/*ikan keli kelantan info menarik,catfish,cara jadi jutawan keli,kg gelong gajah pasir mas: December 2011*/ b:include data='blog' name='all-head-content'/>
Laman web rasmi kg gelong gajah dan tempoyak pasir mas kelantan
ASSALAMUALAIKUM,SELAMAT BELAJAR JADI PERTERNAK IKAN KELI

Tuesday, December 13, 2011

Gulai Lemak Cili Padi Ikan Keli


Bahan-Bahan

1 kilo ikan keli (keli afrika atau sawah)
1 biji kelapa - asingkan pati
15 - 25 biji cili padi
2 sisir pisang muda (sederhana besar)
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci kunyit
Limau kasturi
Garam secukup rasa


Cara Masakan

01. Kisar cili padi bawang, kunyit dan pisang muda yang dipotong-potong (tak perlu buang kulit. Cuma basuh bersih-bersih) bersama sedikit santan.

02. Masukkan ke dalam periuk yang telah dipanaskan.

02. Masukkan ikan keli yang sudah dikelar. Kemudian masukkan lebihan santan cair dan kacau, jangan bagi pecah minyak.

03. Masukkan garam dan setelah ikan masak masukkan pati santan.

04. Tutupkan api, perahkan limau dan olehlah dihidangkan.
READ MORE - Gulai Lemak Cili Padi Ikan Keli

Gulai Tempoyak Ikan Keli


Bahan-bahan ( 3 org mkn )

Tempoyak (3 sudu)
Ikan Keli (4 ekor)
Cili Masak (ditumbuk)
Bawang Merah (ditumbuk)
Serai (dititik)
Gula dan Garam
Asam Keping (sekiranya tempoyak tidak cukup masam)
Air

Cara-cara

Ikan keli dibersih dan diasingkan
Tempoyak dimasukkan kedalam periuk yang mengandungi air bersama bahan2 ditumbuk dan serai
Gaulkan tempoyak dan bahan2 tadi sehingga sebati dan masukkan ikan keli
Masak gulai dlm api yg sederhana dan masukkan gula dan garam(sekiranya gulai tempoyak kurang masam,boleh la ditambah dgn asam keping)
READ MORE - Gulai Tempoyak Ikan Keli
 

ikan keli kelantan info menarik,catfish,cara jadi jutawan keli,kg gelong gajah pasir mas cara ternak ikan kelipelihara ikan keli catfish pelihara itik Bloggerized by Ipiet Blogger Templates © 2008