sistem pengeluaran untuk penambah baikan.
-Pertimbangkan untuk membeli peralatan second-hand bagi mengurangkan kos pelaburan modal awal.
-Seimbangkan dengan sebaik mungkin antara penggunaan modal yang rendah dengan pinjaman yang tinggi terutama di peringkat permulaan. Pada peringkat ini risiko perlu diambil kira.
FAQ - Soalan-Soalan Lazim
Soalan
Berapa kos minimum yang diperlukan untuk memulakan bisnes cendawan?
Jawapan
Untuk first Starter. Paling sedap kalau ada RM15K.
Buat bangsal (20’ X 25’) dengan 5,000 beg muatan.= RM5,000
Beli beg cendawan matang 5,000 beg (RM1.10) = RM5,500
Modal pusingan dan lain2 perbelanjaan.= RM4,500
Jumlah Kos Keseluruhan.= RM15,000
Jumlah pendapatan 3 bulan (5Kx0.05kgx6xRM7) = RM10,500
Dalam hal ini, pengusaha dah lepas bayar balik modal bangsal dan modal beli beg cendawan. Jika
dia beli lagi 5,000 beg, maka dia akan dapat untung RM4,000. Iaitu pendapatan RM10,500 -
RM5,500 (Kos beli beg).
Pendapatan RM10,500 di perolehi jika dia menjual setinggi RM7 setiap kilogram. Jika dia dapat jual
RM10 atau RM12 ke atas seperti di pasar malam atau pasar siang, maka jualan akan lebih tinggi.
RM7 adalah harga minimum untuk borong. Jika kita survey di pasar malam, kita akan dapati harga di pasar malam ada yang mencecah RM13 hingga RM15 setiap kilo.
Cuba bayangkan jika pengusaha dapat jual dengan harga tersebut. Lagi satu, modal pusingan tu
hanya untuk pelan kecemasan sahaja sebab kalau takde sebanyak RM4,500 pun takpe..sebab
gunanya tu untuk bayar bil air api dan beli plastic bungkus cendawan je. Dan satu lagi yang
penting, jangan gajikan orang sebab, kalau setakat 5,000 beg...mak ayah kita boleh jagakan...tak
susah sangat pun. Untuk kecil-kecilan.
Saya cadangkan pengusaha boleh mula dengan 1,000 beg dahulu. Tak perlu buat bangsal. Just beli canopy sahaja dengan syarat, canopy tersebut diletakkan di bawah rimbunan pohon atau pokok yang merendang supaya canopy tersebut sejuk.
Beli 1 canopy (10’ X 10’) = RM300 – RM400
Beli 1,000 beg cendawan = RM1,100
Cash flow = RM1,000
Pendapatan 3 bulan (1Kx0.05kgx6xRM7) = RM2,100
Cara kiraan hasil = (Jumlah beg cendawan X keluaran setiap kali harvest X Berapa kali pengeluaran X Harga Jualan).
Soalan
Bagaimana untuk jual cendawan?
Jawapan
Nak jual cendawan sama seperti menjual sayur-sayuran. Anda boleh menjual sendiri terus ke enduser atau menjual kepada middle-man seperti Pasar Borong, Pekedai, Pasar Raya dan juga peraih. Harga jualan berbeza mengikut tempat dan keadaan. Harga semasa di pasar malam RM13 hingga RM15 sekilo. Harga di Pasar Raya RM9-RM10 sekilo. Harga di pasar borong agak rendah sekitar RM5 hingga RM7 sekilo. Jadi saya nasihatkan agar penanam cendawan menjual terus kepada end user kerana harga lebih tinggi dan untung lebih banyak.
Dalam industri ini, belum ada pengusaha Melayu yang buat contract Farming memandangkan jarak dan volume kerana ia melibatkan kos pengangkutan. Nasihat saya, tidak kira kita menanam apa atau menternak apa, yang penting kita mesti tahu di mana hendak jual hasil kita. Jika kita gagal berbuat demikian, maka gagallah usaha kita selama ini. Marketing is very important to each grower!!!.
Soalan
Di mana saya boleh dapatkan bekalan benih cendawan?
Jawapan
Benih cendawan boleh dibeli Vita Agrotech (Tg Sepat Morib) 03-3197 5600, MARDI
(Serdang) : 013-285 9031, Kuan (Damansara): 019-261 3107, En. Hamzah (Kulai Johor): 012-7622027.
Soalan
Dimana boleh saya dapatkan cap, penutup dan beg cendawan?
Jawapan
Boleh beli di Vita Agrotech & Kuan (Damansara).
Soalan
Saya amat berminat untuk tanam cendawan, apa nasihat anda?
Jawapan
Dapatkan dulu ilmu pengetahuan tentang cendawan melalui bahan bacaan ataupun menyertai
kursus praktikal dan baru ambil keputuan untuk tanam cendawan atau tidak. Kalau nak kursus
praktikal, sila pergi ke Puchong dan jumpa En. Zul.
Soalan
Berapa harga sebotol benih cendawan?
Jawapan
Biasanya RM3.50/ beg dan RM2/botol.
Nasihat kepada peserta kursus dan bakal pengusaha
· Biasanya nasihat saya pada para peserta, supaya lepas kursus praktikal cendawan, anda
boleh fikirkan semula susah senang nak buat beg, merebus, menyiram dan sebagainya.
Selepas itu, anda bolehlah cuba beli beg secara kecil-kecilan sebab nak mahirkan atau nak
test samada berminat ke atau tidak.
· Mereka juga kena survey market sekitar rumah mereka..test jual ada laku atau tak… Cuba
juga survey mana nak dapatkan supplier habuk, benih, gamdum, plastic dan sebagainya.
Takut di kawasan mereka takde supplier tu atau terlalu jauh. Selepas semua faktor telah di
selidiki dan diambil kira, barulah mereka boleh buat keputusan nak biz atau tak.
Modal Permulaan Tanaman Cendawan
Modal Permulaan. Soalan yang paling kerap ditanya di Cendawan Global oleh ramai bakal
pengusaha dan peminat cendawan dan hari ini saya ingin berkongsi maklumat tentang kos ataupun modal yang diperlukan.
-Untuk first Starter. Paling sedap kalau ada RM15K.
-Buat bangsal (20’ X 25’) dengan 5,000 beg muatan.= RM5,000
-Beli beg cendawan matang 5,000 beg (RM1.10) = RM5,500
-Modal pusingan dan lain2 perbelanjaan.= RM4,500
-Jumlah Kos Keseluruhan.= RM15,000
-Jumlah pendapatan 3 bulan (5Kx0.05kgx6xRM7) = RM10,500
Dalam hal ini, pengusaha dah lepas bayar balik modal bangsal dan modal beli beg cendawan. Jika
dia beli lagi 5,000 beg, maka dia akan dapat untung RM4,000. Iaitu pendapatan RM10,500 -
RM5,500 (Kos beli beg).
Pendapatan RM10,500 di perolehi jika dia menjual setinggi RM7 setiap kilogram. Jika dia dapat jual RM10 atau RM12 ke atas seperti di pasar malam atau pasar siang, maka jualan akan lebih tinggi. RM7 adalah harga minimum untuk borong. Jika kita survey di pasar malam, kita akan dapati harga di pasar malam ada yang mencecah RM13 hingga RM15 setiap kilo.
Cuba bayangkan jika pengusaha dapat jual dengan harga tersebut. Lagi satu, modal pusingan tu
hanya untuk pelan kecemasan sahaja sebab kalau takde sebanyak RM4,500 pun takpe..sebab
gunanya tu untuk bayar bil air api dan beli plastic bungkus cendawan je. Dan satu lagi yang
penting, jangan gajikan orang sebab, kalau setakat 5,000 beg...mak ayah kita boleh jagakan...tak
susah sangat pun. Untuk kecil-kecilan.
Saya cadangkan pengusaha boleh mula dengan 1,000 beg dahulu. Tak perlu buat bangsal. Just beli canopy sahaja dengan syarat, canopy tersebut diletakkan di bawah rimbunan pohon atau pokok yang merendang supaya canopy tersebut sejuk.
· Beli 1 canopy (10’ X 10’) = RM300 – RM400
· Beli 1,000 beg cendawan = RM1,100
· Cash flow = RM1,000
· Pendapatan 3 bulan (1Kx0.05kgx6xRM7) = RM2,100
PENGETAHUAN ASAS TANAMAN CENDAWAN
1. PENYEDIAAN BEG CENDAWAN
Bahan/Peralatan: Habuk Kayu Getah ,Dedak Halus ,Kapur Pertanian,Beg Plastik (tahan panas, saiz 8.5cm x 35cm)Gegelang PVC (panjang 2-3cm, garis pusat 3cm)Kapas/Surat Khabar Lama + Getah Pengikat
Cara:
1.Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1
2.Campurkan air sehingga campuran habuk kayu lembab dan apabila dikepal tidak berderai. 3.Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan hentak sehingga padat. 4.Pasangkan gegelang PVC dan tutup dengan penyumbat kapas atau ditutup dengan kertas surat khabar lama dan diikat dengan getah.
2. PENGUKUSAN BEG CENDAWAN
Bahan/Peralatan:Tong Drum,Set Dapur Gas
Cara:
1. Letakkan lapik (dari bata atau kayu dan dawai jaring) ke dalam tong drum setinggi 20cm.
2. Isikan air ke dalam tong drum bawah sedikit daripada pelapik tadi.
3. Susun menegak beg-beg cendawan yang telah siap ke dalam tong drum dan tutup rapat.
4. Kukus 7-8 jam.5. Sejukkan sebelum disuntik benih.
3. PENYUNTIKAN BENIH
Bahan/Peralatan: Benih Cendawan ,Pencungkil Benih
1.Penyuntikan benih ini hendaklah dilakukan di dalam keadaan bersih.
2.Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil.
3.Buka mulut beg cendawan dan masukkan benih cendawan sebanyak satu sudu besar dan tutup kembali mulut beg cendawan.
4.Susun beg cendawan secara menegak di tempat yang redup dan sejuk (terlindung dari cahaya matahari)
5.Biarkan maisiliam tumbuh hingga memenuhi keseluruh beg cendawan (30-40 hari selepas disuntik benih).
4. MEMUNGUT HASIL
1.Setelah maisilium memenuhi keseluruh beg cendawan, susunkan ke atas rak dengan cara merebahkannya.
2.Buka mulut beg cendawan dan tunggu hingga hasil pertama keluar (2-4 hari selepas dibuka).
3.Sembur air dengan percikan yang halus pada waktu pagi dan petang untuk meninggikan kelembapan dan merendahkan suhu.
4.Pungut cendawan yang telah berkembang sebelum tepi kelilingnya menjadi berombak-ombak.
5.Tutup kembali beg cendawan yang telah dipungut hasil dan tunggu hingga 7-10 hari untuk dibuka kembali.
Teknik pembenihan anak ikan keli(full edition)
Pusat pengeluaran benih ikan memainkan peranan yang sangat penting kepada industri akuakultur. Ia dapat menjamin bekalan benih ikan berterusan dan menjadikan industri tersebut sebagai suatu projek yang berdaya-maju dan mempunyai masa depan yang cerah. Dengan adanya pusat sedemikian, penternak ikan akan dapat merancang jadual penstokan serta pengeluaran yang tepat dan dapat menjanjikan bekalan yang mencukupi kepada pengguna. Semakin banyak projek akuakultur di sesuatu kawasan itu, maka semakin berpotensilah sesebuah pusat pengeluaran benih ikan itu beroperasi. Nota ini bertujuan memberikan panduan untuk membangunkan sebuah pusat penetasan dan pengeluaran benih ikan air tawar khususnya ikan keli.
2.2 PEMILIHAN TAPAK
Tapak bagi pembinaan pusat tersebut seharusnya mempunyai beberapa ciri seperti berikut:
1. bekalan air yang mudah
2. berhampiran dengan kemudahan asas:
i) jalan
ii) bekalan elektrik
iii) talian telefon
3. keselamatan:
i) penjagaan dan pengawasan 24 jam
ii) kecurian dan perbuatan khianat
iii) jauh dari punca penyakit
iv) banjir
4. bangunan yang sempurna
5. perkhidmatan sokongan yang lain
2.2.1 Bekalan air
Bekalan air mestilah datang dan sumber yang bersih iaitu jauh dan sumber pencemaran dan sebarang aktiviti pertanian yang menggunakan racun makluk perosak. Sumber air boleh datang dari sungai, perigi atau perigi tiub dan dari air paip. Walaubagaimanapun, air paip tidak begitu digalakkan kerana pusat pengeluaran memerlukan air yang banyak, kos yang tinggi dan bebas klorin. Sumber air dari sungai, perigi atau perigi tiub perlu melalui proses pengheningan (penjernihan) untuk mengasingkan kotoran dan pepejal terampai sebelum disalurkan ke dalam bengkel penetasan. Ciri-ciri kualiti air yang baik adalah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual berikut:
Sebuah tangki pemendapan yang dibuat daripada konkrit (saiz dan reka bentuk tangki pemendapan adalah seperti yang ditunjukkan di dalam rajah) boleh dibina di suatu tempat yang lebih tinggi supaya hanya air dari sumber berkenaan dapat dipamkan ke dalamnya manakala air dari tangki tersebut dapat bergerak ke dalam rumah penetasan hanya dengan tarikan graviti (rajah). Air yang dikeluarkan dari palung penetasan disalurkan terus ke sungai.
CONTOH TANGKI PEMENDAPAN AIR
2.2.2 Kemudahan asas
Kemudahan asas memainkan peranan penting untuk menjadikan sesebuah pusat pengeluaran itu berdaya maju. Jalan untuk masuk dan keluar membolehkan barang-barang keperluan (logistik) dibawa masuk manakala benih ikan yang hendak dijual dibawa keluar dengan keadaan baik atau pembeli dapat datang membeli benih ikan sendiri. Bekalan tenaga elektrik sangat mustahak untuk menggerakkan pam udara, peti sejuk dan lain-lain kemudahan untuk tenaga pekerja yang menginap di situ. Perhubungan telefon memainkan peranan penting di dalam bidang pemasaran dimana pembeli dapat membuat tempahan lebih awal sebelum tiba manakala tempahan bahan-bahan keperluan untuk proses pengeluaran benih menjadi lebih mudah.
2.2.3 Keselamatan
Pusat pengeluaran memerlukan penjagaan dan pengawasan 24 jam sehari untuk menjadikan benih-benih ikan yang dihasilkan sentiasa di dalam keadaan selamat. Antara perkara buruk yang berkemungkinan berlaku ialah :
• air melimpah keluar dari tangki asuhan akibat paip limpahan tersumbat dan air tidak ditutup semasa penjaga keluar.
• kekurangan bekalan air.
• sumber air tercemar.
• tangki asuhan bocor tanpa disedari.
• sesuatu kotoran termasuk ke dalam tangki asuhan.
• bekalan elektrik terputus dan pam udara tidak berfungsi.
• keadaan bangunan dan sekeliling menjadi kotor.
Perbuatan khianat dan kecurian hendaklah dielakkan dan diawasi selalu supaya barang-barang keperluan atau benih ikan tidak hilang. Jika perbuatan ini tidak diawasi kehilangan boleh berlaku tanpa disedari.
Berbagai punca penyakit samada disedari atau tidak hendaklah dikawal daripada menghampiri pusat pengeluaran atau membina pusat pengeluaran jauh dari punca berkenaan. Di antara punca penyakit adalah kandang haiwan, sungai yang ada hubungan dengan kilang atau ladang-ladang yang mempraktikkan penggunaan racun makhluk perosak. Pencemaran terhadap ikan dan peralatan boleh berlaku melalui sebaran angin, sentuhan atau pun dibawa oleh air.
Banjir merupakan malapetaka yang paling besar sekiranya berlaku. Ia boleh meruntuhkan binaan-binaan seperti batas kolam, jalan, tangki dan bangunan pusat penetasan itu sendiri seterusnya melepaskan semua ikan-ikan keluar.
2.2.4 Bangunan
Sekurang-kurangnya sebuah bangunan diperlukan sebagai rumah penetasan untuk menjalankan kerja-kerja penetasan, menyimpan peralatan, makanan serta menempatkan mesin-mesin dan pam udara.
CADANGAN BENGKEL PENETASAN
2.2.5 Perkhidmatan sokangan
Perkhidmatan sokongan boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu sektor kerajaan, swasta dan pelanggan itu sendiri. Sektor kerajaan berkenaan seperti Jabatan Perikanan, Pertubuhan-pertubuhan Peladang dan pejabat-pejabat daerah dapat memberi galakan secara menyampaikan maklumat terkini kepada pengusaha terbabit untuk mengembangkan operasinya pada masa hadapan. Pengusaha-pengusaha perlu bekerjasama rapat dengan sektor swasta berkaitan untuk membekalkan makanan kering, telur Artemia, hormon dan ubat-ubatan, mesin jentera dan lain-lain keperluan pengeluaran. Pelanggan juga dapat memainkan peranan sebagai pembekal induk-induk, penyebar maklumat sesama penternak dan juga sebagai pembeli yang menjaminkan pendapatan kepada pengusaha itu sendiri.
2.3 PUSAT PENGELUARAN
Pusat pengeluaran benih ikan boleh dibahagikan kepada empat bahagian:
2.3.1 Bengkel Penetasan
Rumah penetasan merupakan tempat ikan dibiakkan bermula dari telur yang tersenyawa hinggalah ke peringkat rega berumur 15 hari. Ia boleh dibina dengan saiz minima 15m x 8m dan tinggi 2m. Dinding boleh dibina daripada dawai (BRC) dan berpintu untuk mengelakkan sebarang pencerobohan. Ia terdiri daripada 3 bahagian iaitu:
Setor bersaiz 5m x 3m untuk menyimpan peralatan seperti net, timba, makanan, peti sejuk, mesin pengadun makanan, pam udara dan barang-barang berkaitan.
Ruang Pejabat bersaiz 3m x 3m untuk urusan jualbeli dan dokumentasi.
Ruang Penetesan bersaiz 12m x 8m mempunyai kelengkapan-kelengkapan seperti berikut: -
• tangki atau palung penetasan berukuran 2m x 0.5m dan 0.2m tinggi
• sistem bekalan air secara alir-terus dan paip bekalan (in-let PVC 30mm) ke dalam palung dan keluar melalui paip buang (out-let PVC 100mm) ke longkang air dari tangki simpanan
a-c palung penetasan
d meja
e longkang
• Tangki pengeraman induk bersaiz 1.0m x 0.6m dan 0.4m tinggi atau boleh diperbuat daripada tong plastik 1.0 m x 0.6m diameter yang ditebuk di atasnya (rajah)
• Sistem bekalan udara (PVC 10mm diameter) yang dibekalkan oleh sekurang-kurangnya scbuah unit pam udara,
• Sebuah meja berukuran 0.5m x 2m setinggi 0.8m dan sebuah kabinet dinding berukuran 2m x 0.4m untuk menyimpan radas suntikan dan pembedahan, tuala, mangkuk persenyawaan, bulu ayam, penimbang dan beberapa barang lain.
2.3.2 Kolam Asuhan
Kolam asuhan adalah sebuah kolam yang bersaiz sederhana (l0m x 5m dengan kedalaman air maksima 0.5m) digunakan hanya untuk mengasuh rega ikan berumur dari 10 hari hingga 50 hari sahaja. Saiz ini tidak mengambil kira saiz ban yang perlu dibina dan memudahkan untuk memukat benih ikan untuk dijual. Faktor-faktor berikut perlu dititikberatkan semasa memilih tapak kolam:
• Elakkan kawasan tanah yang berpokok, berbatu dan berserangga supaya tidak berlaku masalah semasa membina kolan
• Elakkan kawasan banjir
• Berhampiran dengan sumber air supaya mudah mendapat bekalan air kerana kehilangan air boleh berlaku akibat pemeluapan dan penyerapan
• Tanah berciri liat.
Bergantung kepada tapak kolam, terdapat tiga jenis rekabentuk kolam boleh dibina iaitu:
Kolam tertambak yang dibina dengan menambak tanah di atas permukaan tanah asal untuk membentuk kolam. Kolam ini sukar diisikan airnya tetapi mudah disalirkan keluar.
Kolam tergali (korek) yang dibina dengan menggali tanah asal. Kolam ini mudah diisikan airnya tetapi pam terpaksa digunakan untuk mengeringkannya.
.
Kolam tergali sebahagian yang digali sebahagian tanah manakala sebahagian kolam terbina setelah ban ditambakkan. Rekabentuk kolam seperti ini memudahkan air diisi ke dalam kolam dan disalirkan terus ke dalam terusan.
2.3.3 Kolam induk
Kolam induk adalah sesebuah kolam yang digunakan untuk menyimpan induk. Sesebuah pusat penge1uaran benih ikan seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya dua buah dimana pengusaha dapat menstokkan induk-induk ikannya dengan cukup.
Sebaik-baiknya induk-induk tersebut diambil dari beberapa kawasan yang berasingan untuk menambahbaik genetiknya. Saiz kolam ini sama seperti kolam asuhan tetapi kedalamannya antara 1.0 hingga 1.5 meter. Kolam yang lebih luas menyukarkan penangkapan induk apabila pembiakan hendak dijalankan.
2.3.4 Kolam Plankton
Plankton adalah penting kerana ia merupakan salah satu makanan awal yang ideal (sempuma) kepada larva ikan keli sehinggalah ikan keli berumur 40 hari di dalam kolam asuhan. Selepas itu mereka sudah boleh diberikan makanan rumusan. Di dalam kolam ini, fitoplankton dibiakkan pada mulanya dan diikuti oleh zooplankton khususnya yang dipanggil kutu air atau Moina macrura. Istilah biasa kepada zooplankton ini ialah Moina sahaja. Saiz dan kedalaman kolam ini adalah sama seperti kolam asuhan benih keli tetapi ia mempunyai sistem air tertutup untuk mencegah moina terlepas keluar bersama air yang mengalir. Sebaliknya, sesebuah pusat pengeluaran benih ikan keli mempunyai sekurang-kurangnya 8 buah kolam ini supaya ia dapat menampung keperluan makanan (Moina) yang berlebihan untuk benih ikan keli yang dihasilkan.
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti untuk menghasilkan Moina macrura:
i. Kolam yang telah kering dikapur dan dibajakan dengan baja organik (sebaiknya tahi ayam dan baja kompos) serta hampas kacang soya.
ii. Air baru dimasukkan melalui suatu penapis untuk mengelakkan sebarang anak ikan memasuki kolam.
iii. Kolam dibiarkan selama 4-5 hari untuk membiakkan fitoplankton.
iv. Benih Moina dimasukkan ke dalam kolam selepas hari ke 5.
Benih Moina ini boleh didapati dari air di kawasan sawah yang terdedah, terusan yang berair tenang, kolam terbiar dan dan lopak-lopak kubang kerbau di kawasan sawah atau kawasan-kawasan seumpamanya. Moina ini mempunyai kitar hayat selama 7 hari sahaja. Ia mula bertelur pada hari ke 5 sebelum mati selepas hari ke 7.
Bagi kolam pengeluaran yang pertama, Moina mengambil masa yang agak lama untuk membiak dengan banyaknya. Moina ini kemudiannya bolehlah dibiakkan pula di dalam kolam yang kedua di mana persediaan i - iii telah pun dijalankan 5 hari sebelumnya. Langkah ini boleh dijalankan 2 atau 3 kolam serentak untuk memaksimakan penghasilan Moina. Saiz Moina ini terlalu kecil dan hanya dapat dipungut dengan kain penyauk yang sangat halus. Mereka mudah disauk pada waktu pagi kerana terpaksa timbul di permukaan air untuk mendapatkan oksigen yang berkurangan di dalam air pada waktu subuh. Mereka mudah dikenali kerana berwarna merah dan bersaiz paling besar 0.5mm sahaja.
JENIS-JENIS PLANKTON
2.4 PEMBIAKAN ARUHAN IKAN KELI
2.4.1 Pengenalan
Di dalam habitat atau kediaman alamiah hidupan akuatik, khususnya ikan-ikan air tawar, induk-induk yang telah matang akan memilih pasangan masing-masing dan membiak pada masa-masa tertentu. Masing-masing mendapat atau menerima rangsangan yang berupa isyarat dan persekitaran di habitat mereka bahawa musim membiak telah tiba. Oleh itu, banyak sekali anak-anak ikan boleh didapati pada sesuatu masa itu. Berbagai-bagai parameter boleh bertindak sebagai isyarat atau perangsang kepada induk-induk ikan untuk membiak. Diantaranya ialah perubahan cuaca seperti suhu, hujan, angin dan cahaya, perubahan fizikal seperti kering dan kemarau, lembab dan berair, banjir, perubahan kedalaman air, arus, aktiviti-aktiviti manusia seperti membajak, membaja, menanam padi dan mengawal air terusan.
Di kawasan-kawasan tasik dan sungai, aktiviti-aktiviti manusia kurang memberi kesan rangsangan kepada ikan-ikan kerana isipadu air terlalu banyak. Perubahan cuaca dan fizikal yang sedikit sudah dapat berinteraksi dan memberi isyarat kepada induk-induk yang telah matang bahawa pada masa itu musim untuk mereka membiak telah tiba. Di kawasan sawah padi, perubahan cuaca dan fizikal serta aktiviti manusia begitu ketara dan kadang-kadang berlaku mendadak. Pada suatu masa, keadaan menjadi kering dan panas terik. Ketika ini, induk-induk ikan yang telah matang bersembunyi di dalam kawasan-kawasan paya, lubuk dan sungai, bersedia dan menanti masa untuk keluar mencari pasangan membiak. Kawasan sawah hanya menjadi padang ragut untuk lembu, kerbau dan kambing serta kawasan melepaskan ayam itik.
Kedatangan musim hujan yang tiba-tiba menyebabkan kawasan sawah tadi digenangi air. Hujan yang turun serta angin yang bertiup akan menambahkan kandungan oksigen terlarut di dalam air antara 4-8 mg/l manakala suhu tanah yang sebelumnya setinggi 38 °C telah turun serendah 20-26 °C. Petani-petani pula mula menajak rumput, membajak dan membajakan sawah mereka menyebabkan kesuburan air meningkat. Pada masa ini najis-najis haiwan serta rumpai yang telah reput turut terurai menjadi bahan-bahan organik di dalam air. Oleh itu, pada awal musim hujan pH air akan menjadi rendah serendah 4.0-6.0 kerana adanya proses pereputan dan penguraian baja organik dan sisa-sisa jerami padi yang mati pada musim kemarau. Ianya akan larut di dalam air dan menjadi zat makanan atau baja untuk membiakkan benih-benih tumbuhan seni yang dipanggil fitoplankton.
Kehadiran fitoplankton di dalam air menjadikan warna air itu menjadi hijau. Pada masa ini juga sejenis plankton yang berupa haiwan-haiwan seni yang dipanggil zooplankton juga menetas dan hidup dengan memakan fitoplankton tadi. Ia boleh membiak dengan banyaknya sehingga pada suatu masa kita boleh lihat permukaan air menjadi berenik-renik dan kadang-kadang berwarna merah pada waktu pagi. Diantara spesies zooplankton yang penting di dalam bidang akuakultur ialah Brachionus plicatilis, sejenis rotifera dan Moina macrura, sejenis kutu air berwama merah bersaiz maksima 0.5mm.
Perubahan-perubahan keadaan persekitaran serta kelimpahan sumber makanan berinteraksi dan mengujudkan suatu isyarat kepada induk-induk ikan yang telah matang dan bersedia untuk membiak bahawa musim membiak untuk mereka telah tiba lalu keluar mencari pasangan masing-masing dan mengawan. Pada masa ini mereka yakin bahawa anak-anak mereka akan dapat hidup kerana semua keperluan hidup mereka seperti makanan, oksigen dan ruang untuk membesar cukup dan masih panjang bagi mereka membesar dan dewasa sementara menunggu masa untuk berhijrah ke tempat lain pada masa kermarau yang akan datang.
Samada di dalam tasik, sungai mahupun di dalam sawab, terdapatlah ikan-ikan herbivor (sepat, terbul), omnivor (keli, baung) dan karnivor (haruan, toman). Anak-anak ikan herbivor akan memakan plakton manakala yang karnivor dan onirnvor akan memakan zooplankton dan anak-anak ikan herbivor atau sesama mereka sehinggalah mereka dewasa. Oleh itu di dalam sesuatu habitat akuatik, jumlah ikan herbivor lebih banyak berbanding dengan ikan karnivor dan omnivor kerana mereka dihasilkan lebih banyak berbanding dengan yang lain. Diperingkat dewasa, khususnya bagi ikan sawah, saiz ikan karnivor lebih besar tetapi sedikit berbanding dengan ikan herbivor atau omnivor yang saiznya lebih kecil tetapi jumlahnya lebih banyak. Walau bagaimana pun saiz ikan herbivor biasanya lebih kecil kerana ia berada di peringkat terbawah di dalam piramid makanan. Ikan peliharaan di dalam kolam mempunyai ciri-ciri pembiakan yang berbeza kerana semua keperluan hidupnya sentiasa dijaga oleh penternaknya. Oleh itu ada ketikanya ikan yang diternak di dalam kolam membiak di luar musim pembiakannya.
Oleh kerana terdapatnya ikan karnivor yang sentiasa memangsai ikan lain, jumlah hasil ikan yang ditangkap semasa menuai padi amat sedikit berbanding dengan jumlah benih yang dihasilkan semasa musim pembiakan. Dari segi akuakultur, senario ini amat merugikan kerana terdapat berbagai teknik dan teknologi yang boleh dimanfaatkan untuk memaksimakan hasil ikan tersebut. Ianya tentu lebih berkesan berbanding dengan menseimbangkan ekologinya dan kemudiannya menuaikan hasil ikan tersebut. Setiap ekor benih ikan yang menetas itu seharusnya diberi peluang untuknya membesar supaya ianya akan dapat dimanfaatkankan untuk hasil ikan apabila dewasa. Dengan itu kaedah pembiakan aruhan dan pengeluaran benih secara terkawal mesti dipraktikkan supaya penghasilan benih ikan dapat ditingkatkan dan sektor akuakultur dapat dimajukan.
Nota ini bertujuan memberikan panduan untuk menggunakan hormon bagi mempraktikkan pembiakan aruhan ikan keli yang bernilai komersil. Penternak akan dapat memajukan kaedah ini dan memperolehi pengalaman dengan sendirinya di dalam bidang ini apabila mempraktikkannya selalu kerana terdapat beberapa kebaikan keadah pengeluaran benih melalui pembiakan aruhan seperti: -
• Dapat memilih induk yang berkualiti
• Pembiakan, pembenihan dan pengeluaran benih tidak bermusim
• Dapat mengeluarkan bilangan benih yang banyak pada sesekali program pembiakan
• Perancangan jadual pengeluaran benih
• Penengawalan kehilangan benih
• Memberikan pendapatan yang lumayan
2.4.2 Kaedah Pembiakan Aruahan
2.4.2.1 Pemilihan Induk
Kedu-dua induk jantan dan betina perlulah mempunyai ciri-ciri umum seperti berikut :
• Berat badan >500 gm.
• Berumur > 1 tahun.
• Tidak cacat atau sakit.
• Perut lembut bila dipicit.
Induk jantan hendaklah mempunyai alat pembiakan (genital papilla) yang tegar secara fizikal. Sekiranya dibedah, gonad (testis) yang matang mempunyai globul-globul sperma berwarna putih kekuningan.
Induk betina pula perlulah mempunyai perut yang buncit dan lembut bila dipicit. Genital papilla bengkak sedikit dan berwarna kemerah-merahan sementara telur akan terkeluar sedikit sekiranya perut dilirit perlahan-lahan. Telur berwarna hijau kecoklatan dengan saiz yang seragam serta tiada yang berwarna putih menandakan ianya sesuai untuk dibiakkan secara aruhan.
MEMILIH INDUK BETINA
2.4.2.2 Suntikan Hormon
Penggunaan Hormon Ovaprim agak meluas pada masa kini. Hormon ini didapati dalam bentuk larutan 10 ml sedia untuk disuntik kepada ikan. Terdapat beberapa jenis hormon lain yang boleh juga digunakan sebagai perangsang dalam proses pembiakan ikan. Hormon-hormon tersebut terdiri daripada Ovatide, HCG, LHRH, PG dan sebagainya.
Antara peralatan lain yang diperlukan sewaktu suntikan hormon adalah :
• Alat penyuntik (1 – 3 ml)
• Alat penimbang (10 kg)
• Sehelai tuala
• Jangkasuhu
2.4.2.3 Teknik Suntikan
Suntikan hormon dijalankan sebaik-baiknya pada lewat petang antara jam 6.00 hingga jam 8.00 malam. Waktu ini sesuai kerana induk tidak banyak mengalami gangguan pada waktu malam, kurang kesan perubahan suhu dan pengaruh cahaya manakala kita mempunyai banyak waktu untuk memproses persenyawaan pada siang keesokan harinya. Hormon ovaprim disuntik pada kadar 0.5 ml/kg untuk induk betina dan 0.2 ml/kg untuk induk jantan. Suntikan dibuat pada otot di bahagian tepi badan ikan. Induk-induk diasingkan secara individu untuk mengurangkan gangguan serta mengelakkan kecederaan.
TEKNIK SUNTIKAN HORMON DAN PENGASINGAN INDUK
2.4.2.3 Tempoh Latensi dan Pengeraman
Tempoh latensi bermakna tempoh masa diantara suntikan hormon dengan masa menjalankan persenyawaan beradas. Tempoh pengeraman adalah masa yang diambil oleh telur untuk menetas. Masa pencapaian tempoh latensi dan pengeraman bergantung kepada pengaruh suhu air pengeraman. Tempoh latensi adalah seperti ditunjukkan didalam jadual 2 di bawah :
Jadual 2 : Tempoh Latensi dan Pengeraman Bagi Induk dan Telur Keli
2.4.2.4 Persenyawaan Buatan
Beberapa peralatan digunakan dalam menjalankan persenyawaan buatan, antaranya ialah :
• Sepasang gunting
• Dua pasang penyepit (forceps)
• Sebiji mangkuk (sederhana)
• Sehelai bulu ayam (bulu kepak)
• Sehelai tuala
• Air bersih
2.4.2.5 Teknik Persenyawaan
Induk Jantan
• Induk jantan dibedah perutnya dengan gunting
• Sepasang testis yang mengandungi sperma dikeluarkan menggunakan penyepit
• Testis diletakkan di atas sekeping tisu bersih
Induk Betina
• Induk betina diambil dengan cermat kerana telur akan keluar dengan sendirinya sekiranya induk itu menggelepar. Ia boleh dipegang dengan sehelai tuala di bahagian kepala dan seorang pembantu lagi memegang di bahagian ekor
• Mangkuk ditadahkan di bawah bertentangan dengan liang pembiakan
• Perutnya dilirit mengarah ke ekor sehingga telur habis keluar
2.4.2.6 Persenyawaan
Sebelah testis yang cukup matang dan besar boleh digunakan untuk membekalkan sperma kepada seekor induk. Testis tadi dipegang dengan sepasang penyepit manakala sepasang penyepit lagi digunakan untuk mengoyakkan testis supaya sperma jatuh kedalam mangkuk yang berisi telur.
Campuran sperma dan telur tadi kemudiannya digaul dengan menggunakan sehelai bulu ayam yang bersih dan kemudianya dibilaskan dengan air bersih sebanyak tiga kali.
2.4.2.7 Pengeraman telur
Telur yang telah tersenyawa kemudiannya ditaburkan ke dalam tangki atau palung penetasan. Air dibiarkan mengalir dari hujung (inlet) ke hujung (outlet) dan keluar ke longkang pada kadar 0.3 liter seminit. Jangkamasa telur akan menetas bergantung kepada suhu seperti yang ditunjukkan di dalam jadual 2. Biasanya, didalam keadaan sekarang (bersuhu 26°C) telur akan mengambil masa 25 jam untuk menetas.
2.4 PENGURUSAN LARVA DAN ASUHAN BENIH IKAN KELI
Dalam teknik pengurusan larva, kuantiti air di dalam tangki penetasan adalah lebih kurang 150 liter pada minggu pertama dan ditingkatkan kepada 200 liter pada minggu-minggu yang seterusnya. Suhu air dimonitorkan pada 26-30 °C sepanjang masa manakala aliran air diubahsuaikan 2-5 liter pada minggu pertama dan 4-8 liter pada minggu-minggu berikutnya. Kandungan oksigen dimonitorkan pada paras sekurang-kurangnya 3 mg/l dengan bantuan sistem pengudaraan.
Telur yang telah tersenyawa mempunyai satu tompok merah di tengah-tengahnya yang kemudiannya berkembang menjadi larva seterusnya menjadi rega dan benih. Telur yang tidak tersenyawa akan bertukar warna perlahan-lahan menjadi putih yang kemudiannya akan menghadapi serangan fungus yang berupa kapas dikenali sebagai Saprolegnia. Telur ini jika dibiarkan akan menjadi busuk dan mencemarkan air lalu menyebabkan penyakit dan kematian yang banyak. Ia mesti dibuang seberapa yang boleh sejak awal-.awal lagi.
Telur yang tersenyawa itu akan menetas selepas 25 jam (jadual 2). Ia akan menggunakan yolka telur sebagai makanannya selama 72 jam iaitu sehingga sistem penghadamannya sempurna terbentuk. Pada masa ini ia sudah bergerak dan tabiatnya ialah cuba mengelakkan diri dari terdedah kepada cahaya. Biasanya ia akan menuju ke penjuru tangki atau ke bawah sebarang objek di dalam tangki. Fenomena ini dipanggil sebagai fotofobia. Beberapa kaedah boleh digunakan untuk menggerakan larva ke tempat lain:
• meletakkan beberapa helai daun ketapang kering di dalam tangki
• menutup tangki penetasan separuh manakala di sebahagian lagi didedahkan kepada
cahaya.
Dengan ini kita akan dapat mencuci tempat di mana larva menetas bersama telur-telur yang telah mati dan membusuk itu. Adalah lebih baik untuk menggerakkan larva berhampiran dengan inlet supaya mereka mendapat air yang lebih bersih, oksigen lebih banyak serta bahan-bahan kumuh mereka dapat dialirkan keluar melalui outlet. Penyekat yang diletakkan berhampiran dengan outlet hendaklah berkoresponden dengan saiz larva dan seumpamanya dan mesti sentiasa dipasang sepanjang masa asuhan.
2.5 PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN BENIH IKAN KELI
Selepas 72 jam (pada hari ke3), yolka telur pun habis dan larva tadi pun berubah menjadi rega. Pada peringkat ini ia pun mula mencari makanan lain iaitu zooplankton. Di dalam pusat penetasan terdapat 2 jenis zooplankton yang sesuai iaitu Moina macrura dan Artemia salina. Cara pengkulturan Moina telah pun diterangkan manakala Artemia adalah sejenis udang yang halus yang boleh ditetaskan telurnya di dalam makmal. Ia boleh didapati dalam bentuk sista telur dijual di kedai-kedai akuarium, diimpot dari Amerika. Diantara jenama Artemia yang masyur adalah SUPER ARTEMIA dan GREAT SALT LAKES ARTEMIA. Walaubagaimanapun, penggunaan Artemia bagi pengeluaran benih ikan air tawar tidak begitu digalakkan kerana kos pengeluaran benih akan meningkat dan boleh merugikan didalam persaingan pasaran. Pada suatu masa yang lain, bekalannya terputus mengakibatkan ianya susah didapati dan jika ada pun di dalam pasaran, harganya terlalu mahal dan tidak munasabah.
Bagi panduan di dalam nota ini, hanya penggunaan Moina sahaja yang dititikberatkan kerana kosnya yang murah. Moina di sauk dari kolam pada waktu pagi antara jam 7.00 hingga 9.00 pagi kerana pada waktu ini kandungan oksigen di dalam kolam menghampiri sifar menyebabkan moina timbul di permukaan air untuk bernafas. Moina yang telah disauk dibersihkan dari segala kotoran dan dibilas beberapa kali. Ianya kemudian bolehlah diberikan kepada rega ikan keli makan. Rega ikan keli bolehlah diberi makan seberapa banyak yang boleh supaya kadar tumbesarannya dipercepatkan.
Moina boleh diberikan kepada rega ikan keli hinggalah mereka mencapai saiz benih (2.5-3.0 cm) pada umur 25 hari. Selepas umur ini, benih ikan keli boleh diberi makan makanan rumusan sehingga mencapai saiz 6.0-8.0 sm (45-60 hari). Pada peringkat ini pertukaran air hendaklah dipertingkatkan sehingga 4-8 liter/minit supaya mutu air di dalam tangki asuhan dikekalkan pada tahap yang optima. Jadual pengurusan makanan dan air seterusnya adalah seperti yang ditunjukkan di dalam jadual 3.
peringkat dan saiz perkembangan keli
Jadual 3: Pengurusan larva dan benih ikan keli diperingkat asuhan
Nota:
Jika penternak mempunyai kolam ternakan, pada minggu ke 6, benih sudah boleh dilepaskan di dalam kolam tersebut dengan mempraktikkan prosdur perlepasan (stocking) dan pemakanan yang ditetapkan.
2.6 SANITASI DI DALAM BENGKEL PENETASAN / ASUHAN
Kekotoran di dalam tangki asuhan boleh disebabkan oleh :
• sisa makanan
• najis yang dikumuhkan
• mukus yang dirembeskan oleh benih dan tidak dicuci beberapa lama
Oleh itu, tangki asuhan mestilah dicuci sekurang-kurangnya sekali sehari. Pencucian dijalankan sebelum benih diberi makan supaya benih yang sudah kenyang setelah makan tidak diganggu. Jika tidak, beberapa kemungkinan boleh berlaku, seperti :
• perut benih boleh pecah akibat kecederaan yang kita tidak sedar
• benih akan memuntahkan makanan yang telah dimakan
Kegagalan mencuci tangki semasa benih diasuh holeh menyebabkan:
• mutu air berubah menjadi kotor
• benih memakan kotoran tersebut
• pembiakan bakteria dan parasit
• tangki asuhan bertambah kotor
• kematian benih samada secara kronik atau akut
Beberapa langkah pengawasan dan berjaga-jaga perlu diambil perhatian sewaktu menjalankan kerja-kerja di bengkel asuhan. Antaranya termasuklah :
i. Tangan pekerja hendaklah sentiasa bersih dari sebarang kotoran seperti :
• tanah
• najis
• sisa makanan seperti kuah kari dan minyak
• minyak kenderaan dan kotoran enjin atau mesin
ii. Badan dan pakaian pekerja hendaklah sentiasa bersih
iii. Elakkan dari memasuki ke dalam bengkel sebelum membersihkan diri selepas bekerja di kolam
iv. Jangan bekerja semasa keletihan kerana berbagai kelalaian boleh berlaku
v. Elakkan dari meletekkan sebarang alat di atas lantai
vi. Sekiranya alat-alat seperti net, sudu atau batu udara terjatuh ke lantai, ia hendaklah dibersihkan sebelum digunakan semula
vii. Sekiranya benih ikan jatuh ke lantai, benih tersebut hendaklah dibersihkan dan di masukkan ke dalam tangki yang berasingan
2.7 BEBERAPA AGEN PENYAKIT DAN KAEDAH RAWATAN
Berikut adalah contoh-contoh agen penyakit yang biasa terdapat di peringkat asuhan :
i. Parasit
Costia
Chilodonella
Tricodina
Dactylogyrus
Gyrodactylus.
ii) fungus: -Saprolegnia
iii) bakteria: -Ich
v) virus
DIANTARA TANDA BENIH IKAN KELI DISERANG PENYAKIT
2.8 KAEDAH RAWATAN
Kaedah rawatan hanya dibincangkan dengan ringkas di dalam nota ini kerana prosedur yang lebih lengkap dibincangkan di dalam nota berasingan. Diantara rawatan yang mudah murah dan selalu dipraktikkan di dalam rumah penetasan dan asuhan adalah :
• rendaman air gararn
• rendaman antibiotik
• rendaman fomalin
• methelin biru
• malachite hijau
Pencucian lantai bangunan adalah cara pencegahan yang terbaik untuk dipraktikkan bagi mcngelakkan permulaan wabak penyakit di dalam bangunan. Tangki atau palung asuhan juga hendahlah di salin beberapa lama sekali supaya ianya dapat dicuci dan dijemur panas matahari untuk memutuskan kitar hidup agen penyakit. Sebaiknya kasut yang dipakai di luar bangunan hendaklah ditanggalkan apabila masuk dan kasut yang khas hendaklah disediakan berasingan di dalam bangunan tersebut supaya agen penyakit tidak dibawa masuk bersama.
serai
SERAI MAKAN
Nama Botani : Cymbopogen citratus (DC.) Stapf.
Nama lain : Sereh makan (Indonesia), Takrai (Thailand) Lemongrass (Inggeris)
Tanaman serai makan (Cymbopogen citratus) dilaporkan berasal dari Sri Lanka dan telah tersebar luas di kawasan Tropika, termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Di Malaysia khususnya, serai makan banyak di tanam sebagai tanaman dapur. Batangnya dituai untuk kegunaan segar sebagai perisa dalam masakan. Serai makan ialah sejenis tanaman rumput yang beraroma dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Pada setiap rumpun terdapat banyak batang yang tumbuh daripada rizom. Batangnya berwarna putih keunguan atau kemerahan. Daunnya tirus, melampai, panjangnya 60−100 cm dan lebar 1.0−1.5 cm. Ia berwarna hijau muda, kesat dengan urat yang selari. Serai makan jarang didapati berbunga di Malaysia.
Khasiat dan Kegunaan
Di Malaysia, serai makan terutama batangnya digunakan sebagai bahan perisa dalam masakan tradisional seperti masakan rendang, tomyam, kerabu, masak lemak cili padi dan asam pedas. Aroma dan rasanya yang unik dapat menambahkan keenakan masakan dan meningkatkan selera. Di sesetengah negara, serai makan diusahakan khas untuk pengeluaran minyak pati. Minyak pati serai makan berwarna kuning hingga coklat kemerahan dan berbau limau atau `lemon’. Minyak ini terdiri daripada beberapa sebatian dan kandungan utamanya ialah sitral iaitu sejenis aldehide. Peratusan sitral dalam minyak pati serai makan adalah antara 65% hingga 85%. Sebatian-sebatian lain yang menpunyai lebih rendah peratusannya termasuklah linalol, geraniol, citronellal, citronellol, farnesol, farnesal, limonene dan nerol.Minyak pati serai makan diguna sebagai pewangi sabun, bahan pencuci, syampu dan produk lain.. Walau bagaimanapun sebahagian besar daripadanya digunakan untuk mendapatkan sitral (secara isolasi fizikal) dan ionones (secara tindak balas kimia terhadap sitral).
Nama Botani : Cymbopogon nardus (L.) rendle
Nama lain : Sereh wangi (Indonesia), Citronella (Inggeris)
Famili : Graminae
Pengenalan
Tanaman Serai Wangi (Cymbopogon nardus) dipercayai berasal sama ada dari Selatan India atau Sri Lanka. Serai Wangi juga tumbuh liar di kebanyakan negara di Asia Tropika, Amerika dan Afrika. Di Malaysia, serai wangi biasanya ditanam di halaman rumah sebagai tanaman dapur dan kebelakangan ini terdapat beberapa pengusaha yang berminat untuk menanam serai wangi bagi menghasilkan minyak patinya. Serai wangi ialah sejenis tanaman rumput yang tinggi dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Ia boleh tumbuh sehingga 1.0–1.5 m. Daunnya bersifat tirus, panjang sehingga 70 – 80 cm dan 2 – 5 cm lebar. Ia berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai makan. Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi 8 bulan.
Khasiat dan Kegunaan
Dari segi ubatan tradisional serai wangi digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusannya sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan. Ia juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut. Bagaimanapun di kebanyakan negara serai wangi ditanam khas untuk pengeluaran minyak patinya. Serai wangi menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `citronella oil’ di pasaran antarabangsa. Minyak sitronela mengandungi dua bahan kimia penting iaitu sitronelal dan geraniol. Sitronelal dan geraniol amnya digunakan untuk bahan dasar pembuatan ester-ester seperti hidroksi sitronelal, genaniol asetat dan mentol sintetik yang mempunyai sifat lebih stabil dan banyak digunakan dalam industri wangi-wangian. Hidroksi sitronelal penting untuk sabun dan minyak wangi yang berharga tinggi, manakala mentol untuk bahan dasar ubat batuk, ubat gigi dan pencuci mulut. 2 bahan penting dalam industri... Caryophyllene & citronellol
- Kesesuaian Tanah - Sepengetahuan aku, serai ni mudah ditanam dimana2 jenis tanah kecuali kawasan berair/berpaya. Kalau nak buat projek dikawasan tanah lembah atau lembab (berpaya)..pastikan saliran/longkang/parit2 mencukupi. Keadaan atau jenis tanah berkait rapat dengan penggunaan baja dan penjagaan kelak. Misalnya di tanah berpasir, tanah berpasir ni kebiasaannya kekurangan unsur organik didalam tanah. Kadar pegangan air dalam tanah juga mungkin kurang baik...jadi penggunaan baja organik mungkin terpaksa dilebihkan. Kalau tanah yg asalnya berpaya, tanah tersebut mungkin pH nya agak rendah (berasid) jadi penggunaan kapur akan menjadi lebih tinggi di kawasan ini. (bagi meninggikan pH) , keadaan tanah yg berasid akan menjejaskan kesuburan tanah dan tanaman kerana kebiasaannya, baja akan hilang atau terlarut begitu sahaja hasil tindakbalas asid dlm tanah.. (asid sulfat).
- Pasaran - Pastikan dulu pasaran. Target pasaran. Untuk apa? Untuk serai makan atau serai wangi. Kalau serai makan, mana nak dipasarkan? Untuk kilang memproses (dijadikan serbuk sebagai contoh ADABI), secara basah...seperti dipasar2 aataupun dikedai2 secara terus. Sebenarnya nak memasarkan serai ni taklah susah sangat...cuma nak rajin bertanya...jangan malu. Pergi sahaja kekedai2 tom yam tu...tanya terus pada pengusaha kedai.... Dipasar pun boleh..cuma peniaga di pasar ni mau 'supply' tak putus je. Jadi untuk projek tu kenalah rancang dengan teliti. Kalau dah dapat kontrak dengan pengilang, pemasaran ni taklah susah sangat. Ataupun buat pertanian kontrak. (contract farming). Rata2 usahawan, (tak semua, segelintir sahaja), bila dah dekat nak harvest baru terkial2 nak cari pasaran...bila tak dapat, macam2 alasan diberi mengenai projek..tak untunglah, info tak betul lah, sampai FAMA pun disalahkan. Kalau dah 'last minute' FAMA pun pening nak tolong carikan market. Bagitau awal2, contohnya 2-3 bulan sebelum harvest.. jadi mudahlah mereka nak rancangkan target pengeluaran serta ruang pasaran untuk kita.
- Keluasan tanah - Kalau nak tanam serai ni, seperti mana yang saya sebutkan di atas, kita tak perlukan kawasan yang besar sebenarnya, memadai 1 ekar pun dah cukup...cuma bila habis musim menuai, kena lah tunggu balik, dalam 6-8 bulan untuk tuaian musi kedua, sementara musim kedua berhasil, alamat menung la menunggu. Kebiasaan untuk penghasilan berterusan sepanjang tahun sekurang-kurangnya memerlukan keluasan seluas 5-10 ekar (komersil) sistem menanam pun ikut urutan (rotation), bukan segaligus tanam. Tanam secara berperingkat/berkala. selang1 -2 bulan, tanam diplot baru misalnya(jika 1 plot keluasannya 1 ekar) jadi kelak... setiap 1-2 bulan, anda akan menuai....taklah menunggu selang 6-8 bulan untuk mendapat hasil. Kalau baru nak cuba2, boleh juga buat 1/2 ekar dulu... tak ada salahnya.
- Ada tanah, tapi dah bertanam/diusahakan dengan buah-buahan (dusun misalnya), atau ladang getah/kelapa sawit. Boleh juga ditanam . Serai juga boleh ditanam secara intergrasi (boleh pakai ke istilah ni?) dengan tanaman lain. Misalnya berdasarkan pengalaman aku sendiri, sementara musim mangga keluar, aku boleh dapat hasil daripada tanaman sampingan (serai)... antara barisan pokok mangga atau tanaman lain kita boleh tanam dengan serai...jadi kuranglah sedikit pergantungan kita terhadap satu jenis tanaman sahaja. Bukannya apa, langit tak selalunya cerah kan? Kalau mangga tak menjadi, serai ada. Cuma yang penting, serai tersebut tidak berada dibawah naungan, (tidak mendapat cahaya), kalau nak dibuat di ladang getah atau pun estet, pastikan tidak dibawah naungan. (<60%).
- Kos - Kos untuk menanam/ projek serai ni tak lah besar.... untuk 1 ekar (pekerja kita sendiri) kosnya dalam RM1-2 ribu sahaja...itupun semusim! Betul...percayalah.... Hasilnya.. InsyaAllah kalau RM1/kilo pun boleh dapat dalam paling minimum RM10,000 semusim/ekar !!! (kalau 1 ekar dpt ditanam 5 ribu rumpun...yang mana serumpun hasilnya 2 kilo serumpun dengan harga RM1/kilo.) Aku pernah dapat serumpun 9 kilo!! Harga ketika itu, RM1.40/kilo....tp siap proses (sebatang2 diikat sekilo-sekilo).
- Masa - Kebanyakan daripada kita ni sudah bekerja tetap. Nak berenti sayang, lagipun tak mahu menanggung risiko. Kerja pun susah dapat sekarang. Jadi projek pertanian ni cuma part-time sahaja. Tidak mengapa...boleh... serai tidak memerlukan penjagaan serapi menanam sayur. memadai kite menjeguk1-2 minggu sekali pada hujung minggu. Kalau sesak sangat masa tu sebulan sekali. kalau nak tanam terus tinggal sampai musim menuai pun boleh...tapi sendiri mau ingatlah! Nanti semak lagi tinggi dari serai..selak semak baru jumpa serai. (kalau ular tu tak payah cerita la)....Ingat! kalau kerjanya part-time, hasilnya pun 'part-time' la!
Info lagi mengenai projek....Nak mula projek!!
Serai makan
Ikut pengetahuan saya, serai makan ni ada 2 jenis yang ketara.
1. Serai paha ayam
2. Serai kampung
Kalau nak buat projek serai secara komersil, eloklah kita ambil serai paha ayam ni. Kebaikannya ialah cuma pada saiznya sahaja. Ia lebih besar sedikit dari serai kampung. (+/- dua jari) tapi aromanya kurang kuat sikit dari serai kampung. Tempoh matang serai ni adalah antara 6-10 bulan (bergantung pada pembajaan). Bagusnya serai ni, kalau kita terlewat harvest pun tak apa, dia takkan mati, Cuma mungkin rumpunnya akan mengecil sedikit. Biasanya dalam satu ekar, kita dapat menanam lebih kurang 10000-15000 rumpun serai jika hanya tanaman serai diusahakan. Untuk integrasi kita boleh dapat antara 5000 – 8000 rumpun serai seekar. Serumpun serai pula boleh menghasilkan lebih purata 3 kg serai yang siap proses. (kalau tanah subur, baja cukup kadang2 boleh capai 9kg serumpun) Harganya bergantung pada permintaan dan kawasan. Jangan risau. Market utk serai ni luas. Sekarang ni kan kedai tom yam banyak? Tapi pastikan dulu market, ok?
Jarak tanaman yang disyorkan ialah 3ft x 3ft. Antara baris 3 kaki dan antara rumpun 3 kaki. (kalau nak kemas buatlah 3 x 4 kaki) Kalau kita tanam diladang getah, pastikan ada jarak 3-4 kaki dari anak pokok getah. Bukan apa biar nampak kemas. Lagipun ini utk memudahkan kerja2 pengurusan rumpai kelak.
Sebelum mula menanam, pastikan dulu plot2 yg ada untuk ditanam serai, kalau boleh tiap 1@ 2 ekar dimasukkan sebagai 1 plot. Ini untuk memudahkan pengurusan nanti. Saya rasa yang sesuai kita buat begini. 2 ekar 1 plot. Jadi dalam projek nanti ada 5 plot tanaman. Kenapa kita buat 5 plot? Tak jadi masalah sebenarnya berapa plot pun yang kita buat, Cuma untuk memudahkan kerja kita kelak. Lagipun, kita tidak akan menanam kesemua plot tu cara serentak. Kita tak buat begitu supaya esok masa harvest tak pening kepala nak harvest semua dan tak perlu tunggu sampai 10 bulan balik untuk hasil berikutnya. Jadi untuk mendapatkan hasil tiap2 bulan, maka kita perlu buat plot2 tersebut dan menanam pada masa yang berlainan bagi tiap plot, misalnya selang 2 bulan. Jadi dalam setahun kita boleh harvest 5-6 kali setahun tiap 2 bulan. (utk harvest 1-2 ekar ini kadang2 makan masa 2 bulan gak, itu bergantung pada tenaga kerja yang ada.)
Penyediaan kawasan.
Kalau betul-betul semak, ada pokok-pokok renek, tolaklah dahulu dengan JCB (backhoe) kosnya dalam RM300 sehari, dah bersih barulah dibajak & rotor. Kalau tanah berair, pastikan anda membuat parit perimeter (parit besar sekeliling kawasan) dan parit2kecil ditengah kawaan tanaman. Ini untuk mengelakkan air bertakung. Dah siap semua nya itu, termasuk memagar..terpulang pada anda, ikutkan serai ni takde musuh, ternakan pun tak makan, cuma takut kena pijak sahaja. (lebih baik dipagar) . Step kedua barulah dibajak dan rotor . Kalau guna traktor Jabatan Pertanian, sewanya lebih kurang RM120-RM180 seekar (bagi bajak & rotor). Jikalau sistem integrasi, jangan bayar nilai diatas untuk seekar (pasal x bajak penuh...antara pokok sahaja). Nak bajak dan rotor cuma antara pokok getah kan? Jadi kita bayar nilai diatas separuh sahaja untuk seekar atau pun nilai diatas untuk 2 ekar. Ini penting kerana ramai yang tak tahu pasal ni. Kalau sewa traktor luar mungkin mahal sikit. Dalam RM 300 adalah kot (bagi bajak & rotor..2 kerja sekaligus/ekar)..Tak perlu buat batas. Kalau nak yang lebih bagus, selepas dibajak, taburlah baja tahi ayam dan kapur pertanian dahulu, baharu dirotor. Kalau x buat pun boleh...(kalau modal tak besar)
Buat lining.
Seperti jarak yang disyorkan diatas, pastikan kira jarak 3-4 kaki dari anak getah dahulu (kalau integrasi). Tandakan tiap poin 3 kaki dengan buluh atau anak kayu. Buat perkara yang sama di barisan hujung.(dibuat awal sebelum hari menanam)
Tarik tali untuk luruskan lining. (dibuat pada hari menanam) Ambil kayu untuk buat ukuran poin antara benih serai. (potong kayu/buluh untuk pedoman. Cthnya 3 kaki)
Pada tali yang ditarik tadi kita mulakan pada kayu yang dipacak gunakan kayu pedoman untuk menanam. Ukur dan tanam. Ulang dari benih yang ditanam sampai hujung barisan. Siap satu baris, buka tali dan alihkan ke poin sebelah. (ini teknik nak jimat kos sebenarnya) buat perkara yang sama sampai siap satu plot. (biasanya 1 plot 2 ekar antara anak getah ni boleh siap antara 1-2 minggu sahaja) Awas balik rumah kena cari tukang urut. Sakit pinggang!
Penandaan pancang pedoman sebelum direntang tali antara 2 hujung
Menanam
Teknik menanam!! Ramai yang tak tahu cara ni,
Tak perlu gali lubang. Sebab tanah dah gembur. Cucuk je benih tu ataupun guna kayu pedoman tu cucuk tanah dan masukkan serai dalam lubang tu. Kalau boleh satu lubang tanam 2 benih. (takut satu tu tak menjadi). Tekan sikit dileher benih tu utk padatkan tanah.
Jangan tanam tegak !!! Nanti lambat keluar anak lain. Sendengkan sikit 45 darjah!!! Kalau tanam 2 anak benih selubang, sendengkan dengan cara bertentangan. Cara begini akan mendapatkan rumpun yang besar dan padat! Kalau 3 benih selubang, buat seperti lambang Mercedes dari pandangan atas. Ramai yang tak tahu cara ni.
Sebelum tanam, basahkan dulu anak benih dalam air. Kalau boleh, tanam awal pagi atau petang sedikit. (tak nak benih stress) Rendam semalaman dalam besen paras leher benih pun boleh juga. (Kawan saya syorkan, rendam dalam air yang dah dicampurkan dengan hormon penggalak akar, jadi mudah untuk berakar) Saya tak pasti apa hormonnya...tapi memadai kita membeli sedikit CIRP da bancuh sedikit sahaja kedalam air dan rendam benih tadi.
penanaman pada barisan yg telah di tanda dengan tali. Jarak antara benih diukur sama dgn kayu pedoman (3 kaki)
PENJAGAAN
Pembajaan
Serai ni perlu juga dibaja. Cuma tak memerlukan kekerapan yang kerap dan kuantiti yang banyak. Memadai 2 atau 3 bulan sekali.
Bagi permulaan mulakan dengan NPK 15:15:15. tak payah banyak, lebih kurang segenggam serumpun. Taburkan keliling rumpun tu. Tabur atas pun boleh. Tapi jgn pada tengah hari...panas. Lepas tu bolehlah cari baja yang kandungan P tinggi. Contohnya NPK 5:18:12. Nak lagi mudah, baja tahi ayam atau kambing pun boleh.
Kawalan rumpai
Sebelum rumpun serai membesar, tentu ada masalah rumpai diladang. Nak mudah gunakan racun rumpai sahaja. Tapi awas, jangan silap pakai! Saya menggunakan racun DIURON sahaja! Kalau kena serai (kalau disembur pada serai pun) serai tak akan mati. Rumpai lain akan mati. Cuma kesannya akan nampak selepas 4-5 hari. Tanyalah dikedai2 jual baja dan racun. Mesti ada. Ia dalam bentuk serbuk bancuh kalau dalam bentuk cecair mahal sedikit. (serbuk RM20-30/kotak sekilo, Cecair RM80-100/ botol 4 liter). Bila rumpun dah besar, masalah rumpai akan berkurangan kerana rumpai lain alah dengan serai ni. Kalau nak pakai paraquat ke basta ke glyphosate ke pun boleh, cuma pastikan tak terkena pada daun atau perdu serai ni. (boleh mati). Nak kemas lagi, kita mesin lah rumput antara barisan serai tersebut.
Kawalan perosak
Serai ni jarang ada musuh. Cuma ulat pengorek batang sahaja. Kalau kita jaga rumpun dengan baik tiada masalah. Caranya, kita buat trimming pada rumpun selang 2-3 bulan sekali. Potong daun diatas dan tepi rumpun.(pakai mesin rumput je) Jadi taklah lembab sangat tengah2 rumpun tu. Ini juga untuk mengelakkan tikus bersarang dicelah2 rumpun. Biasanya jadi sarang ayam hutan. (best juga) Potongan daun juga akan membuatkan batang serai jadi besar. (jgn buat kerap sangat. Nanti tak besar2 pulak) Kalau nak guna racun, guna malathion pun dah cukup tapi 30 hari sebelum harvest jgn sembur ok?! Kalau nak sembur racun racun serangga, campurkan sedikit baja foliar (apa2 jenis) dan racun kulat (Mancozeb). 3 dalam satu. Jimat masa. (buat lepas trimming pun elok juga- saja protection)
Kesemua 3 kawalan diatas tak perlu dibuat selalu. Dari awal tanam hingga harvest, memadai buat 3 kali sahaja. Cubalah buat eksperimen anda sendiri. Anda akan dapat lihat perbezaannya.
*kesemua teknik diatas boleh diguna pakai bagi projek tanaman serai wangi.
MENUAI
Masa menuai inilah masa yang paling leceh bagi projek serai ni.
Tuaian boleh dibuat selepas tempoh matang atau melalui pemerhatian. Agak nampak batang dah besar tu tuailah. Nak tuai senang guna chop – macam penggali tapi depannya macam sudip burger. Asah hujung bagi tajam. Tajak sahaja dipangkal perdu rumpun dan cabut. Rebahkan rumpun tu dan potong akar dan tanah yang melekat dan tak diperlukan dengan chop tu. Daun pun boleh potong dulu dengan chop. Nak mudah, sebelum tuai, trim dulu rumpun tu macam kita buat trimming untuk kawalan perosak (guna mesen rumput). Buat pendek sikit agak2 batang serai tu tinggal 2 kaki pun boleh. Nanti lagi mudah kerja2 proses dan mengangkut nanti.
Selepas cabut, kumpulkan rumpun2 tu kesuatu tempat untuk kerja membersih. Cabut batang serai satu persatu, potong lebihan akar dan daun. Nak senang ikut contoh yang ada dipasar. Bersihkan dari kotoran tanah. (cari tangki PVC tak pakai, tadah air dan rendam je....senang) Ikat atau bungkus serai yang dah diproses tadi ikut permintaan pasaran. (ada yang nak ikat sekilo-sekilo),pilih btg serai yang terbaik untuk pasaran. Yang kecil2 tu jgn dibuang. Boleh dibuat benih kembali. Jadi, benih serai tu cuma dibeli sekali sahaja. (pastikan plot untuk menanam kembali telah siap!). Ada juga yg tak memerlukan proses diatas, misalnya untuk diproses. Kalau untuk pemprosesan ataupun serai wangi, memadai mencabut perdu serai tersebut dan terus hantar ke kilang/pusat pemprosesan. (harga dalam RM1/rumpun). Terpulanglah pada anda. Nak mudah, keuntungan kurang sedikit, nak keuntungan lumayan kenalah kerja lebih sedikit.
KOS
Kos-kos yang terlibat secara amnya, bagi projek penanaman serai seluas 1 ekar (0.4 hektar) semusim.
- Benih - Benih serai harganya dari 6-10 sen sebatang, bergantung pada kawasan dan jenis. Ada sesetengah projek ladang kontrak, pengusaha harus membayar lebih sedikit untuk benih kerana benih2 terpilih sahaja yang disediakan oleh pemproses. (salah satu cara pengilang nak untung lebih...apa daaaa)
- JCB/Backhoe - RM300-350/ hari. bergantung pada kawasan.
- Traktor pembajak/rotor - RM120-300/ekar. bergantung pada kawasan dan siapa yang memberi perkhidmatan tersebut.
- Baja, Racun rumpai & Racun serangga - Bergantung pada jenis dan harga disesetengah tempat.
- Upah (menanam & harvest) - bergantung pada anda.
PENGENALAN
Serai adalah sejenis tanaman saka dari famili Graminanea. Terdapat 2 spesis serai makan yang dikenali umum di peringkat antarabangsa sebagai ‘lemongrass’ iaitu Cymbopogon citratus dan Cymbopogon flexus. Spesis C. citrates tersebar luas dikawasan beriklim tropika, termasuk Malaysia, manakala penanaman C. Flexus lebih tertumpu dikawasan Malabar, India.Negara-negara utama yang menanam serai makan secara komersial adalah India, China, Guatemala dan Brazil. Di negara-negara ini serai makan diusahakan untuk pengeluaran minyak pati. Pengeluaran minyak pati dunia dalam tahun 80an ialah kira-kira 310 tan setahun. Di Malaysia, industri pengeluaran minyak pati serai makan atau minyak-minyak pati lain hampir tidak wujud. Oleh itu, serai makan hanya ditanam untuk kegunaan segar sebagai perisa makanan.
KESESUAIAN TANAH
• Tanah Gambut dan Berpasir
• Tanah Bukit
• Tanah Sawah
• Tanah Yang Tidak Bertakung Air
• Tidak Sesuai Tanah Yang Mengandungi Sulfur Berlebihan
CARA PENANAMAN
• Tanah hendaklah dibajak terlebih dahulu
• Hendaklah ditanam sedalam 2inci atau mengikut sukatan -\\ //- 2’’
SISTEM PENANAMAN
• 1 EKAR TANAH BERSAMAAN DENGAN 43,560 KAKI PERSEGI
• SISTEM INI BOLEH MENGHASILKAN 3,630 LUBANG BAGI 1 EKAR.
CARA PENJAGAAN
• PERINGKAT AWAL PENANAMAN HENDAKLAH DISIRAM AIR
• DARI SATU HINGGA SEPULUH HARI, TANAMAN SERAI HENDAKLAH DISIRAM
• WAKTU SIRAMAN
–
–
PEMBAJAAN
30 HARI PERTAMA DIBAJAUREA B
<-5’’->\\ // <-5’’->
30 HARI KEDUA DIBAJA UREA B
<-KELILING 360O -> \\ //- 2’’
30 HARI KETIGA DIBAJA PKK0018 + 0012
UNTUK MEMBESAR
Pembajan ini juga:
• Merangsang Tumbesaran Tanaman
• Mencegah Jangkitan Penyakit Akibat Daripada Serangan Serangga.
• Memendekkan Jangkawaktu Tanaman
• Mengurangkan Nisbah Kematian Anak Benih
HASIL TUAIAN
• 1 BATANG SERAI TANAMAN BOLEH MENGHASILKAN 45-50 BATANG
• 6 BATANG SERAI TANAMAN BOLEH MENGHASILKAN 300 BATANG HINGGA 320 BATANG
• 1 EKAR TANAH BOLEH MENGHASILKAN ANTARA 25 TAN HINGGA 30 TAN SERAI MENTAH.
• TARIKH MATANG TANAMAN 6 BULAN
• SERAI HENDAKLAH DIIKAT 30 BATANG SEIKAT UNTUKDI EKSPORT
ANGGARAN HASIL
Satu ekar ada 3,630 lubang
kos benih = RM 3,000.00
baja = RM 680.00
upah/bajak = RM **
untung - kos = RM 7,920.00/ekar #
** bergantung pada keliuasan dan bilangan perkerja
# untung sebelum ditolak upah pekerja dan bajak
Di syorkan 10 ekar 2orang pekerja
FAKTOR KEROSAKAN DAN KETIDAK SUBURAN
Tanaman Serai Cv Paha Ayam Klon Tisu
1. Ditenggelami Air Dalam Masa 3 hari
2. Siraman Air Yang Tidak Mencukupi
3. Pemilihan Jenis baja Tidak Sesuai Dan Pembajaan Tidak Berjadual
4. Pengendalian Yang Tidak Teratur
5. Persekitaran Tanah Yang Tidak Sesuai
6. Haiwan Seperti Khinzir Dan Binatang–Binatang Berkeliaran Yang Boleh Merosakan Tanaman
PASARAN
• PRODUK SERAI CV PAHA AYAM KLON TISU INI MEMPUNYAI PERMINTAAN TINGGI DARI LUAR NEGARA TERUTAMA HOLLAND
• PRODUK INI DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN INDUSTRI PERUBATAN BAGI PENYAKIT KANSER
serai
Nama Melayu (Malay Name) : Serai
Keluarga (Family) : GRAMINEAE = POACEAE
Nama Saintifik (Scientific Name) : Cymbopogon citratus (DC.) Stapf
Saiz Pokok (Plant Size) : 100 cm
Nama Lain (Other Names) : Lemon Grass
Pokok Serai adalah pokok herba malar hijau yang digunakan dalam masakan Asia (terutamanya masakan Thailand), Kemboja dan Vietnam) dan Caribbean. Pokok ini mempunyai perasa lemon dan boleh dikeringkan untuk menjadi tepung atau digunakan segar. Digunakan dalam teh, sup, dan masakan kari, pokok ini juga sesuai untuk ayam, ikan, dan makanan laut.
Terdapat melebihi 50 spesies Cymbopogon. Serai India Timur (Cymbopogon flexuosus) adalah tempatan di India, Sri Lanka, Burma, dan Thailand sementara Serai India Barat (Cymbopogon citratus) dipercayai berasal dari Malaysia. Sementara kedua-dua boleh digunakan, C. citratus lebih sesuai untuk memasak. Di India C. citratus digunakan untuk herba perubatan dan wangi-wangian.
Spesies lain digunakan dalam industri minyak wangi adalah Cymbopogon martini (disuling menjadi minyak palmarosa) dan Rumput Citronella (Cymbopogon winterianus Jowitt) dari mana minyak citronella didapati. Lilin atau gaharu diperbuat dengan minyak citronella pekat boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk.
Anak Benih Serai Paha Ayam / batang RM0.25
PENGENALAN PERUSAHAAN SERAI
Bidang yang dipilih ialah penanaman serai secara komersial. Serai merupakan tanaman yang sangat memberi keuntungan kepada pengusahanya kerana permintaan serai di pasaran sangat baik. Serai biasa digunakan sebagai salah satu perisa atau bahan dalam masakan. Oleh sebab ini lah serai sangat diperlukan setiap hari. Kehendak pelanggan terhadap serai setiap hari membuatkan pasaran serai sangat baik sekali. Oleh sebab inilah saya memilih serai untuk menjadi bidang usaha pilihan saya.
Serai bukan sahaja menjadi bahan penambah perisa dalam masakan, tetapi juga digunakan sebagai herba, bahan ubat-ubatan dan sebagainya. Keperluan terhadap serai sangat tinggi dari hari ke hari. Serai boleh dijual untuk tujuan pemprosesan menjadi bahan lain seperti ubat dan sebagainya. Ia juga diperlukan untuk jualan runcuit di pasar raya dan pasar-pasar basah. Dalam masyarakat Melayu, serai memainkan peranan yang sangat penting. Boleh dikatakan rakyat nagara ini menggunakan serai hampir setiap hari untuk tujuan masakan dan sebagainya. Jadi dengan itu, serai sangat diperlukan setiap hari. Tidak ramai individu yang mengusahakan perusahaan menanam serai ini. Jadi perusahaan ini sangat mempunyai potensi untuk berjaya dan pastinya membawa pulangan yang lumayan kepada pengusaha tanaman serai.
Serai (Lemon grass)
Cymbopogon citrates
Famili : Gramineae (poaceae)
Variety
Di Malaysia variety tempatan ditanam dan digunakan sebagai bahan perisa bagi makanan dan minuman.
Kesesuaian tanah dan iklim
Jenis tanah :
Sesuai dikebanyakan jenis tanah kecuali tanah yang terlalu liat dan saliran yang kurang baik. Tanah lom berpasir yang bersaliran baik paling sesuai.
pH tanah : 5 - 6.5
Iklim : Tropika
Hujan : 2500-3000mm/tahun
Amalan kultur
Bahan tanaman : Anak berakar
Penyediaan kaw. Tanaman :
Kawasan yang telah dibersihkan, dibajak dan digembur.
Kadar pengapuran 4 – 5 t/ha bagi tanah gambut, 1 – 3 t/ha bagi tanah bris, dan 3 – 5 t/ha bagi tanah mineral. Kapur ini digaul dalam tanah dua minggu sebelum menanam.
Kuantiti benih : 40 000 batang/ha
Jarak tanaman : 0.5 m x 1 m
Kepadatan : 20 000 rumpun/ha
Cara menanam : 2 – 3 batang ditanam ke dalam lubang pada musim hujan
Pembajaan
Pengawalan rumpai
Dilakukan secara manual di antara pokok setiap bulan
Pengawalan perosak dan penyakit
Sehingga kini tiada perosak dan penyakit utama yang menyerang tanaman serai
Pengendalian selepas tuai
Aliran pengendalian
Pengendalian
Serumpun serai boleh menghasilkan 30 – 40 batang serai yang boleh dipasarkan. Hasilnya lebih kurang 700 000 batang/ha (13 461.54 kg/ha). Pokok serai boleh dituai lebih kurang 6 – 8 bulan selepas menanam. Rumpun digali dengan cangkul, akar dan daun dipotong meninggalkan batang dengan upih daun sepanjang 10 – 15 cm. pembungkusan secara pukal tidak melebihi 30 kg dalam bekas yang kukuh. Beg polietilena (beg plasik), beg kertas dan filem polivinil klorida digunakan untuk pembungkusan runcit.
Purata harga di peringkat ladang bagi tempoh 5 tahun 1996 – 2000 (RM/kg)
1996 : -
1997 : -
1998 : 1.45
1999 : 0.85
2000 : 0.69
Purata : 1.00
Anggaran kos pengeluaran serai/ha/musim
Jarak : 0.5 m x 1 m
Kepadatan : 20 000 rumpun/ha
Masa menuai hasil : 6 – 8 bulan selepas menanam
Jenis kerja/bahan/susut nilai harta tetap | Kontrak/harga bahan/susut nilai (RM) | Hari tenaga* (tenaga keluarga) | Kos (RM) (tenaga keluarga) | Jumlah kos (RM) |
Benih Penyediaan tanah dan batas (kont.) Mengapur Menanam Membaja Merumput Mengawal musuh, penyakit Minyak diesel dan pelincir untuk enjin pam air Penyelenggaraan sistem pemercik dan enjin pam air Memungut hasil | 1600.00 700.00 420.00 - 830.00 - 78.00 700.00 350.00 - | - - 1 20 20 20 4 - - 100 | - - 25.00 500.00 500.00 500.00 100.00 - - 2500.00 | 1600.00 700.00 445.00 500.00 1335.00 500.00 178.00 700.00 350.00 2500.00 |
Jumlah kecil | 4683.00 | 165 | 4125.00 | 8808.00 |
Cukai tanah Susut nilai Sistem pengairan pemercik Pam air Enjin pam air Penyembur galas Cangkul Stor dan bangsal | 10.62 816.67 46.67 303.33 23.33 8.40 291.67 | - - - - - - - | - - - - - - - | 10.62 816.67 46.67 303.33 23.33 8.40 291.67 |
Jumlah kecil | 1500.69 | - | - | 1500.69 |
Jumlah besar | 6183.69 | 165 | 4125.00 | 10308.69 |
* 1 hari tenaga = RM 25.00
Benih – 40 000 batang @ RM0.40/10 batang
Kapur – (GML – guna berasaskan pH tanah) 3 t @ RM 7.00/beg 50kg (RM140.00/t)
Baja :
Baja tahi ayam – 4 t @ RM 200.00/t
Nitrophoska blue special (NPKMg+TE 12:12:17:+TE), 250kg @ RM62.00/beg 50kg (RM1240.00/t)
Urea 130kg @ RM35.00/beg 50kg (RM700.00/t)
Racun perosak dan penyakit (mengikut jenis perosak dan penyakit)
Susut nilai:
Minyak diesel – 7 bulan @ RM100.00/bulan
Sistem pemercik dan pam air – 7 bulan @ RM50.00/bulan
Cukai tanah – 7 bulan @ RM 18.20/ha/tahun
* jumlah pendapatan pada 3 peringkat harga jualan di ladang
Hasil (kg/ha) | Pendapatan | *RM0.70/kg | *RM1.00/kg | *RM1.45/kg |
Rendah (12788.46) | Kasar Bersih Buruh keluarga | 8951.92 -1356.76 2768.24 | 12788.46 2479.77 6604.77 | 18543.27 8234.58 12359.58 |
Sederhana (13461.54) | Kasar Bersih Buruh keluarga | 9423.08 -885.61 3239.39 | 13461.54 3152.85 7277.85 | 19519.23 9210.55 13335.55 |
Tinggi (14134.62) | Kasar Bersih Buruh keluarga | 9894.23 -414.45 3710.55 | 14134.62 3825.93 7950.93 | 20495.19 10186.51 14311.51 |